Kematian, telalu dekat.

Sunday, November 4, 2012
Assalamualaikum.

4 November, 

Kematian. Begitu dekat dengan kita. Saat kematian, tiada siapa yang mengetahui bila saat itu akan datang namun semua orang tahu tentang hakikat itu. Sebagai mana nenek moyang, atau mungkin ayah emak kita, yang sudah pergi. Kita juga, yang hidup bersuka ria sekarang, yang masih terlalu asyik dengan bersenang lenang di atas katil menonton movie, melayan cerita-cerita Korea, atau mungkin anime-anime Jepun. Atau mungkin yang sedang berseronok keluar bersama-sama teman. Atau mungkin yang sedang hanyut tenggelam dengan nikmat cinta sang kekasihnya. Atau sesiapa sahaja dan apa jenis perbuatan yang sedang dilakukan, kita semua akan MATI. 

Mungkin, sekejap lagi, aku yang sedang menulis ini akan ditarik nyawa, atau mungkin kalian yang sedang membaca akan menemui si Izrail. Kita tidak tahu.

Dan oleh kerana kita tidak tahu tentang hakikat si KEMATIAN inilah, kita perlu bersedia. 

Persediaan menghadapi kematian. Persediaan mendiami kubur. Persediaan untuk tinggal di kubur seorang diri. 

Kerana persediaan ini bukan perkara yang senang, kita harus berani untuk berubah dan berkorban. Kerana itu jugalah kita tersangat memerlukan medium perubahan. Kerana itu jugalah kita tersangat perlu mencari SUASANA, TEMAN-TEMAN dan MAJLIS ILMU yang membantu proses persediaan kita.

Janganlah kerana kecintaan kita kepada zon selesa ini, membuat kita menjadi orang yang paling menyesal di negeri abadi sana. 

" Dan pada hari itu diperlihatkan neraka jahannam; pada hari itu sedarlah manusia. Tetapi tidak berguna lagi sesalannya." (AlFajr 89:23)

Bergeraklah wahai hati hati yang merindukan Tuhan. Usah kerana sedikit dugaan yang diuji, kita terus jatuh dan berputus asa. Bergeraklah ke arah kebaikan. Jika tidak temui kebaikan di tempat kita berada, bergeraklah ke tempat lain. Berhenti memberi alasan, kerana alasan itu kelak hanya akan diludah kembali ke muka kita. 


Jom! Kita sertai gerabak tarbiah ke arah pembaikan diri dan ummat. Jom! Kita tinggalkan sejenak kesenangan yang sementara ini, kerana kesenganan abadi sedang menunggu di sana. 

" Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai sungai; mereka kekal didalamnya selamanya. Allah redha ke atasnya dan mereka pun redha kepadaNya. Yang demikian itu balasan bagi orang orang yang takut kepada Tuhannya." (AlBayyinah 98:8)

Have a nice day peeps :) Jaga IMAN. Itulah aset kita paling berharga ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...