Day 25: Respect your Patients.

Wednesday, July 25, 2012
Dugaan Ramadhan. Sebelum ni jarang sangat SN (staffnurse) atau Dr. buat hal dengan aku. Tapi minggu ni. ada je. Atau aku yang over-sensitive. Huhu. Hari ni mcm semalam, start mood yg x elok. Tapi nasib baik ada kawan yang selalu ingatkan.

"Bulan puasa ni, niat sedekah"

Terima kasih. Kebaikan itu memang perlu sentiasa diingatkan.

Respect, this is most people want but only few people can give to others. Kalau kita  tak boleh memberi, kenapa berharap untuk menerima? Dan kalau kita tak boleh hormat pesakit kita, apa gunanya kerja kita sebagai medium penyembuhan?

Oh please. Whatever, whoever YOU ARE, please DO respect your clients especially. Kalau tak respect Radicare, atau PPK, atau JM atau SN atau students, aku boleh tolerate lagi tapi kalau TAK RETI nak respect patients, then what use you be a doctor?

Sorry, aku tak tuju kepada SEMUA doktor, tapi anggap ini sebagai peringatan. Bukan   doktor je yang tak reti hormat pesakit, kadang-kadang SN pun. Dan kadang-kadang student sendiri pun *dush!*

Semua, semua antara kita kena reti dan tahu senstivity patients kita. Ada batas dan ada cara macam mana nak inform patients tentang penyakit dia, nak greet pun ada cara kan. Tak kisah bangsa agama apa pun, semua orang ada hak untuk dihormati.

Semalam patients aku kena perli dengan doktor pakar dan houseman. Taknak cerita panjang. My point is, aku harap ada doktor yang baca, just respect others. jangan rasa besar sangat setakat ada medical degree. Bukan besar sangat pun. Satu hari kita semua mati juga, time tu phd banyak mana pun tak guna kalau setiap hari dapat doa yang tak baik dari pesakit. Doa orang sakit ni mudah makbul tahu? tambah-tambah orang dizalimi.

Kita, health care provider ni berkhidmat utk pesakit. kalau hati pesakit tak reti nak jaga, harap nak tahu ubat apa nak bagi, dsb TAK GUNA.

Menghormati orang bukan perkara yang susah bagi orang yang rendah hati. Tak perlu tegur dan bertegur sapa pun tak pe, sekurang-kurangnya senyum dan bagi eye contact. Do what you expect from others and give the best to our clients. Allah gonna pay us all for that good deeds inshaAllah.

Ramadhan kali ini penuh bermakna. Terima kasih Allah.

Assalamualaikum.

Day 24: Dua Kematian. Kematianku Menghampiri.

Tuesday, July 24, 2012
Last office. Kematian hari ni 2. Astagfirullah. Dekatnya kematian dengan diri kita. Sepanjang hidup, Allah minta kita bersabar sekejap je. Beramal sekejap je. Untuk ganjaran yg selama-lamanya. Akhirat, tempat tuju yang terakhir.

Saat melihat jiwa-jiwa yang berjuang melawan maut, yg mana jika ia menjemput tiada siapa boleh menolak, betapa mereka sedang tersiksa. Sedangkan Nabi Muhammad yang maksum itu berkata 'Sakitnya sakaratulmaut ini', kita apatah lagi? yang bergelumang dengan dosa, rasa cinta terhadap dunia yg kadang-kadang melebihi cinta pada kehidupan abadi. Bagaimana sakitnya?

Diluar kelihatan tenang, tidak mengerang kesakitan. Jika adapun, sekejap sahaja. Mungkin saat itu mereka sedang bergelut menahan kesakitan. Meminta keampunan utk segala dosa. Mungkin. Atau mungkin jiwa-jiwa yang berdosa masih ingkar dengan pertemuan abadi. Masih menolak utk dihisabkan.

Kehidupan dunia hanya sementara. Begitu sekejap. 50 tahun dah mula ada penyakit, paling lama bertahan 80 tahun. Bertahan dengan ujian kesakitan yang membuak-buak, yang kadang-kadang terfikir, "mati lagi baik" tapi adakah kematian itu benar-benar menjadi "lagi baik" ?

Masa muda ni, sangat berharga, Sangat berharga. Saat ini lah kita sihat, kita kuat, kita berupaya buat bermacam benda. Dan saat muda inilah waktu yg terbaik utk BERIBADAH. Kenapa? Sebab nanti kita tua, kita tak dapatjamin kesihatan yang kita ada sekarang kita dapat lagi ke tak. Daya kekuatan kita takkan sama dengan saat muda sekarang. We cannot stop aging process. That is Sunnatullah. Dan masa kita, jika pada masa sekarang yakni masa muda kita masih tak sedar diri bakal menjadi MAYAT, masih bergelumat dengan dosa yang kononnya muda hanya sekali, enjoy!, itu takkan menjamin keseronokan yang sebenarnya kerana kita semua akan tua, saat itu mulai kita sesali waktu-waktu yang kita telah sia-siakan. SANGAT MENYESAL.

