Sehodoh-hodoh Manusia adalah Secantik-cantik Jin.

Sunday, May 8, 2011
Assalamualaikum.

Teringat guru aku di sekolah. Nama dia Ustaz Nasir. Ustaz yang bila dia buka mulut pasti pecah suara ketawa. Sangat kelakar. Tapi penuh pengalaman.

Beliau merupakan guru grammar Bahasa Arab (nahu sorof). Subjek yang paling aku tak 'masuk' sejak dari form 1 lagi. Tapi masa form 4, aku suka subjek ni sebab peratusan ustaz mengajar hanya 20 percent. Selebihnya dia bercerita. Haha. Tu yang syiok!

Beliau ialah salah seorang makhluk yang terpilih. Sebabnya dia dapat melihat alam ghaib. Oh, maksud aku dapat lihat jin dan berkomunikasi dengan mereka.


Ada satu hari, dia terserempak dengan 'hantu' di depan kelas kami.
Ada satu hari, dia menghalau 'hantu' dalam kelas kami.


Oh God, aku memang seriau kalau dia cerita pasal 'benda-benda' yang ada belakang aku tapi aku tak dapat catch huahua!


Ehm..


Ustaz aku pernah menjadi rebutan di kalangan jin. Ustaz Nasir ni takde la hensem sangat tapi dikalangan jin. Fuh! Cair woo. Macam artis dah. Sebab tu lah sampai dia dipinang oleh Jin. 


Kau nak?


Hahaha.


Kawan aku pernah cerita. Abang dia pernah masuk alam jin. Kehidupan mereka menyamai sahaja dengan kita. Pembangunan. Pengangkutan. Perkahwinan.
Dan fizikalnya, mereka lebih besar dari kita. Hidup lebih lama dari kita. 


Hebat sungguh ciptaan Allah. Yang pelbagai. Yang pelik dan unik.


Jika sehodoh-hodoh manusia adalah secantik-cantik jin (jin, tolong jgn terasa)... Bagaimana pula jika sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin?


Benarkah?

Oh!


Sudah tentu tidak. 


Ada segelintir umat yang claim, jin adalah makhluk yang jahat. Kacau manusia. Porak perandakan hidup manusia. Memang benar tapi tak semua. Tak semua. Tak semua jin adalah jahat sebagaimana tak semua manusia jijik. Mengjudge makhluk sesuka hati adalah satu penghinaan. Penghinaan.
Bagaimana dengan jin Islam yang mungkin mereka lebih baik dari kita dari segi akhlaknya, ibadahnya dan sebagainya.


" Sekiranya kenyataan sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat Rasulullah jauh lebih jahat daripada manusia, sedangkan ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik. "


" Generasi awal jin juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan mereka. "


(majalah I Luv Islam)
sertai kami di facebook. iluvislam-weekly





Oh oh. Dan tahukah kamu bahawa sewaktu nabi membacakan surah ar-Rahman kepada sahabat-sahabat Baginda, ada segelintir jin yang turut mendengar bacaan Nabi termasuklah Al-adras, Hasir dan Khasir. Mereka ini lebih baik dari kita dan cukup sensitif dengan al-quran.


Jadi, tidak wajarlah untuk kita claim yang kita ini lebih baik dari puak jin.


Kebanjiran filem-filem seram telah banyak memburukkan imej puak jin apabila ada yang menjadikan slogan "sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik manusia" dalam filem mereka.


Perkara ini wajib diubah. Hanya Allah yang berhak mengadili sesuatu kaum. Dan setiap kaum itu semuanya sama. Hanya amal kebajikan dan taqwa kepada Allah yang membezakan darjat kita disisi Allah.


Berkaitan dengan tajuk aku, Sehodoh-hodoh Manusia adalah Secantik-cantik Jin. Aku tidak mempercayainya 100 percent.


Bukankah kecantikan itu subjektif? Lagi pula, ada je saudara aku yang tergila-gila kan jin. Siap kahwin dah. Dan saudara aku itu adalah manusia okay.


Kesimpulan pada hari ini adalah..
Sesungguhnya Allah tidak melihat pada hartamu dan rupamu,
tetapi Allah melihat pada amalmu dan taqwamu.


Selamat hujung minggu!

1 kuman:):

ghost writer at: May 8, 2011 at 7:24 PM said...

ramai di antara kita yang taksub dengan alam jin.sebab itu ramai yang mulai percaya kalau jin islam itu memberi kebaikan sedang sudah diketahui bahwa Tuhan telah asingkan kedua-dua alam ini bukan untuk saling kenal mengenali tapi cukup sekadar kita mengetahui akan kewujudan mereka sebagai makhluk tuhan.kalau dilihat pada sejarah nabi sulaiman kita dapat menyimpulkan kalau kita tidak perlu tunduk pada kaum jin kerna mereka adalah kaum yang akan mempengaruhi kehidupan dan akhlak kita.tapi malangnya kita sedari bahwa kita terlalu ingin berada dalam dunia mereka.sebaik-baik makhluk yg diciptakan itu adalah manusia.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...