Perancangan Tamat Belajar

Wednesday, May 25, 2011
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah hari ni aku dah habis exam. Dan hari ini juga bermaksud aku sudah graduate! Tapi asasi je. Haha. 2 tahun aku disini. Dan hari ini aku bebas dari petaling jaya!

Aku akan masuk balik U di Kuantan (Mak! Tak sabarnyaa!) pada bulan 9. Means, aku ada 3 bulan waktu free. Hoho. Lame der.

Agak-agak nak buat apa ye?

Hah, ni antara benda-benda yang aku list dalam otak aku. Korang ada? Mestilah kan!

 1- Rehat dirumah: bangun pukul 10- tolong mak- borak dengan abah- layan astro- layan korea.

2- Pergi masjid tiap hari.(Harap-harap menjadilah)


 
3- Apply kerja. Kumpul duit nak ganti handphone yang kena rompak dengan Cina **ngong! sobs

4- Berharap kat tempat kerja ada leki hensem dan macho untuk dijadikan scandal. (sengal)

5- Berharap kat tempat kerja takde laki gila yang mengada dan takde harga diri.

6- Habiskan baca buku-buku yang aku beli berdekad lalu.

7- Lepak dengan kengkawan.

8- Shopping.

9- Ada orang masuk minang tak? Haha

Dan sebelum tu, aku ada test JPJ 2 jun! Oh doakan aku ye:)

Entah papela aku membebel ni. Huhu.


 
By the way, Happy holiday kawan2 sama U dan yang tak. Pada yang bekerja diharap tidak mencemburui kami ye haha!

:: Manfaatkan masa dengan sebaiknya.
:: Seelok-eloknya luangkan masa cuti untuk menuntut ilmu agama.
:: Jangan jadi semak dirumah.
:: Jangan lupa solat malam dan puasa sunat.

Pesanans ini adalah untuk aku dan awak-awak semua!

Bye!



Perbezaan Nabi dan Rasul

Sunday, May 22, 2011
Assalamualaikum kawan-kawan!

Sihat? Ku disini sihat. Hehe. Cuma, hati dan jiwa semakin suram. Sekarang, aku sedang usahakan menyucikan hati yang berkarat hanyir. Sama-sama kita memperbaharui niat dan hati kita, supaya setiap yang kita lakukan adalah kerana Allah. Dan semoga setiap percakapan, perbuatan kita sentiasa keranaNya yang satu.



Okay, apakah perbezaan antara Nabi dan Rasul?

-----------
-----------

Rasul: Mendapat wahyu daripada Allah dan wajib menyebarkannya pada umat manusia dan jin semua.

Nabi: Mendapat wahyu daripada Allah tetapi tidak wajib menyebarkannya pada umat manusia dan jin semua.

Rasul: Membawa syariat dari Allah.

Nabi: Mengikut syariat yang diberikan oleh Rasul sebelumnya.

Contoh: Nabi Musa adalah seorang Rasul dan juga Nabi sebab Baginda mempunyai syariah (seperti termaktub dalam Taurah) akan tetapi Nabi Zakaria dan Nabi Yahya adalah seorang Nabi bukan Rasul kerana mereka membawa dan mengikut syariah pada masa Nabi Musa.

Jadi, seorang Rasul juga adalah seorang Nabi akan tetapi seorang Nabi tidak semestinya seorang Rasul.

:: Ini adalah subjek yang akan aku exam esok. Huhu. Wish me luck friends :) And the best of luck to all my friends who will sit for examination!


Kucing: Lovely Pet

Tuesday, May 17, 2011
Assalamualaikum :)

Oh, hari ini sebenarnya aku takde kelas. Punya lah semangat aku pergi kelas tadi, tup tup kosong. Sampai hati diorang tak bagitahu kami bahawasanya hari ini kelas dibatalkan. Huhu. Semalam punya lah semangat Madam mahu buat kelas. Ish.

Tapi takpe lah sebab hari ini aku ada kelas lain kat Setapak. Jadi takde lah masa aku terbuang dengan menuntun muvie dan melayan nafsu yang tak pernah puas ni :(

Ehm.