Dan lebih menyesal jika pada saat tua jua kita ingkar dengan Allah. Maka kita akan menjadi orang yang PALING MENYESAL di akhirat nanti. Sebagaimana Allah khabarkan dalam surah al-Maarij:

"Sedang mereka saling melihat. Pada hari itu, org yg berdosa ingin sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dengan anak-anaknya, isterinya dan saudaranya, dan keluarga yang melindunginya dan orang di bumi seluruhnya, kemudian dia mengharapkan (tebusan) itu dapat menyelamatkannya. 
Sama sekali tidak! Sungguh neraka itu api yang bergelojak, yang menggelupaskan kulit kepala, yang memanggil orang yang membelakangi dan orang yang berpaling (dari agama), dan orang yang mengumpulkan harta lalu menyimpannya." (70:11-18)

Betapa menyesalnya jika hari itu, kita termasuk dalam golongan sebegitu. Nauzubillah. Aku teramat menyeru diri ku yang lemah dan kerdil ini dan sahabat-sahabat, bertaqwalah kepada Allah (wahai Anis) dan hargailah masa yang Allah kurniakan ini. Singkat sangat waktu utk kita korbankan berbanding dengan balasan yang selama-lamanya, sama ada syurga atau neraka. Bersabarlah wahai pendamba SYURGA.

Bukanlah bermaksud kita menjadi orang yang pasif, tidak bergaul dengan orang kerana sibuk beramal. Rugilah orang yang berfikir sebegitu. Kerana Islam ini sangat masyuk dengan kita, khalifah muka bumi ini. Bergaul dengan manusia dengan baik, menggembirakan orang lain, mengejar ilmu pengetahuan dan mengajak orang lain kepada kebaikan inshaAllah.

Jom kita bentuk peribadi Mukmin yang akan memasukkan kita ke dalam golongan kanan di akhirat nanti. Supaya nanti kita tua, kita mampu tersenyum melihat masyarakat muda yang mendapat tarbiah, yang tidak rosak akhlaknya dan mempu tersenyum gembira kerana kita salah seorang penyumbang tamadun tarbiah mereka. InshaAllah.

" Adapun orang yang kitabnya diberikan di kanannya maka dia berkata, ''Ambillah, bacalah kitabku (ini). Sesungguhnya aku yakin bahawa (suatu saat) aku akan menerima perhitungan terhadap diriku''.
Maka dia berada dalam kehidupan yang diredhai, dalam SYURGA yang tinggi, buah-buahannya dekat, (kepada mereka dikatakan) "Makan dan minumlah dengan nikmat kerana amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang lalu.'' (Al-Haqqah 69:19-24)

Semakin hari semakin dekat dengan kematian. Beruntunglah mereka yang berjaya memperoleh kehidupan yang bermanfaah utknya di akhirat.

Salam muhasabah bakal jenazah sekalian.

Assalamualaikum.

p/s: Ramadhan kareem :)

Day 23: Medical Female Again.

Ward yang aku pernah masuk masa week tiga. Sekarang masuk week 6, masuk lagi. Next week pun 7C juga =.=

Pagi-pagi lagi dah kene bebel dengan sister ward. Here, soft skills is VERY important. Sister baik, ajar kitorang byk benda tapi bila first impression yang pagi-pagi buta dah tak elok, susah sikit nak get along kan =.="

Tapi sekejap je x de mood ^^. Aku borak dengan aunt yang sangat kuat. Dia suka cerita dan gaya longhat cina dia sangat comel ;) Lepas tu tak semena-mena mood aku okay balik. Terima kasih makcik! :D

Dan lagi hari ni is about DM.

Diabetes Mellitus is VERY SCARY! Even from my previous wards, I got too many DM patients. And it is not just simple case. You may get BLIND, AMPUTATE and all YUMMY MEALS, you cannot even dream about them.

Aku tanya aunt pasal gaya hidup dia masa muda (most patients DM jawapan sama je), dia makan:

1. Semua makanan makan, tak pantang,
2. Setiap hari minum air manis,
3. Tak senaman dengan alasan penat,
4. Tak tahu risiko makanan manis dan lebihan gula,
5. Kurang pengetahuan tentang penyakit.

Dan lain-lain.

DM is VERY DANGEROUS disease. Most Malaysians regardless races got DM at very young age about 30 years old. The reason is simple, food.

Peeps, take good care of what you take, the sugar, the salt, the calories and so on. When I look my patients so helpless so suffer for their diseases, Allah! I so inspired to take care my health. To stay healthy inshaAllah.

Saya juga manusia, susah nak buat. Tambahan waktu muda, semua makanan suka, semua nak baham tapi THINK before EAT. For our health. InshaAllah, may Allah ease all :)

Let's use this Ramadhan to reduce sugar intake and to avoid all 'poison' foods. Let's be a SERVANT who GRATEFUL of this HEALTH. Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

Day 22: Kematian

Friday, July 20, 2012
Masuk ward, wah! sikitnya orang. Banyak katil-katil kosong. Cubicle aku, 4 org je. Tapi sekejap je, dengan kepamtasan kilat, tiba2 ward tu penuh! Patient tukar cubicle la, patients discharged, patients admitted. Sibuk! Aku dan kawan2 ke hulu ke hilir, yela, nurse suruh buat tu buat ni. macam-macam. Tapi happy. Sebab ada kerja nak buat. tak sempat nak rasa bosan, dah pukul 2 dah :D

Masa tengah sibuk-sibuk tu (sempat je nak berborak, konon je busy kan), salah seoramg kawan aku datang,

"Patient semalam yang kite inject L.O"

Innalillah. At first aku tak percaya. Sebab pakcik tu tak sangka sangat. memang dia koma tapi tapi. aku terus pergi katil pakcik dan tengok anak dia menangis. Yes, he passed away. Innalillah wa inna ilaihiraajiun.

Aku dan seorang kawan dan satffnurse buatkan last office utk pakcik. First time. 

