Day 24: Dua Kematian. Kematianku Menghampiri.

Tuesday, July 24, 2012
Last office. Kematian hari ni 2. Astagfirullah. Dekatnya kematian dengan diri kita. Sepanjang hidup, Allah minta kita bersabar sekejap je. Beramal sekejap je. Untuk ganjaran yg selama-lamanya. Akhirat, tempat tuju yang terakhir.

Saat melihat jiwa-jiwa yang berjuang melawan maut, yg mana jika ia menjemput tiada siapa boleh menolak, betapa mereka sedang tersiksa. Sedangkan Nabi Muhammad yang maksum itu berkata 'Sakitnya sakaratulmaut ini', kita apatah lagi? yang bergelumang dengan dosa, rasa cinta terhadap dunia yg kadang-kadang melebihi cinta pada kehidupan abadi. Bagaimana sakitnya?

Diluar kelihatan tenang, tidak mengerang kesakitan. Jika adapun, sekejap sahaja. Mungkin saat itu mereka sedang bergelut menahan kesakitan. Meminta keampunan utk segala dosa. Mungkin. Atau mungkin jiwa-jiwa yang berdosa masih ingkar dengan pertemuan abadi. Masih menolak utk dihisabkan.

Kehidupan dunia hanya sementara. Begitu sekejap. 50 tahun dah mula ada penyakit, paling lama bertahan 80 tahun. Bertahan dengan ujian kesakitan yang membuak-buak, yang kadang-kadang terfikir, "mati lagi baik" tapi adakah kematian itu benar-benar menjadi "lagi baik" ?

Masa muda ni, sangat berharga, Sangat berharga. Saat ini lah kita sihat, kita kuat, kita berupaya buat bermacam benda. Dan saat muda inilah waktu yg terbaik utk BERIBADAH. Kenapa? Sebab nanti kita tua, kita tak dapatjamin kesihatan yang kita ada sekarang kita dapat lagi ke tak. Daya kekuatan kita takkan sama dengan saat muda sekarang. We cannot stop aging process. That is Sunnatullah. Dan masa kita, jika pada masa sekarang yakni masa muda kita masih tak sedar diri bakal menjadi MAYAT, masih bergelumat dengan dosa yang kononnya muda hanya sekali, enjoy!, itu takkan menjamin keseronokan yang sebenarnya kerana kita semua akan tua, saat itu mulai kita sesali waktu-waktu yang kita telah sia-siakan. SANGAT MENYESAL.

Dan lebih menyesal jika pada saat tua jua kita ingkar dengan Allah. Maka kita akan menjadi orang yang PALING MENYESAL di akhirat nanti. Sebagaimana Allah khabarkan dalam surah al-Maarij:

"Sedang mereka saling melihat. Pada hari itu, org yg berdosa ingin sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dengan anak-anaknya, isterinya dan saudaranya, dan keluarga yang melindunginya dan orang di bumi seluruhnya, kemudian dia mengharapkan (tebusan) itu dapat menyelamatkannya. 
Sama sekali tidak! Sungguh neraka itu api yang bergelojak, yang menggelupaskan kulit kepala, yang memanggil orang yang membelakangi dan orang yang berpaling (dari agama), dan orang yang mengumpulkan harta lalu menyimpannya." (70:11-18)

Betapa menyesalnya jika hari itu, kita termasuk dalam golongan sebegitu. Nauzubillah. Aku teramat menyeru diri ku yang lemah dan kerdil ini dan sahabat-sahabat, bertaqwalah kepada Allah (wahai Anis) dan hargailah masa yang Allah kurniakan ini. Singkat sangat waktu utk kita korbankan berbanding dengan balasan yang selama-lamanya, sama ada syurga atau neraka. Bersabarlah wahai pendamba SYURGA.

Bukanlah bermaksud kita menjadi orang yang pasif, tidak bergaul dengan orang kerana sibuk beramal. Rugilah orang yang berfikir sebegitu. Kerana Islam ini sangat masyuk dengan kita, khalifah muka bumi ini. Bergaul dengan manusia dengan baik, menggembirakan orang lain, mengejar ilmu pengetahuan dan mengajak orang lain kepada kebaikan inshaAllah.

Jom kita bentuk peribadi Mukmin yang akan memasukkan kita ke dalam golongan kanan di akhirat nanti. Supaya nanti kita tua, kita mampu tersenyum melihat masyarakat muda yang mendapat tarbiah, yang tidak rosak akhlaknya dan mempu tersenyum gembira kerana kita salah seorang penyumbang tamadun tarbiah mereka. InshaAllah.

" Adapun orang yang kitabnya diberikan di kanannya maka dia berkata, ''Ambillah, bacalah kitabku (ini). Sesungguhnya aku yakin bahawa (suatu saat) aku akan menerima perhitungan terhadap diriku''.
Maka dia berada dalam kehidupan yang diredhai, dalam SYURGA yang tinggi, buah-buahannya dekat, (kepada mereka dikatakan) "Makan dan minumlah dengan nikmat kerana amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang lalu.'' (Al-Haqqah 69:19-24)

Semakin hari semakin dekat dengan kematian. Beruntunglah mereka yang berjaya memperoleh kehidupan yang bermanfaah utknya di akhirat.

Salam muhasabah bakal jenazah sekalian.

Assalamualaikum.

p/s: Ramadhan kareem :)

0 kuman:):

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...