Day 21: Happy Meal ^^

Friday, July 20, 2012
Hari ni Khamis. Azam pagi tadi nak buat procedure yang tak pernah buat lagi. So hari ni aku buat feeding. Erk, actually member lain dah lama buat, aku je belom =.=

So hari ni bancuh susu utk patients yang mostly unconscious. Sebab diorang tak makan, so kita bagi susu yang memenuhi nutrients yang diperlukan utk badan. Tube yang direct ke perut, melalui esophagus ke hidung. Bancuh, dan masukkan susu guna tube tu. So simple!

Ha, semalam kitorang buat injection (sorang je buat) for real patients. HOHO. Aku yang tengok pun cuak. Aduh. Mcm mana tah nak inject orang nanti. huhu.

Ada sorang pakcik cina, dia unconscious after operation. dia accident. dan internal organ mengalami pendarahan, ramai kes mcm tu. Accident, dan internal organ rosak. First, rasa okay je. siap boleh drive lagi ballik rumah tapi few days lepas tu, start muntah, sakit yang teramat sgt,. Dan bila check rupanya internal organ tu dah dapat infection dan merebak ke organ lain lagi,

Andai kata, kita terlibat dgn accindent. tak kisah nampak leceh macam mana sekalipun, kena pergi hospital utk check. Physically nampak okay tapi kita tak nampak organ2 macam mana keadaannya. ni untuk elakkan kesan yg lebih buruk pada badan dan kesihatan kita.

again and always. ALHAMDULILLAH for my health. Makin berisi sekarang, kena control makan sikit (aduh! payahnya) dan kena rajin exercise ni! supaya tak kufur nikmat kesihatan ni :)

Sekian, assalamualaikum!

0 kuman:):

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...