Siapkan barang2 nak sponging pakcik, kain nak balut, kain nak ikat, plastik utk buang segala wayar dan tube yang melekat kat badan pakcik dan paling penting surat kematian. 

Aku berpakaian lengkap, gown, mask, gloves. Ready nak mandikan pakcik dan buat apa yang patut. Sayu dlm hati. Inilah! inilah hakikat hidup. pada usia 70tahun, pakcik meninggal dunia. menemui alam yang kekal abadi. tapi kita belum tentu sampai ke umur itu. mungkin esok lusa kita tak tahu. dan betapa bersyukurnya Allah masih memanjangkan umur utk bertemu dgn RAMADHAN kali ini. Kita tak tahu ajal kita, bersyukur setiap hari dgn nikmat Allah berikan. setiap saat adalah tanda kasih sayang Allah supaya kita menyesali setiap dosa dan bertaubat hanya padaNya. Mungkin kematian pakcik sebagai teguran pada aku. Yang sokmo galok. yang sering lupa dan lalai, untuk menyambut Ramadhan kali ini, moga Allah permudahkan dan Dia meredhai kita semua.

Happy Ramadhan 1433H! 

*nak sangat dapat pergi masjidil haram dan masjidil nabawi sebelum menghadap Illahi buat selama-lamanya*

Day 21: Happy Meal ^^

Hari ni Khamis. Azam pagi tadi nak buat procedure yang tak pernah buat lagi. So hari ni aku buat feeding. Erk, actually member lain dah lama buat, aku je belom =.=

So hari ni bancuh susu utk patients yang mostly unconscious. Sebab diorang tak makan, so kita bagi susu yang memenuhi nutrients yang diperlukan utk badan. Tube yang direct ke perut, melalui esophagus ke hidung. Bancuh, dan masukkan susu guna tube tu. So simple!

Ha, semalam kitorang buat injection (sorang je buat) for real patients. HOHO. Aku yang tengok pun cuak. Aduh. Mcm mana tah nak inject orang nanti. huhu.

Ada sorang pakcik cina, dia unconscious after operation. dia accident. dan internal organ mengalami pendarahan, ramai kes mcm tu. Accident, dan internal organ rosak. First, rasa okay je. siap boleh drive lagi ballik rumah tapi few days lepas tu, start muntah, sakit yang teramat sgt,. Dan bila check rupanya internal organ tu dah dapat infection dan merebak ke organ lain lagi,

Andai kata, kita terlibat dgn accindent. tak kisah nampak leceh macam mana sekalipun, kena pergi hospital utk check. Physically nampak okay tapi kita tak nampak organ2 macam mana keadaannya. ni untuk elakkan kesan yg lebih buruk pada badan dan kesihatan kita.

again and always. ALHAMDULILLAH for my health. Makin berisi sekarang, kena control makan sikit (aduh! payahnya) dan kena rajin exercise ni! supaya tak kufur nikmat kesihatan ni :)

Sekian, assalamualaikum!

Day 20: Patient OVERSEA lagi :)

Hari ni, hari Rabu. Masih di surgical male yang kadang-kadang sibuk, kadang-kadang lengang. ward yang takde bau urine dan stool :D Bukan xde patient pakai pampers tapi sikit sangat. Bila aku pergi ward orthopaedic male, berhadapan dgn ward 5C ni, Allah! semerbak. hoho

Hari ni jaga 2 cubicles. Kenal dengan patient Indon. Haha patient ni sangat aktif. asyik gelak je. ada je cerita dia. ke hulu ke hilir. dia buat surgery kat bahagian otak. kira under neurology. sebab nya, jatuh dalam lombong masa kerja. macam-macam. tapi alhamdulilla, sekarang dia dah okay. tunggu masa nak discharge dah.

Cerita sikit pasal Pak M ni, dia datang kerja Malaysia 3 tahun yg lepas. Masa tu dia baru kawin dengan isteri dia yang masih sangat muda iaitu 18 tahun, kira sekarang 21 tahun. Dapat anak sorang. masa anak dia 8 bulan, dia datang Malaysia bekerja. Dan selama tu juga la dia tak pernah balik Indon.

3 tahun dia tak tengok anak isteri family dia. Aku yang 2 bulan ni pun rasa mcm tak tentu hala dah bila tak balik rumah tapi dia? Kuatkan. Demi cari rezeki.

Kadang-kadang, mereka ni lebih menghargai kehidupan mereka. Kerja bersungguh. Demi nak sara hidup anak isteri. Kita patut bersyukur, hidup di Malaysia, negara penuh limpah Allah. Rezeki melimpah ruah. Tinggal kita jela nak hargai dan syukuri nikmat Allah itu atau nak kufurinya.

Pastu, aku tertengok luka pakcik ni. dia ada penyakit carbuncle. kalau korang google gambar dia, ayya! manyak ngeri. ni tengok sekejap dah, aku rasa pitam je (over haha!). Tapi agak ngeri la. Tapi time tak operate lagi ngeri sebab benda tu macam spider web melekat dekat belakang leher. (SERIAU!!!). dan setakat aku masuk ward 5 minggu, aku tak pernah lagi tengok dressing. Tengok luka2 ni.sebab still x berani. huhu.

Bersyukurlah dengan segala yang Allah bagi dalam keadaan elok ni. Even leher. Kadang2 tak perasan nikmat yang nampak kecil tapi sebenarnya sangat BESAR! Kalau Allah tarik leher cantik anda tu, macam mana? Susahkan. huhu. ALHAMDULILLAH.

Okay, thats all.

