Cara Membuat Rayuan Universiti

Monday, May 9, 2011
Assalamualaikum.

Tawaran UPU dah keluar kan? Dan aku percaya terdapat beberapa golongan selepas keluarnya result UPU ni.

1- Happy mampos : dapat Uni dan kos yang dia nak

2- Happy: dapat tawaran Uni yang dia nak @ dapat kos yang dia nak

3- Sedih : dapat Uni yang dia tak berkenan @ dapat kos yang dia tak masuk

4- Sedih mampuss : tak dapat apa-apa. Uni dan kos


ehem..

Adik-adik ku sayang, yang dirahmati Allah selalu. 
Jangan bersedih hati kerana ketetapan Allah adalah yang terbaik. Dia cuma mengujimu sebentar. Pasti ada kegembiraan di hadapan asalkan adik-adik yang comel semua ni tak berputus harapan dari rahmat Allah.

Kalau adik-adik yang indah ni baca blog kakak yang terindah ini, jua satu rahmat kan?  Heee :)

Ni... Adik-adik kalau berminat untuk masuk mana-mana Universiti, sebenarnya korang boleh buat rayuan direct ke Uni tersebut. Plus jangan lupa buat rayuan UPU.

Caranya simple as ABC.

* Karang satu surat rayuan. Macam surat kiriman rasmi untuk Dean Uni. tersebut. Letak nama dan cara untuk hubungi korang macam mana. Aku tak sure ayat dia macam mana. Pandai-pandai lah kau.

* Lampirkan salinan UPU korang yang tak diterima itu ( in case korang dapat tawaran tapi korang taknak. Korang nak U pilihan korang ) atau salinan UPU rayuan (kalau korang tak dapat tawaran).

* Lampirkan salinan slip SPM.

Hantar secepat mungkin dan berdoalah banyak-banyak. Keyakinan kepada Allah itu sangat penting dan sangat membantu hatimu untuk redha. :)

Kakak harap ini serba sedikit dapat bantu adik-adik ku sayang!

Promote Uia sikit hehe:)

zoom!




Logo IIUM





Di campus Gombak yang most INDAH


:: pssst! Ni cara rayuan untuk Uni. Islam Antarabangsa Malaysia. Aku sure, cara U lain pun lebih kurang ni je. Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi : 03-61964252 (IIUM)

8 kuman:):

Anis izyan Abd Rahman at: May 9, 2011 at 8:08 PM said...

wwwoowwww siap ade care lagi tuh , nway ! gud luck

lemon at: May 9, 2011 at 10:28 PM said...

thanks utk cara2 tu..

sharkzllr at: May 5, 2013 at 9:44 PM said...

hahah comel je promote UIA. sbb sy memang sedang tunggu keputusan upu dan memang UIA menjadi pilihan utama sy :)

untuk rayuan ni, cuma incase.
Wallahualam.

Syukran kak :)

Unknown at: July 12, 2013 at 4:22 PM said...

assalamualaikum kak boleh tunjuk contoh saya lepasan stpm kak.... . .. .



harap membantu

Unknown at: July 12, 2013 at 4:23 PM said...

assalamualaikum kak boleh tunjuk contoh tak saya
lepasan stpm harap akak tolong saya



Amie :] at: July 13, 2013 at 8:34 PM said...

Terima kasih ❤

FOODWASTEMANAGEMENT at: June 9, 2014 at 11:38 AM said...

salam,,akk...cmne nk print yg upu tu..npe lmn web die ea?sye da cri tpi xjmpe..so skrg xley print..please akk..urgent...

Unknown at: October 13, 2014 at 1:46 PM said...

Maaf adik-adik, akak x bukak blog ni. Any inquiries boleh contact fb: albasirah

Goodluck!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...