Nurse, me?

Monday, June 4, 2012
Bismillah. 


Hari ni aku bersama rakan-rakan nurse yang lain pergi orentasi wad yang akan kami buat praktikal 18 Jun nanti. Wad aku, wad mata. Patients tak banyak. Wad pun tak sibuk. Dan Staff nurse yang guide kami tadi pun baik. 


Tapi, bila aku masuk dalam wad tu, aku rasa ini bukan jalan aku :(
Rasa tak gembira, terbeban. Dan nak cepat-cepat habis. Nak cepat-cepat keluar dari wad tu.


Bila aku bercerita dengan kawans yang lain. Oh, mereka pun rasa macam tu. Tak percaya yang kita akan kerja di wad, sebagai nurse. Ni baru tahun pertama. Banyak lagi yang akan ditempuhi. 


Teringat dulu bila aku tekad untuk bertahan dalam nursing, kakak aku tanya, aku pasti ke nak ambil kos ni. Ni bukan kos mudah. Kena layan orang. Kena layan kerenah orang. Bukan juga kerja yang bersih, kena basuh berak orang, nanah, darah. Kak ngah tanya, aku betolke nak? Tapi masa tu tak fikir sangat pun pasal ni sebab rasa macam senang. Tapi sekarang dah rasa pressure tu =.=


Am I really going to be a nurse? 


Allahurabbi. 


Ma pesan, kita kalau buat kerja kerana Allah, kerja susah jadi mudah. Ma suka kakak jadi nurse. Bila rasa susah, sebut Allah. Lama-lama bila mulut sokmo sebut nama Dia, hati pun akan seiring. Inshaallah kakak boleh. 


Huhu ma! Thank you! Inshallah kakak boleh.
Andainya jalan ini yang Allah tentukan untuk aku, aku pasti aku BOLEH! 


InshaAllah. I'm a Prof. Nurse soon :D

1 kuman:):

Pemimpi Tegar at: June 5, 2012 at 12:15 PM said...

Salam ziarah. Artikel saya hari ni mengenai '' jangan takut untuk menyampaikan ''. Jemput baca dan beri pandangan. =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...