Assalamualaikum :)

Day 19: Surgical Male.

Wednesday, July 18, 2012
Hari isnin, aku dapat MC, hari ni selasa kira hari pertama aku kat ward Surgical Male 5C di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Masuk ward, nampak x sibuk sangat, dan memang tak sibuk sangat pun. Boleh tahan la, ada kerja nak dibuat tapi takde la sampai bertambun-tambun.

Aku jaga cubicle paling depan, paling stable. Ada 2 orang yang sama baya, dan seorang 18 tahun, dan budak kecil yang sangat comel, 13 tahun. Yang lain ada yang pertengahan 20, 30 dan pakcik yang 50an. Masing-masing ada perangai. Yang betol-betol nak minta tolong ada dan yang nak borak je kerjanya pun ada dan! yang nak menggatal pun ada. Tapi mungkin sebab kita datang ward utk merawat diorang jadi bila kita sentuh mereka ke apa, niat semua nak merawat dan melayan semua pesakit sama je. Cuma yang menggatal tu kita tak borak sangat. Tahu kenapa kan? *menyampah*

Ada patient Chinese, pertengahan 20 umurnya, dia ada penyakit sinusitis. Infection kat hidung. Dah operate dan buat masa sekarag dia tak leh bernafas guna hidung sebab ada tube dalam hidung. Hidung dia selalu berdarah dan memang kerja aku nye cuci darah dan hingus dia ngan gauze. Patient akan muntah bila makan, sebab tu dari lepas operation sampai pagi dia tak makan (kurang 24 jam). Nampak sangat dia lapar tapi xleh makan. Tapi utk lunch,aku nampak dia makan. Maksudnya perut dia dah okay la kan :)

Alhamdulillah utk nikmat hidung ini. Walaupun sekarang tersumbat (selsema) tapi masih dapat bernafas. Terimakasih Allah!!! :)

Itu sahaja, Assalamualaikum.

Day 18: Semua mood nak Balik Rumah :D

Friday, July 13, 2012
Hari ni (rabu) tiba2 ward sakit puan ni busy. mentang2 hari last kami ye. dan hari ni juga la dapat kenal nurse yang baik tapi suka mengarah dan mengejek -.-

tapi takpe lah, sebab masing2 semua mood nak cuti 4 hari, semua pakat tak kisah. kena marah, kena ejek, buat dek je. hehe

dan ni satu2 nya cuti yg kitorang dapat time posting ni so memang ramai gila yg balik. aku direct dr hospital terus pergi terminal. semangat kan. hehe

apa yang baru hari ni, baru tahu macam mana nak cairkan darah yang block dekat IV drip. dan masih tak dapat bear diri utk tengok HO buat procedures for incomplete abortion. ngilu!

dan utk konklusi, THANKS Allah for my gender hehe. Alhamdulillah, walau pun banyak keperitan dan risiko yg perlu dihadapi tapi pahala seperti salji yang mencurah dari langit kutub utara. sejuk dan damai.

p/s: Tak sabar nak jadi ibu ^^

Day 17: Benda remeh jangan Dibesarkan

Wednesday, July 11, 2012
Hari ni berdua sekejap sebab yang lain pergi cucuk vaccine. Aku takyah sebab ada antibody lagi ^^

Biasalah kalau terasa hati dgn health care setting kan, yang penting kita kena move on. Mengaku salah diri dan lepas tu buat kerja macam biasa. jangan terlalu taksub untuk memenangkan diri atau meyakinkan kita betol. barangkali orang lain lagi betol dan barangkali orang lain banyak bertolak ansur dengan kita, lebih dari kita sangkakan ;)

Takde procedures baru hari ni, cuma assist nurse buat dressing utk patient yang deliver guna pintu (operate) dan assist kawan buat shaving ^^

Okay, get ready for day 18! Have nice day everyone ;)

Day 16: Baby, Pregnant, Polygamy and Miscarriage in a day.

Tuesday, July 10, 2012
Minggu ni, minggu ke 4 posting di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. Minggu ni di ward Gynaecology 2C. Ward sakit puan. semua kaitan dengan ovari dan peranakan ke apa masuk situ. tapi bukan ward post natal, so xde sangat la babies. semalam (isnin 9.7.12) hari first masuk. ada 2 orang babies. memang first aku masuk mata dah terpaku kat seorang baby ni. kecik sangat. disebabkan kerja yg sangat tak banyak kat ward tu, aku pergi kat baby kecik tu. rupanya baru 2 hari. comel sangat. tengok baby tu je senyuman automatik terukir ^________________^

Pastu tiba-tiba je dia merengek.merah muka menangis. aw aw cute nye! kalau baby menangis ni biasa lampin basah kan. dan pertama kali aku salinkan pampers baby! waaa nak baby! nak baby! nak baby!!!

Comel sangat baby tu!

Tapi sayangnya baby tu dah discharge,kejap jela dapat menumpang kasih baby comel tu. ha, dan satu yg buat aku jealous, mak dia baru 20 tahun! grrr! mana aci, aku 21 calon pun takda hewhew~

Lepas berbuka puasa kat pantri, aku sempat berborak dengan PPK, dia bercerita pula tentang kerjaya nurse dan polygamy. dipendekkan, ramai nurses yang dimadukan atu suami berlaku curang sebab ambil kesempatan kat isteri yang selalu kerja shif malam. banyak akak tu cerita, dan masa dia cerita tu rasa sangat perit! semoga Allah jauhkan. *mcm tak nak kawin pulak*

p/s: dear future husband, please be understanding my job. As you promise you'll love me, please promise me to not hurt me with those things. Before you decide something, please consider Allah first ^^

Lepas solat bagai, ada seorang patient yang baru admit, dia miscarriage. dan doktor bukak dia punya vagina dengan speculum. kawan aku suruh aku tengok tapi aku pandang sesaat je. Ya Allah!!! sakitnya. bukak luas macam tu, korek lagi. aduh ngilu rasa. tapi akak tu cakap xde la sakit mana. yang memandang rasa amat sakit! dan akak tu ada bleeding yg sangat banyak. Kesian sangat huhu. Nampak mulut akak tu berkumat kamit berselawat mungkin.

