just to share what i'm thinking in dark day

Monday, November 8, 2010

Assalamualaikum

hari ni saya nak tulis pasal kawan
tak kisah sape kawan kita,laki ke perempuan

all is about fiendship

what is it???

everyone has their own explaination kan,aku pum ada jgk walau pun agak entah pape..but who cares...i'm not!

tak kisah apa status kau,single,in relationship with *****,its complicated,married or apa2 je lah,semua oerlukan kawan.jgn tipu diri kau kalau kau cakap kau boleh hidup sorang2 tnp seorang kawan pun.right?YES!

But sometimes,kenapa ada kwn tapi tak rasa mcm ada kawan?
ada kawn tapi tak rasa disayangi?
ada kawan tapi beban tak terasa ringan?
ada kawan tapi still nanges sorang2?

mana kwn itu?

lumrah dalam persahabatan,mesti ada terasa merasa ni,ada singgung tersinggung,ada terumpat mengumpat,ada terbohong membohong,ada tersakit menyakiti,ada terabai mengabai

lumrah dan itu amat normal
sebab kawan kita tu adalah manusia,kita takleh harapkan kesempurnaan dr dia.kita xleh harapkan dia selalu ikot cakap kita,kita takleh harapakan dia selalu ada untuk kita..walau itu yg sangat kita nak,tapi kita tak layak utk permintaan itu..bagi aku..

so,

what is kawan?
who is kawan?
why need kawan?
how kawan functioning?
where can find kawan?

jawab sendiri...dlm hati


--------------------------------------------------------------------------------------------



masing2 ada kawan kan?


kawan:the most person you need instead your family
kawan:they not only the person you will see everyday but they whom you will feel their existense although you not seeing them
kawan:who is able to love you and caring for you in any ways especially doa
kawan:who is always beside you and have for you
kawan:you will happy with
---------------------------------------------------------------------------------------------

jom kita kembali semula pada Allah,tuhan yg mencurahkan rasa kasih syg dalam jiwa kita,yg membenarkan kita untuk hidup dgn perasaan.ingat tak Allah mengingatkan kita bahawa setiap perhubungan dgn manusia akan diperelokkan jika hubungan dgn Pencipta dlm keadaan baik.

jadi,mungkin bila kita ada masalah dgn kwn,mungkin ini silapnya.kita dgn 'sahabat' kita yg paling dekat pun masih tak betul.

kembali padaNya...

Allah lah yg berkuasa membenihkan rasa kasih dalam hati manusia dan hny Dia yg mengikat hati2 kita..hati kawan dengan kawan...
Jaga hubungan dgn Allah,then Allah akan jaga hubungan kamu dgn manusia..

kalau kita tatap kisah para sahabat dulu2 kita dapat rasa ukhuwah mereka sgt rapat.tgk kisah sy. Abu Bakar r.a dgn Rasulullah..begitu mencintai sehingga sanggup merasa sakit kerana teman.kenapa?hubungan dgn Allah mrk sgt hebat.bila kita jg Allah,Allah akan jaga kita dalam pelbagai aspek.insyaAllah.

kdg2 terpikir,ase hubungan dgn Allah dah oke,quran baca tiap2 hari,solat tak tinggal dsb tapi still ada masalah dalam perhubungan..

mungkin ini adlah ujian,sebab ingat hidup di dunia tak pernah senang.tak pernah!sebab tu lah kita kene bersabar dan kejar akhirat.dunia bukan tempat utk kita merasa senang,tapi tempat penuh ujian.kalau kita pegang pada Allah,settle semua benda..

dalam chapter mana in alquran,

"Ya Allah,kepadaMu kami bertawakkal,dan kepadaMu bertaubat dan kepadaMu jglah kami kembali.
Ya Allah,jgn jadikan kami fitnah bg orang yg menyekutukanMu dan ampunkan kami.Wahai Tuhan,sesungguhnya Engkau lah yg Maha perkasa Maha bijaksana."

so,everything bersangka baik pada Allah dan makhlukNya.then u'll feel better..syaitan pun akan jauh..idup aman..