Back to our topic, Kucing. Ha, aku berani jamin mesti mesti ramai antara korang yang geli, takut dan benci kucing kan? Haha.
Kenapa eh anti sangat? Comel apa menatang ni hehe.

Kucing tu cute lah. Cuba kau bela satu, kau akan dapat rasa kasih sayang kucing tu. Bermain dan bermanja dengan kucing. Memang satu nilai kasih sayang yang tak ternilai. Chewah! Hehehe


Mak aii cute!


Korang semua tahu tak sebenarnya kucing adalah binatang yang tak perlu bekerja untuk meneruskan hidup?

Ye, betul. Memang kucing tak perlu bekerja untuk hidup. Aku sendiri, aku menyayangi dan memanjakan kucing aku biarpun dia tak pernah bagi khidmat untuk aku. Pada kucing sendiri tak ada benda yang berguna sebenarnya. Maaf ye kucing-kucing comel sekalian.

 Dagingnya tak boleh dimakan macam lembu.
Dia tak bertelur macam ayam.
Dia tak boleh mengawal rumah dsb macam anjing.
Bulu dia takleh buat fabric macam bulu biri-biri.

Dan kucing ni juga menyusahkan kadang-kadang.
Berak kencing tak tentu hala.
Makan sayur taknak, ikan daging je mahu.
Bulu dia pula melekat kat sofa, katil dan mana-mana aje yang dia singgah.

Tapi, betapa ramai manusia tetap membela dan menyayangi kucing?

Pernah terfikir dak?

Jadi, apa sebenarnya yang ada pada kucing ni sehingga kita amat membelainya?


 
Yes. Betul!

Kasih sayang. Itu sahaja. Ye, tak lebih dari itu. Dan kalau kau perhatikan, kucing memang penuh dengan kasih sayang.

Kalau kau tak biasa dengan kucing, cu try dulu pegang dia, usap-usap dia. Lama-lama kau akan suka dengan dia. Betul. Hehe.



Jadi, apa hikmahnya kucing disifatkan begitu?

Berbalik pada diri kita semua; berkasih sayang sesama manusia mampu memberikan kita kebahagiaan. Bila kita mula menyayangi, kita juga akan disayangi. Disayangi dengan ikhlas.
Jika kita tidak mampu berbakti pada ibu bapa kita, saudara-mara, mahupun kawan-kawan dengan wang, apakata kita berbakti kepada mereka dengan menyebarkan kasih sayang kepada mereka.

Lagi pula, Rasulullah bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi diri kita sendiri"


Kesimpulannya...

Sayangilah diri anda dan orang-orang, kucing-kucing sekeliling anda ^,^

:: Aku baca ini dari majalah ILuvIslam :)

Sistem Chup

Monday, May 16, 2011
Assalamualaikum.

Hari ni aku duk sorang-sorang kat bilik ni sebab roomate aku cuti esok. Dan dia memang pantang dengan cuti, terus balik rumah. Dan lampu bilik air rosak huwaaa! Dah la lorong aku ni 2 bilik je yang menyala. Lampu lain mampus. Seram sejuk aku nak pergi bilik air huhu!

Okay, tak yah dah cerita pasal benda yang tak menarik langsung tu. Ha, korang pernah tak dengar sistem chup? Heheh.

Tak pernah eh? Meh aku explain, sebenarnya benda ni memang most famous kat U aku. After couple, chup-chup ni antara yang top lah hehe.

Okay,sistem mengecup ni, didominasi oleh orang-orang yang berkehendak untuk menjaga nasab dan menjaga diri dari maksiat. Juga untuk jaga perkahwinan yang akan dibina supaya diberkati Illahi.

" Eh anis, kau tahu si M tu dah ada orang cup"

" Eh anis, kalau orang nak cup kau nak tak"

Ha, macam tu la lebih kurang ayat-ayat yang famous. Tapi proses chup ni tak semudah itu. Ia harus ada orang tengah. Melalui sedikit perbincangan dan sedikit tanya khabar tentang latar belakang kedua-dua belah pihak, dan harus ada lafaz sekali ya.