Allah, macam-macam perempuan perlu hadapi. Mungkin sebab tu senang je perempuan nak masuk syurga. tapi boleh jadi senang ke neraka juga :(

Semoga Allah kuatkan aku untuk menjadi perempuan yang baik akhlaknya :)

Sekian, assalamualaikum

Day 15: Makcik, tiada harapan?

Hari last di Ward Medical female 7C sebelum kami masuk kembali ke ward ni 2 minggu akan datang. Mcm ward2 yang lepas, kami akan buat sesi bye2 kat patients. Ada sorang makcik umur 84 (tu pun bukan umur sebenar) sangat aktif. kitorang semua panggil dia atok cute. memang cute pun. walaupun dia dah tua tapi aktif, x macam orang sakit pun. sikit2 pergi toilet, jarang tengok dia baring atas katil tu.

Ada sorang lagi makcik, umurnya lagi muda dari atok cute tapi keadaan dia much worse compare dgn atok. ingat lagi masa first day aku masuk ward ni, makcik tu boleh cakap2 lagi. tapi memang seluruh badab kuning sebab ada liver failure (hepatic failure). dan macam2 penyakit lagi. beberapa hari lepas tu, Dr bagitahu makcik xde harapan dah untuk hidup. time tu aku tengok anak lelaki dia menangis sangat2. yela kan mak, sape tak sedih :(

Hari last aku dalam ward tu (minggu lepas 6.7.12) aku pergi kat makcik bisikkkan dia kalimah husnul khatimah. semoga Allah mudahkan. Dan masa tu dia reply balik apa aku cakap, cumanya aku tak faham. aku cuma anggukkan, sebak pula. astagfirullah :(
Sempat aku pesan dekat anak lelaki dia, supaya baca yassin dsb. utk mudahkan. Tak kira proses penyembuhan atau kematian, ayat Quran paling mujarab utk mengubat.

Macam tu lah berakhir hari ku di 7c. Sepanjang minggu, banyak yang dapat aku belajar. tambah sebab tu ward female. terfikir, dapat ke keluarga aku jaga aku kalau aku terlantar sakit nanti. macam mana keadaan aku bila aku sakit. sempat ke aku melalui umur2 tua mcm mereka. dan betapa bersyukurnya bila di usia ini, Allah masih kurniakan kesihatan yang baik. Peluang utk beramal ibadah dan buat kebajikan terbuka luas. Ruginya jika waktu muda dan sihat ini disia-siakan dengan amalan yang tidak akan membantu memperbaiki hubungan dengan Allah :(

*muhasabah*

Dan kisah patient Myanmar tu, suami dia sangat tabah. sangat kuat. Kagum! bertuah dia dapat suami yang jarang-jarang orang boleh dapat. sanggup jaga isteri yang tak dapat penuhi keperluan dia dah, tak dapat jaga anak-anak dah, dan pada usia yang baru pertengahan 30. aku sangat KAGUM!

Mencari cinta Allah, dengan penuh keyakinan, Allah akan anugerahkan suami yang terbaik. *haveFAITH*

Sekian, assalamualaikum.

Day 14: Two B.O

Thursday, July 5, 2012
Hari ni buat dua B.O. Rasa mcm makin senang je buat B.O ni. Cepat compare dgn yg lepas. Adakah sudah expert? hehe. Hari ni ramai patients masuk. Ward sub acute pun ramai. Yang aku tukar pampers tu makcik kat subacute. makcik ada diarhea, dua kali kene basuh. bed sheet semua tukar. semput makcik tu =.=

Pastu berkenalan dengan H.O, baik akak tu. baru je kerja. harap dia jadi baik sokmo. bila tengok perangai sorang2, takot pulak. kot2 nanti aku dah kerja pun jadi besar kepala. huhu nauzubillah. harap walaupun dah ada jawatan ke apa nanti, maintain SMILE, CARE, and KIND to ALL PATIENTS and HEALTH CARE SETTINGS!

Pastu tengok medical student buat Physical Examination kat patient. Dulu ada jugak angan-angan nak kawin ngan doktor (hehe) sekarang tak. sebab buat PE tu memang kena raba-raba nak rasa inner organ. malas nak hurai panjang camne PE tu tapi malu. dahla patient tu muda lagi, dia buat percussion dan palpation kat area abdomen. malu la -.- (engineer seems good, diorang PE machine je kan? heh)

ok, dah!

Itu sahaja, assalamualaikum! ;)

Day 13: Adik yang Manis

Wednesday, July 4, 2012
Alhamdulillah, dah masuk hari ke 13. Masih di wad yang sama. Dan hari ni aku jaga wad yang paling sihat. Semua patients sihat external nye. Tunggu nak discharge je. Dan aku amek kes study pagi tadi. seorang adik yang comel. Sakitnya nama SLE. Sekali lagi aku tak tahu ape benda penyakit ni sebab year 1 tak belajar lagi pasal diseases ni. Yang kitorang belajar disease yang common tu pun tak mendalam sangat.

