Assalamualaikum :)
Oh, hari ini sebenarnya aku takde kelas. Punya lah semangat aku pergi kelas tadi, tup tup kosong. Sampai hati diorang tak bagitahu kami bahawasanya hari ini kelas dibatalkan. Huhu. Semalam punya lah semangat Madam mahu buat kelas. Ish.
Tapi takpe lah sebab hari ini aku ada kelas lain kat Setapak. Jadi takde lah masa aku terbuang dengan menuntun muvie dan melayan nafsu yang tak pernah puas ni :(
Ehm.
Back to our topic, Kucing. Ha, aku berani jamin mesti mesti ramai antara korang yang geli, takut dan benci kucing kan? Haha.
Kenapa eh anti sangat? Comel apa menatang ni hehe.
Kucing tu cute lah. Cuba kau bela satu, kau akan dapat rasa kasih sayang kucing tu. Bermain dan bermanja dengan kucing. Memang satu nilai kasih sayang yang tak ternilai. Chewah! Hehehe
Mak aii cute! |
Korang semua tahu tak sebenarnya kucing adalah binatang yang tak perlu bekerja untuk meneruskan hidup?
Ye, betul. Memang kucing tak perlu bekerja untuk hidup. Aku sendiri, aku menyayangi dan memanjakan kucing aku biarpun dia tak pernah bagi khidmat untuk aku. Pada kucing sendiri tak ada benda yang berguna sebenarnya. Maaf ye kucing-kucing comel sekalian.
Dagingnya tak boleh dimakan macam lembu.
Dia tak bertelur macam ayam.
Dia tak boleh mengawal rumah dsb macam anjing.
Bulu dia takleh buat fabric macam bulu biri-biri.
Dan kucing ni juga menyusahkan kadang-kadang.
Berak kencing tak tentu hala.
Makan sayur taknak, ikan daging je mahu.
Bulu dia pula melekat kat sofa, katil dan mana-mana aje yang dia singgah.
Tapi, betapa ramai manusia tetap membela dan menyayangi kucing?
Pernah terfikir dak?
Jadi, apa sebenarnya yang ada pada kucing ni sehingga kita amat membelainya?
Yes. Betul!
Kasih sayang. Itu sahaja. Ye, tak lebih dari itu. Dan kalau kau perhatikan, kucing memang penuh dengan kasih sayang.
Kalau kau tak biasa dengan kucing, cu try dulu pegang dia, usap-usap dia. Lama-lama kau akan suka dengan dia. Betul. Hehe.
Jadi, apa hikmahnya kucing disifatkan begitu?
Berbalik pada diri kita semua; berkasih sayang sesama manusia mampu memberikan kita kebahagiaan. Bila kita mula menyayangi, kita juga akan disayangi. Disayangi dengan ikhlas.
Jika kita tidak mampu berbakti pada ibu bapa kita, saudara-mara, mahupun kawan-kawan dengan wang, apakata kita berbakti kepada mereka dengan menyebarkan kasih sayang kepada mereka.
Lagi pula, Rasulullah bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi diri kita sendiri"
Kesimpulannya...
Sayangilah diri anda dan orang-orang, kucing-kucing sekeliling anda ^,^
:: Aku baca ini dari majalah ILuvIslam :)
7 kuman:):
ske sgt2 dgn kucing...:)
i like cat very muchhhh!!!..hehe
tak suka kucing tapi tak pula nak seksa kucing.
bkn xske kucing..cme fobia..huu
cne nk ilangkan fobia 2 ek??any tips??
Ada orang suke kucing. Ada tak. Citarasa berbeda bukan :) Kalau fobia tu, aku rasa kene try luh pegang kucing tu. Berjinak-jinak. Fobia, kalau atasi dgn takut tak jadi bukan. Haha. Aku pun tak tahu la wahai syazwina firdausi :) Try bela sekor kucing. Aku rasa nanti jadi okey la
suke kucen... siyes...
upps..trase sy..sy tkot kucing kt kfe tue..
Post a Comment