Day 6: Kejutan Elektrik

Tuesday, June 26, 2012
Seperti yang aku cerita, last week aku masuk eye ward shif pagi. Minggu ni berbeda bangat. wad yang busy dan shif petang. first masuk ward 5B, Male Orthopedic ya Allah, crowded gila ward ni. start dari depan lagi boleh nampak muka patient sakit. dalam hati Tuhan je tahu. kalau ikut hati nak patah balik je huhu. mulut tak berhenti baca ayat 1000 dinar dan bertawakkal kat Allah. tiba-tiba rasa perjalanan nak ke kaunter tu lama gila. huhu

sampai kat kaunter tu, no one welcoming us like before. semua orang sangat busy. Doctors ramai dan diorang pun busy. kawan-kawan aku yang shif pagi pun entah ke mana, pun busy jugak gamaknya. semua dah cuak, dengan bau urine nye, dengan besi-besi yang tercucuk di kaki, dan macam-macam kondisi lagi!

kitorang tunggu untuk passing report, tapi tunggu punya lama nak dekat setengah jam takde pun. rupanya style diorang passing report is by cubicle. sementara tunggu tu, kawan shif pagi mintak measure urine. HUK! aku tak pernah  buat. dan terpinga-pinga. dan tak tahu nak amek bekas benda lah tu kat mana, nak buang dari CBD tu macam mana. nasib baik ada kawan tolong. dia suruh aku pakai gown, mask and double glove. sebab ada jugak patients yang IV DU (intravenous drug user) so kita memang kena berhati-hati. then, aku pun buangkan urine dari patient yg CBD (catheter bladder drainage) tu masuk bekas measurement. masa tu mata dah merah dan berair. perasaan buat sendiri benda yang orang lain tak buat sangat sangat SEBAK.

Ya allah, ni ke kerja yang aku akan buat for my whole life?

bila dah buang urine tu dlm toilet semua, hati yang nak nangis dari tadi ni makinla nak nangis. maybe korang pelik , alah, tu pun nak nangis ann hehe. aku rasa orang yang buat benda ni je faham perasaan tu. perasaan yang aku tak jumpa word utk describe. tapi reflex dia, air mata. HUK!

bila dah passing report bagai, like usual kitorang amek BP (blood pressure) patients. Since there is one IV DU patient dalam ward aku, aku memang pakai glove. tapi tak nak bagi dia terasa, aku pakai glove untuk semua patients. masa tengah amik BP, staffnurse mintak aku hantar patient pergi X-Ray. Dah siap semua, partner aku mintak aku tolong dia bawa patient pergi BO. Patient tu dah separuh badan hilang. both legs dah xde. tangan pun dah tak perfect. ya Allah, besarnya nikmat kesihatan yang Kau beri.

masa nak angkat dia dari wheelchair ke toilet, aku tak expect pun dia buang seluar siap-siap. Ya allah. air mata dah tak tahan. bila settle je angkat patient ke toilet, aku terus pergi kat bilik air. partner ikut dan air mata ni tak tertahan lagi. HUK! WE BEG FOR MALE NURSES! seriously, aku rasa male nurses dapat reward yang sangat besar. memenuhi fardu kifayah. and YOU ALL MORE MACHO THAN DOCTORS!

overall hari ke 6 posting ni, sangat mencabar. mostly patients ada bekas urine kat tepi. diorang PU kat tepi katil je. kesian sangat. ada jugak yang family tak datang, semua harapkan nurse. dan sebab ward ni antara yang sangat busy, tak sempat nak cover ADL (basic needs) semua patients. maaf sangat-sangat.

banyak jenis patient,penyakit, cara hidup, background family yang jumpa hari ni. dan semuanya membuatkan aku bersyukur. ALHAMDULILLAH. walaupun lepas kerja merungut HUK! tapi bila muhasabah balik. ALHAMDULILLAH. teramat bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. dan bersyukur kerana Allah takdirkan aku berada dalam bidang ni, untuk sama-sama berkongsi nikmat dengan mereka. Rasa sayang dan simpati untuk patients bertambah bila kita letak diri kita di tempat mereka. takde sapa yang minta mereka sakit terlantar. takde sapa yang mintak mereka accident semua.

betapa berharganya nikmat kesihatan. sangat berharga. Hamdallah. jangan pernah berhenti bersyukur dengan nikmat kesihatan dan ISLAM dan IMAN terutamanya. bersyukur dan hargainya.

Assalamualaikum :)

1 kuman:):

penulis at: June 28, 2012 at 8:51 PM said...

buat kerja yang orang lain sangat-sangat tak buat; THIS IS SUPER DUPER TRUEE BRO! :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...