-------------------------------------------------------------------------------------------------


teringat kata2 seorang kawan,dia cakap kita kene pilih kawan tak boleh main suka je nak kawan.sekarang aku paham kenapa..sebab kalau kita kawan dgn orang yang agak tak sekufu dgn kita,dia akan byk menyakiti kita dan mengubah fungsi seorang kawan yg sepatutnya mengembirakan kwn.

bukan taknak bg kawan dgn orang yg langgar syariat Allah,tp berkwan dgn mereka bimbang akan melalaikan hati kita,bimbang kita turur sma hanyut dari jalan Allah

namun begitu,kawan biar 1000,bermusuh jgn satu:)

-------------------------------------------------------------------------------------------------



oke,sekarang aku nak bercerita tentang aku...

lately,aku byk sgt terasa ngn kwn2 aku.bukan seorang tapi ramai.
aku semakin pelik ngn diri aku,dulu tak mcm ni.tapi sekarang makin sensitif.aku tak tahu fungsi sahabat dlm hidup korang tapi bagi aku,aku memang amat perlukan diorang.

seorang kawan aku,dia cakap aku semakin berubah..dan she is not the first.
aku tahu perubahan yg mereka cakap adalah perubahan yg tak elok.i need them but my ways not showing that.nape ah?hmmm

still searching for the answer

teringat aku pada halaqah yg aku pergi ari tu,dah lama dah..tapi akak tu cakap pasal ukhuwah
ukhuwah melibatkan jiwa,akal dan hati
macam mana tuh?

mungkin macam ni...
bila jiwa kita sayang kat kwn kita,kita sering ingn berjumpa dgn dia,contact dan mula terbit rasa rindu dsb..tapi frendship is not simple than we expect.sometimes it complicated than bercintan.mesti ada punya bab terasa merasa,terkata dan mengata,terumpat dan mengumpat,tersangka buruk dan menyangka buruk dsb.masa ni sangat perlukan akal untuk mentafsir segala kejadiaan.bukan nafsu.bukan.sebab bile kita biarkan nafsu yg control otak kita,kita akan rasa mcm nak putuskan persahabatan dgn kawan kita sedangkan tak boleh.kawan tak boleh dilupakan bila awak mengenalinya.bila kita guna akal dan iman,maka hati kita lebih tenang dan maafkan kawan kita.di sini Allah akan tautkan hati kita dgn kwn kita insyAllah

tapi hidup di dunia ni tak mudah.even mende yg look like simple pun boleh jadi complicated.adik2 yg masih belajar di sekolah menengah patut rasa untung sebab kat sana adik dapat jumpa dgn kwn2 yg satu otak.bukan nak cakap kwn selain dari secondary school susah nak jumpe satu otak,tapi untuk masuk menyerap dlm hati tu agak susah,bagi aku



kat U aku,alhamdulillah aku jumpa kwn2 yang baik,rajin menasihati dsb..hope mereka akan bersangka baik dgn aku bila aku buat salah sebab aku manusia.aku acap kali buat salah dan kdg aku tak sedar ,jd tego la aku bila aku buat salah,aku sgt2 hargai..dan aku jnji aku takkan melenting sebab aku bukan mcm tu.,

huhuhu apa la aku bobel ni
maaflah kawan2 aku sekadar try nak sejukkan hati aku in words tapi sebab tade bakat,jdi mcm terabur je

hmm

dah terlanjur post pasal kwn ni,aku nak mintak maaf ngn semua kwn2 aku,i love you all
jgn silap paham pasal post ni.aku tak tuju kat sape2 dan sekarang lah korang nak praktis utk sangka baik ngn aku kan?hehehe

thanks for reading kwn!

2 kuman:):

MayaSuci.. at: December 10, 2011 at 4:22 AM said...

"Tiada sesuatu pun yang paling berharga dimiliki oleh seorang insan selepas nikmat Islam melainkan TEMAN YANG SOLEH.apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya maka pegangglah ia dengan sungguh2." -UMAR RA-

u'r a great friend. to me.
wlupun kt dunia ni kte jrg bsua, moge kte ditemukan di syurga nanti, insyaAllah :)

AnisBasirah at: May 25, 2012 at 6:32 PM said...

Thanks! Yes to me too :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...