Day 19: Surgical Male.

Wednesday, July 18, 2012
Hari isnin, aku dapat MC, hari ni selasa kira hari pertama aku kat ward Surgical Male 5C di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Masuk ward, nampak x sibuk sangat, dan memang tak sibuk sangat pun. Boleh tahan la, ada kerja nak dibuat tapi takde la sampai bertambun-tambun.

Aku jaga cubicle paling depan, paling stable. Ada 2 orang yang sama baya, dan seorang 18 tahun, dan budak kecil yang sangat comel, 13 tahun. Yang lain ada yang pertengahan 20, 30 dan pakcik yang 50an. Masing-masing ada perangai. Yang betol-betol nak minta tolong ada dan yang nak borak je kerjanya pun ada dan! yang nak menggatal pun ada. Tapi mungkin sebab kita datang ward utk merawat diorang jadi bila kita sentuh mereka ke apa, niat semua nak merawat dan melayan semua pesakit sama je. Cuma yang menggatal tu kita tak borak sangat. Tahu kenapa kan? *menyampah*

Ada patient Chinese, pertengahan 20 umurnya, dia ada penyakit sinusitis. Infection kat hidung. Dah operate dan buat masa sekarag dia tak leh bernafas guna hidung sebab ada tube dalam hidung. Hidung dia selalu berdarah dan memang kerja aku nye cuci darah dan hingus dia ngan gauze. Patient akan muntah bila makan, sebab tu dari lepas operation sampai pagi dia tak makan (kurang 24 jam). Nampak sangat dia lapar tapi xleh makan. Tapi utk lunch,aku nampak dia makan. Maksudnya perut dia dah okay la kan :)

Alhamdulillah utk nikmat hidung ini. Walaupun sekarang tersumbat (selsema) tapi masih dapat bernafas. Terimakasih Allah!!! :)

Itu sahaja, Assalamualaikum.

0 kuman:):

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...