Alhamdulillah subjek UNGS 2040 dah habis. Tadi baru je exam. Soalan okay la. Tade la susah mane. Kawan aku cakap, kalau tak study pun boleh jawab hoho.
" Who send his paper first I'll give ten ringgit. "
Hoho. Budak laki tu terus bangun hantar. Dapat la dia 10 riyal sobs. Rezeki.
Korang, lecturer aku yang berasal dari Kashmir, India ini sangat baik orangnya. Dia tak pernah marah kami. Dan dia cukup menghormati kami. Pandangan dia terhadap isu sesebuah negara sangat hebat dan sungguh philosophy.
Tentang isu Anuar Ibrahim, dia komen. Dia cakap macam mana pemimpin dari kaum yang sama boleh menjatuhkan sesama sendiri. Dan bagaimana urusan peribadi dipolitikkan.
Kalau di U.S, semasa Bush menjadi pemimpin, walaupun Bush seorang yang player, banyak mistress. Tapi Obama tidak menggunakan peribadi Bush untuk menjatuhkan Bush.
Aku juga setuju dengan Dr. Malik. Bagi aku, setiap orang pernah membuat kesilapan. Tak kira dia Anuar ke Najib. Malah kita sendiri. Kalau lah betul Anuar telah menjalinkan hubungan dengan perempuan itu. Itu adalah masa silam dia. Dan dosa dia adalah dengan Allah. Dan apakah hak kita untuk membuka aib dan menyebarkannya seentero dunia. Bukankah agama mengajar kita supaya menyorokkan aib kita dan saudara-saudara kita?
Hah. Inilah negara Islam yang terkenal dengan ke'islam'annya.
Dan kalaulah betul tentang isu itu, mana buktinya? Saksi-saksi yang tidak layak menjadi saksi tidak patut diambil pusing kesaksiannya.
Syarat layak menjadi saksi adalah jika mereka sendiri melihat dengan mata mereka peristiwa itu dan saksi mestilah seorang yang jujur dan jelas keislamannya.
Hah.
Entahlah. Makin aku pikir pasal benda ni makin kusut. Terlalu banyak helah dan kepentingan diri. Mana slogan Rakyat Didahulukan? Mungkin telah terkubur mati sebelum ajal.
Kesimpulannya, aku tetap dengan PAS. Aku rasa kesempurnaan yang Pas bawa tiada bandingan. Berbanding dengan parti-parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat dan UMNO.
Aku bukan ingin bermain politik di blog, tapi aku tak main-main malah aku serious.
Kehidupan yang sementara ini tak patut dibusukkan dengan kejelikan para pemimpin yang bertuhankan nafsu.
Islam adalah cara terbaik untuk hidup aman dan bersih didunia ini. Dan aku yakin, Pas adalah parti yang terbaik dalam membawa imej Islam.
Waallahualam~
1 kuman:):
anis, aku baru tgk video ni..
http://www.youtube.com/watch?v=MR7tGi9IWHM&feature=player_embedded#at=61
ceramah kat mache ari tu..
Post a Comment