assalamualaikum...
alhamdulillah, kita masih diberikan peluang untuk terus bernafas dan berblogging di muka bumi ini...hidup bukan satu mainan, ia adalah satu jambatan untuk ke akhirat dan satu platform untuk kita sama2 mencari sebanyak mungkin amalan supaya di kehidupan di sana, kita selamat...i'allah
macam mana nak kutip pahala cepat2 ? guna cara paling senang?
kalau nak cepat kaya, boleh masok power root ali cafe contest, tak pun dengar era dan menang 100$ di muzik pilihan aznil..senang kan?
tapi, kalau nak dapat pahala yang banyak menggunakan cara terpantas dan tersenang?
ha, bulan RAMADHAN laa
di sini, aku ingin kongsikan sedikit fadilat bulan umat Islam ni..
1- barangsiapa hadir ke majlis zikir bulan RAMADHAN, di tulis setiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat dia akan bersama Baginda di bawah Arasy Allah
2-sesiapa yang tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah di Syurga
3-sesiapa yang berbakti pada ibubapanya,Allah memandang rahmat padanya
4-isteri yang berbuat sesuatu mencari keredhaan suaminya,maka pahala yang besar Allah kurniakan padanya seperti Siti Mariam (untuk aku:soon)
5-sesiapa yang menyampaikan hajat orang mukmin,Allah akn menunaikan 1000 hajatnya
6-sesiapa yang bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak n isteri) tiap langkah dikurniakan 1000 kebajikan,dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkatkan 1000 darjat baginya
Nabi Muhammad juga bersabda:Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu dan amal fardu diberi balasan 70X ganda..
banyakkan!!!rugi kalau kita tak rebut peluang ni,pada bulan ini jugak satan telah diikat..tapi,musuh napsu kita masih ada..tyme ni la kita nak buang dan kikis segala pi'il yang tak jurus tuu..
setelah 11 bulan kita hidup dengan satan,n napsu yg memang gila...Allah kurniakn kita satu bulan untuk bersihkan balik hati2 yang berkarat nii...nampak macam tak cukup kan,tapi pahala yang berlipat ganda ni,,i'allah cukup..tu kalau kita betol2 beramal..
dan puasa ni bukan setakat menahan lapar dan dahaga sebab dari segi bahasa sendiri puasa bermaksud menahan..tak kisah lah menahan makan,minum atau perbuatan dan percakapan..
firman Allah dalam surah Maryam ayat 26:
'sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa demi Tuhan yang Maha pemurah, bahawasanya aku tidak akan bicara (puasa) dengan seorang manusia pun hari ini'
jadi...
kita kene tahan lah napsu kita ni..supaya tak mengumpat, xbuat jaah kat orang(binatang pun) ,
tak cakap bo'ong,tak tengok movie,tak usha mamat2 ensem,tak buat maksiat dan perkara sia2,tak banyak tidur pada siang hari(yelaa kan,kalau tidur kurang sikit penat, puasa pun tak ase macam puasa,macam mana nak dapat pahala puasa kan),tak makan banyak sangat bila berbukak,dan pelbagai pi'il lagi yang boleh mengurangkan pahala puasa kita..keseluruhannya, tak menyibukkan diri dengan urusan duniawi...
semoga segala praktis yg akan kita buat di bulan puasa nanti berterusan untuk 11 bulan yang akan datang,insyaAllah..
dan perbanyakkanlah doa...
doa orang yang berpuasa ni,senang dimakbulkan pasal hijab antara Allah dan orang berpuasa dilucutkan..insyaAllah...
dan..
lebih indah lagi kalau kita berpuasa dan beribadah pada Allah bukan sebab mengharapkan balasan dari Allah semata2 tapi disebabkan kecintaan kita pada Allah...
sama2 kita usaha ye..aku pun loklak sokmo tyme puasa..tambah2 kalau dok kat rumah.
makanan ikut suka hati nak apa..tak cukup ngan tu,ajak mak pergi bazar..beli itu ini..malam tu mula la so'oh..nak solat pun letih laa itu la ini laa..
pergi dengar tazkirah pun jarang2 je..aduuh..nak qiam lagi la susah..katilyang empuk,selimut yang tebal,kipas kuu kuu..enak tidur kan..bangun sahur pun tanak..teruknye akuuu!!!
tapi,i'allah, RAMADHAN kali ni aku akan berubah!!!
ni yang aku plan nak buat tyme bulan puasa nanti(insyaAllah)
-solat di awal waktu
-solat berjemaah
-solat terawih tanak ngantuk
-solat sunat rawatib
-qiam berjemaah dan sorang2
-alquran 30juz
-bangun sahur
-pergi talaqi dan niat kerana Allah semata2
-berbuka kat masjid(sebab makanan kat masjid tak banyak n dapat berjimat..hehe)
-banyakkan bersedakah
dan dan dan sebagainya
harapnye jadi lah impian2 aku ni..n korang pun..huhuhu
okeyh,sekian saje kali ni...
selamat menyambut RAMADHAN!!!
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kuman:):
Post a Comment