Day 2: Allah blesses Nurses

Tuesday, June 19, 2012
Hari ni, aku lakukan bathing patients. Makcik M2, sedih bila dengar cerita dia. Dan sedih bila tengokkan keadaan dia yang tak mampu uruskan diri sendiri. Mengharapkan orang sekeliling untuk memenuhi ADL nya. Anak? Walaupun ada 4 orang anak tapi semuanya meninggalkan emak yang uzur ini.

Aku masuk sahaja shif tadi, selepas passing report, kami mula kemaskan katil dan greet patients. Aku nak kemas katil makcik ni, dan kawan aku nak bawa makcik ke tandas untuk tukar pampers dan mandikan sekali. Apa yang aku sedih sangat pampers makcik dah penuh. sangat penuh sebenarnya. bagaimana makcik tidur malam tadi dalam keadaan macam tu. dia nak mintak tolong nurse, mungkin dia malu. sebab makcik sedar dan boleh bercakap dengan baik. dengan susah payah, kerana badan makcik yang agak besar, kami pindahkan makcik ke wheelchair. 2 orang kawan aku tolak makcik ke tandas.

Aku dengan kawan yang seorang lagi, tukar bed sheet makcik tu. tapi, aku lalu kawasan tandas dan salah seorang kawan aku panggil aku. untuk tolong buangkan pampers makcik dan mandikan.

for my first time, really, aku buang pampers patients dan mandikan makcik. and the feeling is so great. great because I did it for Allah. dan aku berdoa makcik cepat sembuh. makcik bersabar dan diberikan kegembiraan.

Kerja nurse ini, walaupun aku tak pernah terfikir nak jadi nurse. tak berminat pun. tapi andainya kita ikhlas lakukan kerana Allah, kita akan rasa bahagianya. menganggap mereka seperti keluarga sendiri. bila aku mandikan patient, aku teringat ma abah. aku harap aku dapat jadi anak yang baik untuk mereka. dan nurse yang baik untuk pesakit.

InshaAllah. Doakan aku kawan-kawan.

May Allah reward us :)

Assalamualaikum.

1 kuman:):

آسيا at: June 24, 2012 at 1:42 AM said...

it feel contented when we did something for God sake, you'll be one great nurse someday - inshaAllah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...