Kiranya chup ni first step la before you all boys masuk minang kami. Aku tak sure cup ni ada dealing dengan family tak. Tapi, They should not text each other or contact dalam masa cup tu. Hahha. Aku macam dah expert pula ya.



menjaga hubungan sebelum nikah untuk keabadian cinta



Sebenarnya, main point aku adalah, dari korang couple dan menghancurkan diri sendiri, baiklah korang guna sistem ini yang selamat dan telah terbukti dapat melahirkan generasi yang soleh dan menjamin calon suami seorang yang alim dan sweet :) Aku dapat guarantee si boy itu serious ngan kita kalau dia chup. Takde lah korang main berlagu-lagu menangis, bergila royan ditinggalkan teman lelaki.

Ehm.

Mengechup juga membantu anda untuk lebih menjaga hati, dibandingkan dengan couple. Dan membantu anda untuk merasai perasaaan ingin kahwin cepat-cepat oh yeah!


zuriat yang soleh adalah jaminan

Kalau couple:
Bercinta--> Bergaduh--> Pujuk balik--> Ajak kahwin--> Merisik (konon) --> Meminang (konon)--> Bertunang--> Kahwin!

Kalau chup:
Chup mengechup--> Merisik--> Meminang--> Bertunang--> Kahwin!

SEE? Korang dapat mempercepatkan proses perkahwinan dan cepat-cepat ada baby. Kalau couple ni leceh lol. Credit lagi habis, jiwa menderita, hati berkarat Tuhan je tahu, lagi banyak la seksaan yang ada sehingga kau rasa macam dunia dah kiamat.

Tapi chup ni, dapat dijaminkan kau akan merasai very-very minor keseksaan. Dan banyak kemanisan yang akan kau rasai selepas kahwin. Aku sure lepas kahwin je, topup sekali sehari, gaji tak sempat nak simpan dan asyik nak tidur je. Tapi semua tu halal dah malah dapat pahala lagi. Yelah, menyayangi satu sama lain.

Aku masih single, bujang. Jadi aku takleh nak cerita kemanisan bercinta lepas kahwin tapi aku amat mempercayai itu. Kisah Rasulullah, Sy. Ali. Dan kisah-kisah seniour lagi lah meyakinkan aku hehe. 

Jadi, keluarlah dari kepompong yang hanyir kepada yang wangi. Say NO to couple.

Binalah keluarga bahagia dengan menjaga hubungan sebelum nikah. Okay?

Sekian itu sahaja. :)

Kematian Osama bin Laden: Respon Saya

Tuesday, May 10, 2011
Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.
Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara Muslim yang lain.
Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan keganasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.
Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini.
Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.
Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.
Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M
blog tuan guru disini

Zuhud :)
Assalamualaikum all :)
Alangkah malunya aku bila aku dah interpret banda bukan-bukan pasal Osama. Tapi Tokguru sangat husnu zon (bersangka baik) dan sangat rasional pendapatnya. Alangkah indahnya negara Malaysia jika Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang memerintah. Tentu harga gula tak dinaikkan. PM ni memang anti gula ke apa? Asyik naikkan gula je. Mengom betol opppsss. Jom kita cuba pemerintahan PAS.  Aku yakin pasti lebih baik teramat baik jika dibandingkan dengan sekarang. Tak percaya? Belum cuba belum tahu, sudah cuba jatuh cinta InsyaAllah.
Sekian.

Cara Membuat Rayuan Universiti

Monday, May 9, 2011
Assalamualaikum.

Tawaran UPU dah keluar kan? Dan aku percaya terdapat beberapa golongan selepas keluarnya result UPU ni.

1- Happy mampos : dapat Uni dan kos yang dia nak

2- Happy: dapat tawaran Uni yang dia nak @ dapat kos yang dia nak

3- Sedih : dapat Uni yang dia tak berkenan @ dapat kos yang dia tak masuk

4- Sedih mampuss : tak dapat apa-apa. Uni dan kos


ehem..

Adik-adik ku sayang, yang dirahmati Allah selalu. 
Jangan bersedih hati kerana ketetapan Allah adalah yang terbaik. Dia cuma mengujimu sebentar. Pasti ada kegembiraan di hadapan asalkan adik-adik yang comel semua ni tak berputus harapan dari rahmat Allah.