Adik manis, 15 tahun dari kecil lagi menjadi yatim sebab mak adik meninggal selepas allergic dengan seafood (sebab ambil after surgery). Mati yg boleh dikatakan mengejut. Dan ayahnya meninggal kerana sakit jantung. Bila dengar cerita adik, Ya Allah. Beruntungnya aku. Masih dikurniakan ma ayah. walaupun abah tak sihat sangat tapi alhamdulillah sangat-sangat.

Mungkin ini teguran Allah kepada aku. Subhanallah. Allah sangat penyantun. Cara teguranNya berhikmah dan meresap. Semalam aku kononnya terasa hati la dengan ma aku huhu (ngeng kan?) aku memang sensitif sikit, even dengan ma. tapi tak cakap apa pun kat ma, cuma terasa hati je. tapi bila Allah bagi dengar cerita adik yang baru 15 tahun tapi mak ayah dah takde. malah tak sempat tengok pun mak dia. aku ini tergolong dalam golongan yang SANGAT beruntung.

Allah memberi peluang utk berbakti pada ibu ayah. Malah Rasulullah pernah bersabda, RUGILAH orang yang ada kedua ibu bapa tak tak dapat KE SYURGA. Dalam erti kata lain, tak gunakan ibubapa sebagai tiket ke syurga.

AYUH! Appreciate our BELOVED parents. No matter they still alive or not, OUR DUA will always there for them ;)

#hari ni kena marah dengan MO. First time, tapi masih senyum. I don't care if you scold me, I will keep my smile for all

ALLAH, Make me stronger and stronger every single day. ^^

Assalamualaikum.

Beribadah & Membaca Yasin 3 Kali Di Malam Nisfu Sya'ban

Apakah Hukum Membaca Yasin 3 Kali Di Malam Nisfu Sya'ban ?
Jawapan dari Ustaz Abdul Kadir Al Jofree :
Sebagai menjawab persoalan yang diajukan, Nisfu Sya'ban biasanya dimaksudkan 15 Sya'ban. Malam nisfu Sya'ban pula adalah malam 15 Sya'ban (14hb siangnya, malamnya, dipanggil malam 15 ya).
Di negara Arab dan Nusantara, biasanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Sya'ban setiap satu dengan niat tersendiri, yang akan diajarkan oleh para guru. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya, memandangkan dilakukan oleh para Fuqaha' zaman berzaman dari dahulu lagi.
Perkara ini tidak dinisbahkan kepada Rasulullah sendiri. Akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadah tersebut tidak bertentang dengan syara' (samaada dilakukan bersendirian mahupun beramai-ramai itu sekadar satu teknik dakwah). Contohnya, zikir, doa, membaca Al-Quran, membuat kelas ilmu dan sebagainya.
Para ulamak kita di tempat lain (di Mesir, beberapa tempat di Saudi, Yaman, Siria, Nusantara, dan lain-lain) kebanyakannya tidak bersetuju dengan fatwa tersebut (Fatwa Dr Yusof Al Qardhawi yang menolak amalan Yasin 3 kali dan mengatakan ia adalah bid'ah yang diada-adakan). Oleh kerana itulah amalan beramai-ramai pada malam Nisfu Sya'ban ini dilakukan oleh para ULAMA' zaman berzaman di merata tempat sejak zaman salaf lagi.
Di bawah ana nukilkan tulisan Sidi Abu Muhammad pada menceritakan Nisfu Sya'ban dengan jelas dan adil ya...
Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahihdaripada Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhu,
bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang maksudnya :
"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."
 [ Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban]
Di Malam Nishfu Sya'baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.
Berkata Imam asy-Syafi'ie dalam kitabnya al-Umm:
"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."
Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhu di atas.
Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi'in dari penduduk Syam. 
Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah,
Bahawa para tabi'in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Para tabi'in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan dua cara:
* Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
* Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.
Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi'in itu.
Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid'ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya'), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan atau pada malam-malam yang lain.
Sedikit tambahan lagi:
Amalan-amalan ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia. Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara'. Sama ada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu.
Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedayanya tanpa kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara'. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam.
Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya'ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak diendahkan. Na'udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.
Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya'ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.
Wallahu A'lam
Sumber: http://jomfaham.blogspot.com

Day 12: Minggu ni Myanmar pula.

Ini betul-betul punya hari. Sebab 3 hari yang lepas tak sempat nak update. Dan aku update ni sebab dah tekad nak update first year posting ni. Tak kisah ada orang baca tak, cukuplah untuk peringatan diri sendiri. apa yang baik, boleh kutip sekali ;)

hari ni dapat ward sub acute. busy la sikit. dah belajar buat dextrostick (dxt: ujian glucose dalam darah), orang lain dah belajar lama dah tapi aku baru nak buat hehe. takpela everyone has their own learning process kan? ;)

Hari ni ada patient yang kena monitor vital signs hourly, ambil dxt hourly dan mandikan patient. pagi tak sempat nak observe vital signs semua patients sebab sibuk mandikan patient sorang ni. She is Mrs Myanmar.

