Sistem Chup

Monday, May 16, 2011
Assalamualaikum.

Hari ni aku duk sorang-sorang kat bilik ni sebab roomate aku cuti esok. Dan dia memang pantang dengan cuti, terus balik rumah. Dan lampu bilik air rosak huwaaa! Dah la lorong aku ni 2 bilik je yang menyala. Lampu lain mampus. Seram sejuk aku nak pergi bilik air huhu!

Okay, tak yah dah cerita pasal benda yang tak menarik langsung tu. Ha, korang pernah tak dengar sistem chup? Heheh.

Tak pernah eh? Meh aku explain, sebenarnya benda ni memang most famous kat U aku. After couple, chup-chup ni antara yang top lah hehe.

Okay,sistem mengecup ni, didominasi oleh orang-orang yang berkehendak untuk menjaga nasab dan menjaga diri dari maksiat. Juga untuk jaga perkahwinan yang akan dibina supaya diberkati Illahi.

" Eh anis, kau tahu si M tu dah ada orang cup"

" Eh anis, kalau orang nak cup kau nak tak"

Ha, macam tu la lebih kurang ayat-ayat yang famous. Tapi proses chup ni tak semudah itu. Ia harus ada orang tengah. Melalui sedikit perbincangan dan sedikit tanya khabar tentang latar belakang kedua-dua belah pihak, dan harus ada lafaz sekali ya.

Kiranya chup ni first step la before you all boys masuk minang kami. Aku tak sure cup ni ada dealing dengan family tak. Tapi, They should not text each other or contact dalam masa cup tu. Hahha. Aku macam dah expert pula ya.



menjaga hubungan sebelum nikah untuk keabadian cinta



Sebenarnya, main point aku adalah, dari korang couple dan menghancurkan diri sendiri, baiklah korang guna sistem ini yang selamat dan telah terbukti dapat melahirkan generasi yang soleh dan menjamin calon suami seorang yang alim dan sweet :) Aku dapat guarantee si boy itu serious ngan kita kalau dia chup. Takde lah korang main berlagu-lagu menangis, bergila royan ditinggalkan teman lelaki.

Ehm.

Mengechup juga membantu anda untuk lebih menjaga hati, dibandingkan dengan couple. Dan membantu anda untuk merasai perasaaan ingin kahwin cepat-cepat oh yeah!


zuriat yang soleh adalah jaminan

Kalau couple:
Bercinta--> Bergaduh--> Pujuk balik--> Ajak kahwin--> Merisik (konon) --> Meminang (konon)--> Bertunang--> Kahwin!

Kalau chup:
Chup mengechup--> Merisik--> Meminang--> Bertunang--> Kahwin!

SEE? Korang dapat mempercepatkan proses perkahwinan dan cepat-cepat ada baby. Kalau couple ni leceh lol. Credit lagi habis, jiwa menderita, hati berkarat Tuhan je tahu, lagi banyak la seksaan yang ada sehingga kau rasa macam dunia dah kiamat.

Tapi chup ni, dapat dijaminkan kau akan merasai very-very minor keseksaan. Dan banyak kemanisan yang akan kau rasai selepas kahwin. Aku sure lepas kahwin je, topup sekali sehari, gaji tak sempat nak simpan dan asyik nak tidur je. Tapi semua tu halal dah malah dapat pahala lagi. Yelah, menyayangi satu sama lain.

Aku masih single, bujang. Jadi aku takleh nak cerita kemanisan bercinta lepas kahwin tapi aku amat mempercayai itu. Kisah Rasulullah, Sy. Ali. Dan kisah-kisah seniour lagi lah meyakinkan aku hehe. 

Jadi, keluarlah dari kepompong yang hanyir kepada yang wangi. Say NO to couple.

Binalah keluarga bahagia dengan menjaga hubungan sebelum nikah. Okay?

Sekian itu sahaja. :)

11 kuman:):

Nur Hafizah at: May 16, 2011 at 9:19 PM said...

" Eh anis, kalau orang nak cup kau nak tak"

NAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAKKK -anis-

ngeeeee :D

farahadlina at: May 16, 2011 at 9:21 PM said...

lawak gle entri ni. but i loikee. hahaha

terokai seni at: May 16, 2011 at 9:31 PM said...

main cup je ye... kalo dah kene cup orang lain tak bule cup ke?

Al Basirah at: May 16, 2011 at 9:40 PM said...

fizah. itu hanya contoh ye sila jgn amek pusing hahaha. weh, mg jgn pk pelik2 tahu!

farah, anda suka kenapakah? hehe

cemomoi, kalau orang lain dag chup, section closed :) sorang cukupla yang

adidahzubir at: May 16, 2011 at 9:52 PM said...

wah bestnya ! =p
kenapa uitm takde chup chup
T______T

Al Basirah at: May 16, 2011 at 10:02 PM said...

pulak dah hehehe.
takpe, awak la jadi starter :)

cara apa shj untuk mengelakkan zina n dosa, itu adalah terbaik >,<

missJay at: May 17, 2011 at 12:39 AM said...

wahhh..hot neh! XD
anisss..ehem,ehem..chup??
isu nih mce familiar je :)

penulis at: May 17, 2011 at 1:00 AM said...

haha,anis! keadaan aku cmne?kire chup chup ke?lolol.koya la pulak.haha =p

hambaMu at: May 17, 2011 at 1:05 AM said...

ini dipanggil khitbah kan.. :)

Al Basirah at: May 17, 2011 at 1:26 AM said...

jay jiyi : hehehe. Holah familiar sbb budak uia sokmo duk kecek haha

atim: urmmm mg tu apa ye? bwh sikit dr chup kot haha. Aku tak sabar nk dapat kad jemputan ni! :p

ekin!: khitbah ada lafaz yg nyata kan? kalau time chup tu bagi lafaz, kira khitbah. Lau tak, chup sahaja :)

Al Basirah at: May 19, 2011 at 3:56 PM said...

ekiN!: khitbah: informal pertunangan. Betullah khitbah ngeee :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...