Kalau adik-adik yang indah ni baca blog kakak yang terindah ini, jua satu rahmat kan?  Heee :)

Ni... Adik-adik kalau berminat untuk masuk mana-mana Universiti, sebenarnya korang boleh buat rayuan direct ke Uni tersebut. Plus jangan lupa buat rayuan UPU.

Caranya simple as ABC.

* Karang satu surat rayuan. Macam surat kiriman rasmi untuk Dean Uni. tersebut. Letak nama dan cara untuk hubungi korang macam mana. Aku tak sure ayat dia macam mana. Pandai-pandai lah kau.

* Lampirkan salinan UPU korang yang tak diterima itu ( in case korang dapat tawaran tapi korang taknak. Korang nak U pilihan korang ) atau salinan UPU rayuan (kalau korang tak dapat tawaran).

* Lampirkan salinan slip SPM.

Hantar secepat mungkin dan berdoalah banyak-banyak. Keyakinan kepada Allah itu sangat penting dan sangat membantu hatimu untuk redha. :)

Kakak harap ini serba sedikit dapat bantu adik-adik ku sayang!

Promote Uia sikit hehe:)

zoom!




Logo IIUM





Di campus Gombak yang most INDAH


:: pssst! Ni cara rayuan untuk Uni. Islam Antarabangsa Malaysia. Aku sure, cara U lain pun lebih kurang ni je. Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi : 03-61964252 (IIUM)

Sehodoh-hodoh Manusia adalah Secantik-cantik Jin.

Sunday, May 8, 2011
Assalamualaikum.

Teringat guru aku di sekolah. Nama dia Ustaz Nasir. Ustaz yang bila dia buka mulut pasti pecah suara ketawa. Sangat kelakar. Tapi penuh pengalaman.

Beliau merupakan guru grammar Bahasa Arab (nahu sorof). Subjek yang paling aku tak 'masuk' sejak dari form 1 lagi. Tapi masa form 4, aku suka subjek ni sebab peratusan ustaz mengajar hanya 20 percent. Selebihnya dia bercerita. Haha. Tu yang syiok!

Beliau ialah salah seorang makhluk yang terpilih. Sebabnya dia dapat melihat alam ghaib. Oh, maksud aku dapat lihat jin dan berkomunikasi dengan mereka.


Ada satu hari, dia terserempak dengan 'hantu' di depan kelas kami.
Ada satu hari, dia menghalau 'hantu' dalam kelas kami.


Oh God, aku memang seriau kalau dia cerita pasal 'benda-benda' yang ada belakang aku tapi aku tak dapat catch huahua!


Ehm..


Ustaz aku pernah menjadi rebutan di kalangan jin. Ustaz Nasir ni takde la hensem sangat tapi dikalangan jin. Fuh! Cair woo. Macam artis dah. Sebab tu lah sampai dia dipinang oleh Jin. 


Kau nak?


Hahaha.


Kawan aku pernah cerita. Abang dia pernah masuk alam jin. Kehidupan mereka menyamai sahaja dengan kita. Pembangunan. Pengangkutan. Perkahwinan.
Dan fizikalnya, mereka lebih besar dari kita. Hidup lebih lama dari kita. 


Hebat sungguh ciptaan Allah. Yang pelbagai. Yang pelik dan unik.


Jika sehodoh-hodoh manusia adalah secantik-cantik jin (jin, tolong jgn terasa)... Bagaimana pula jika sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin?


Benarkah?

Oh!


Sudah tentu tidak. 


Ada segelintir umat yang claim, jin adalah makhluk yang jahat. Kacau manusia. Porak perandakan hidup manusia. Memang benar tapi tak semua. Tak semua. Tak semua jin adalah jahat sebagaimana tak semua manusia jijik. Mengjudge makhluk sesuka hati adalah satu penghinaan. Penghinaan.
Bagaimana dengan jin Islam yang mungkin mereka lebih baik dari kita dari segi akhlaknya, ibadahnya dan sebagainya.