Kakak ni, asal dari Myanmar tapi dah lama menetap di Malaysia. Family dia pun ramai kat sini. Dah kawin anak 4. Dia ada penyakit recurrent CerebroVascular Accident (CVA). Oh, aku pun tak tahu sangat pathology nye tapi stroke la. Berkaitan dengan brain. Mcm mana dapat stroke, bila blood supply tak cukup ke otak. nutrients dan oxygen pun kurang. bila otak tak dapat bekalan yang cukup, jemla.kecederaan dan damage kat otak boleh menyebabkan cell di otak mati dan tak dapat berfungsi dengan baik. kerosakan ni boleh berpunca dari blockage or rupture of blood vessels.

kakak ni ada heart problem dan hypertension. secara klinikalnya, memang peluang dapat stroke sangat besar. sebab mungkin tak dirawat dari awal, sebab suami kakak bagitahu dia tak nak makan ubat kalau tak rasa sakit. Jadi, siapa yang sakit, jangan benci makan ubat ye. Itu ikhtiar kita nak sembuh. Allah pun sukakan mukmin yang kuat kan?

Kakak ni, bila saudara2 dia datang, dia menangis. bergenang air mata dan tadi sampai keluar bunyi. mungkin sedih dengan keadaan dia. menurut suami kakak, dia pun sama kes dengan makcik yang dapat blindness. Bangun tidur, tak boleh nak jalan terus dan jugak tak boleh cakap. keluar suara tapi langsung takde word yang boleh keluar dari mulut dia.

Macam-macam Allah uji, semuanya tanda kasih sayang Dia terhadap hamba-hambaNya. Minta kita semua jauh dari penyakit dan semoga kita terus jadi hamba yang bersyukur.

Ini je kan ayat aku, huhu. sebab makin ramai tengok patients, dengan pelbagai penyakit, makin hati ini menuntut untuk rasa bersyukur. dan takut dengan takdir Tuhan krn tiada siapa pun boleh melawan jika Dia katakan YA.

Allah, jagalah kami. Kekalkan kami dengan nikmat kesihatan dan yang paling besar nikmat iman dan islam ini. InshaAllah.

Assalamualaikum.

Day 11: Diabetes and Blindness

Tuesday, July 3, 2012
Minggu ni masuk ward Medical Female 7C. Whoa! First time masuk, sangat lengang berbanding dengan ward minggu lepas. Mula dah rasa happy hehe. Mcm biasa, setiap kali masuk ward baru mesti blur dan terkapai-kapai. Dahla aku ni mcm memang jenis blur. Masuk pagi-pagi tu tak tahu dah nak buat apa. Tunggu SN (staffnurse) passing report jela. Tapi lain pulak gayanya sebab diorang pass report by bed. Minggu lepas by cubicle. Jadi aku ikut jela diorang. Tak catat pape pun sebab blur. hehe.

Time buat vital signs, baru rasa seronok. sebab dah tahu nak buat apa. pastu C.I (clinical instructor) datang, kitorang dengar lecture kejap. kalau tadah telinga ni memang ngantuk even berdiri. huhu.

Lepas tu aku ikut Doctors round ward. Dengar diorang bercerita pasal penyakit patients. Walau tak faham sangat tapi best sebab banyak diorang tahu dan best dengar orang expert bercerita. Makin lama, makin rasa tak allergic dengan doctors. makin suka. sebab kebaikan mereka makin terserlah. kesungguhan mereka nak rawat patients sangat patut dipuji.

Sebab tu nurse dan doctor ni sangat melengkapi satu sama lain :)

masa lunch patient, ada seorang aunt cina, aku dah tahu dia ada blurred vission tapi tak sangka rupanya blindness. dia nak makan tapi tercari-cari sudu. aku hampiri dia dan bagi sudu. time ni la dia cakap dia tak nampak apa pun. Masa aku suapkan makcik, aku tanya dan bercerita pasal penyakit dan history dia.

Betullah sangkaan aku. diabetis. Aku pernah baca pasal kesan diabetis kepada mata masa bertugas di Ward Mata. Chronic diebetis boleh menyebabkan tompok-tompok pada pandangan disebabkan saluran darah di mata pecah kerana partial pressure yang terlalu tinggi. Boleh search pasal DIEBETIC RETINOPATHY.

Makcik bangun pagi-pagi tiba-tiba mata dia tak nampak separuh. bawah nampak tapi atas merah semua (kerana blood vessel pecah) dan dengan cepatnya mata tu terus tak nampak semua. Allahurabbi.

Cuba bayangkan kita. Bangun dari tidur, terus tak nampak pape. Gelap. Dan kerosakan mata makcik adalah permanant. Unless ada orang nak derma mata (seems impossible). Betapa bersyukurnya masih boleh melihat. dan ruginya jika pandangan yang Allah masih pinjamkan ini digunakan untuk melihat perkara maksiat (TERASA!)

Makcik dah setahun lebih buta dan selama setahun lebih itu juga, suaminya menjaga dia. Kagum! Nanti suami aku boleh ke layan aku mcm tu? atau aku mampukah utk jadi isteri yg setia? Allahurabbi.

Bila kat hospital, kita boleh tengok kisah-kisah romance. Tengok pakcik yang dah lanjut usia setia menemani isteri yang terlantar sakit, suami yang penat bekerja tapi setiap petang datang melawat isteri yang tak berdaya. dan tak kurang juga isteri rela tidur di lantai hospital demi suami. Subhanallah. Alangkah indahnya cinta yang HALAL dan lagi INDAH jika disaluti dengan CINTA TUHAN. Kan? :)

Kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan. Semoga Allah jauhkan dari segala bala penyakit dan semoga Allah kuatkan kita menghadapi ujian-ujianNya. InshaAllah.

Sekian, assalamualaikum.

