Minggu ni masuk ward Medical Female 7C. Whoa! First time masuk, sangat lengang berbanding dengan ward minggu lepas. Mula dah rasa happy hehe. Mcm biasa, setiap kali masuk ward baru mesti blur dan terkapai-kapai. Dahla aku ni mcm memang jenis blur. Masuk pagi-pagi tu tak tahu dah nak buat apa. Tunggu SN (staffnurse) passing report jela. Tapi lain pulak gayanya sebab diorang pass report by bed. Minggu lepas by cubicle. Jadi aku ikut jela diorang. Tak catat pape pun sebab blur. hehe.
Time buat vital signs, baru rasa seronok. sebab dah tahu nak buat apa. pastu C.I (clinical instructor) datang, kitorang dengar lecture kejap. kalau tadah telinga ni memang ngantuk even berdiri. huhu.
Lepas tu aku ikut Doctors round ward. Dengar diorang bercerita pasal penyakit patients. Walau tak faham sangat tapi best sebab banyak diorang tahu dan best dengar orang expert bercerita. Makin lama, makin rasa tak allergic dengan doctors. makin suka. sebab kebaikan mereka makin terserlah. kesungguhan mereka nak rawat patients sangat patut dipuji.
Sebab tu nurse dan doctor ni sangat melengkapi satu sama lain :)
masa lunch patient, ada seorang aunt cina, aku dah tahu dia ada blurred vission tapi tak sangka rupanya blindness. dia nak makan tapi tercari-cari sudu. aku hampiri dia dan bagi sudu. time ni la dia cakap dia tak nampak apa pun. Masa aku suapkan makcik, aku tanya dan bercerita pasal penyakit dan history dia.
Betullah sangkaan aku. diabetis. Aku pernah baca pasal kesan diabetis kepada mata masa bertugas di Ward Mata. Chronic diebetis boleh menyebabkan tompok-tompok pada pandangan disebabkan saluran darah di mata pecah kerana partial pressure yang terlalu tinggi. Boleh search pasal DIEBETIC RETINOPATHY.
Makcik bangun pagi-pagi tiba-tiba mata dia tak nampak separuh. bawah nampak tapi atas merah semua (kerana blood vessel pecah) dan dengan cepatnya mata tu terus tak nampak semua. Allahurabbi.
Cuba bayangkan kita. Bangun dari tidur, terus tak nampak pape. Gelap. Dan kerosakan mata makcik adalah permanant. Unless ada orang nak derma mata (seems impossible). Betapa bersyukurnya masih boleh melihat. dan ruginya jika pandangan yang Allah masih pinjamkan ini digunakan untuk melihat perkara maksiat (TERASA!)
Makcik dah setahun lebih buta dan selama setahun lebih itu juga, suaminya menjaga dia. Kagum! Nanti suami aku boleh ke layan aku mcm tu? atau aku mampukah utk jadi isteri yg setia? Allahurabbi.
Bila kat hospital, kita boleh tengok kisah-kisah romance. Tengok pakcik yang dah lanjut usia setia menemani isteri yang terlantar sakit, suami yang penat bekerja tapi setiap petang datang melawat isteri yang tak berdaya. dan tak kurang juga isteri rela tidur di lantai hospital demi suami. Subhanallah. Alangkah indahnya cinta yang HALAL dan lagi INDAH jika disaluti dengan CINTA TUHAN. Kan? :)
Kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan. Semoga Allah jauhkan dari segala bala penyakit dan semoga Allah kuatkan kita menghadapi ujian-ujianNya. InshaAllah.
Sekian, assalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kuman:):
Post a Comment