Day 10: Pak H itu Kuat Mentalnya

Hari last di ward Orthopedic Male 5B, macam takde kerja je. Aku dengan partner merewang tak tentu hala. Nak tunggu buat vital sign lambat lagi. Payah jugak, ada kerja rasa penat, takde kerja rasa bosan. Dan aku prefer penat.

Disebabkan takde kerja sangat kat cubicle aku, aku pergi cubicle kawan aku. jumpa lagi dengan Pak H. Aku tengah tengok patient sebelah dia pastu dia panggil. Minta tolong ambilkan nasi.

Pak H mengalami accident. Kesannya spinal cord rosak, dan faham2 la kalau spinal cord rosak mcm mana. Lumpuh separuh badan (lower limb). Dengan usianya yang baru 30an, tinggal di negara orang, takde family langsung kat Malaysia, agak menyedihkan.

Bila aku tanya tentang keadaan dia. Dia hanya mengukir senyuman. Kekuatan dia membuatkan aku sebak. Subhanallah. Kuatnya lelaki yang kelihatan biasa-biasa sahaja ini. Dia redha dengan ketentuan Allah. Setiap kali aku tanya kabar dia, dia tersenyum dan boleh bergurau lagi. Seolah-olah tiada apa berlaku. Ya Allah, dari mana dia dapat kekuatan itu.

Dan betapa iman itu sangat berharga. Tak kira apa pangkat dan harta sebanyak mana yang kita ada andai iman dan ketaqwaan kita kepada Allah itu tiada, macam mana kita mampu redha dengan ketentuan Dia? Sedangkan hanya Allah pengatur yang terbaik.

Bila sesi bye-bye kat patients, aku x sempat jumpa Pak H. Dalam hati, mendoakan dia terus cekal dan dapat pulang Indonesia secepat mungkin. Secekal hatinya, begitu juga aku yang perlu terus kuat untuk memikul tanggungjawab merawat mental fizikal pesakit InshaAllah.

Semoga Allah membalas segala amal baik dengan ganjaran syurgaNya nanti. Dan pesakit-pesakit yang terus berjuang melawan penyakit semoga diberi kesihatan dan kesejahteraan iman.

Mereka mungkin lagi baik dari kita, lantaran itu mereka diuji dengan ujian yang begitu. Bersyukur dengan nikmah Allah, ;)

Bila Bersin, ALHAMDULILLAH







Doodle Dakwah

Day 9: Besarnya Sayang Allah.

Monday, July 2, 2012
Hari ni dah start minggu baru sebenarnya. Minggu lepas tak sempat nak update, tapi sebab dah niat nak update by day on wards as a student nurse ni, kena update jugak what was happened.

hari ke 9, aku jaga 2 cubicle dari depan. cubicles ni okay je, sorang je yang pakai pampers dan yang lain mostly senang handle. boleh interaksi dengan baik malah tak terlayan pula. relatives pun apa kurangnya, siap ajak kita borak-borak lagi. hehe

Aku banyak mulut, banyak cakap. banyak melayan patients tapi kalau patients yang lemah semangat dan bila kita cakap-cakap dengan dia, dia still lemah semangat, aku pun jadi hilang semangat. yang ceria, aku boleh jadi muram sebab patient tu. teruk kan? kena ubah ni, x boleh expect patient semua sama sebab mereka memang tak sama. macam kalau orang expect semua nurse sama, semua doctor sama, tak boleh! sebab we all different. ada perangai masing-masing kan.

seorang patient, dia dah tua. umurnya baru je melepasi separuh abad. tiada isteri dan anak-anak pun takde menjenguk sebab sekolah. ada kakak sorang yang rajin menjenguk tapi sebab kakak pakcik bekerja so susahla nak datang hari-hari.

apa yang pakcik cerita, dan apa yang aku boleh simpulkan, Allah itu MAHA BESAR. dan setiap sakit yang dia bagi ada hikmahnya. mengikut pakcik, dia sangat tak jaga solat dulu. malah tak pandai solat pun. tapi arak dan judi, perempuan tak pernah sentuh. dosa meninggalkan solat itu, Allah. sangat besar. dalam Quran Allah menyuruh berkali-kali supaya mengerjakan solat. dan bila tengok keadaan pakcik, sayu hati. besarnya kasih sayang Allah pada pakcik. Dia memberi ujian sakit pada pakcik untuk mansuhkan dosa nya terdahulu. Terfikir, dosaku yang bertambun ni sampai bila nak bertangguh. sampai bila nak terus menerus melakukan dosa? sampai Allah tarik nikmat satu per satu nikmatnya? Allah.

Songeh patient, walau penat, cuba lah layan. kadang-kadang muka pun nak senyum tak larat tapi nasib baik ada kawan-kawan tegur ^___^

senyum, penawar penyakit :)

Dan bila takde kerja sangat, aku merewang di cubicle orang lain. nampak seorang patient, tidak terurus nampak. aku mendekati dia. Oh ini lah dia patient yang kawan aku cerita. dia orang Indon, ada masalah imegresen, nak ambil visa balik Indon dan macam-macam lagi. aku ada bercerita sedikit dengan Pak H ini. Nanti cerita jap lagi.

Moral untuk hari ke 9 ini, be kind to our God. Allah s.w.t just and fair. Terima kasih Allah, dan berdoalah supaya hidayah ini berkekalan. Walau diri ni bukanlah baik sangat, tapi usahakan untuk tahajud dan solat taubat setiap hari sebelum nikmat kesihatan ini pergi, sebelum nyawa ini berpisah dari jasad.

Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...