" Sekiranya kenyataan sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat Rasulullah jauh lebih jahat daripada manusia, sedangkan ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik. "


" Generasi awal jin juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan mereka. "


(majalah I Luv Islam)
sertai kami di facebook. iluvislam-weekly





Oh oh. Dan tahukah kamu bahawa sewaktu nabi membacakan surah ar-Rahman kepada sahabat-sahabat Baginda, ada segelintir jin yang turut mendengar bacaan Nabi termasuklah Al-adras, Hasir dan Khasir. Mereka ini lebih baik dari kita dan cukup sensitif dengan al-quran.


Jadi, tidak wajarlah untuk kita claim yang kita ini lebih baik dari puak jin.


Kebanjiran filem-filem seram telah banyak memburukkan imej puak jin apabila ada yang menjadikan slogan "sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik manusia" dalam filem mereka.


Perkara ini wajib diubah. Hanya Allah yang berhak mengadili sesuatu kaum. Dan setiap kaum itu semuanya sama. Hanya amal kebajikan dan taqwa kepada Allah yang membezakan darjat kita disisi Allah.


Berkaitan dengan tajuk aku, Sehodoh-hodoh Manusia adalah Secantik-cantik Jin. Aku tidak mempercayainya 100 percent.


Bukankah kecantikan itu subjektif? Lagi pula, ada je saudara aku yang tergila-gila kan jin. Siap kahwin dah. Dan saudara aku itu adalah manusia okay.


Kesimpulan pada hari ini adalah..
Sesungguhnya Allah tidak melihat pada hartamu dan rupamu,
tetapi Allah melihat pada amalmu dan taqwamu.


Selamat hujung minggu!

Borak Berfikir.

Thursday, May 5, 2011
Assalamualaikum :)


Alhamdulillah subjek UNGS 2040 dah habis. Tadi baru je exam. Soalan okay la. Tade la susah mane. Kawan aku cakap, kalau tak study pun boleh jawab hoho.

Tadi, Dr. Manzoor Malik, dia suruh kitorang hantar paper sebab masa dah tamat tapi korang paham-paham la bila exam ni, nak hantar tu macam ada kecuakan sikit. Pastu Dr. Malik cakap...


" Who send his paper first I'll give ten ringgit. "


Hoho. Budak laki tu terus bangun hantar. Dapat la dia 10 riyal sobs. Rezeki.


Korang, lecturer aku yang berasal dari Kashmir, India ini sangat baik orangnya. Dia tak pernah marah kami. Dan dia cukup menghormati kami. Pandangan dia terhadap isu sesebuah negara sangat hebat dan sungguh philosophy. 


Tentang isu Anuar Ibrahim, dia komen. Dia cakap macam mana pemimpin dari kaum yang sama boleh menjatuhkan sesama sendiri. Dan bagaimana urusan peribadi dipolitikkan. 


Kalau di U.S, semasa Bush menjadi pemimpin, walaupun Bush seorang yang player, banyak mistress. Tapi Obama tidak menggunakan peribadi Bush untuk menjatuhkan Bush.











Aku juga setuju dengan Dr. Malik. Bagi aku, setiap orang pernah membuat kesilapan. Tak kira dia Anuar ke Najib. Malah kita sendiri. Kalau lah betul Anuar telah menjalinkan hubungan dengan perempuan itu. Itu adalah masa silam dia. Dan dosa dia adalah dengan Allah. Dan apakah hak kita untuk membuka aib dan menyebarkannya seentero dunia. Bukankah agama mengajar kita supaya menyorokkan aib kita dan saudara-saudara kita?


Hah. Inilah negara Islam yang terkenal dengan ke'islam'annya.


Dan kalaulah betul tentang isu itu, mana buktinya? Saksi-saksi yang tidak layak menjadi saksi tidak patut diambil pusing kesaksiannya.


Syarat layak menjadi saksi adalah jika mereka sendiri melihat dengan mata mereka peristiwa itu dan saksi mestilah seorang yang jujur dan jelas keislamannya. 


Hah.


Entahlah. Makin aku pikir pasal benda ni makin kusut. Terlalu banyak helah dan  kepentingan diri. Mana slogan Rakyat Didahulukan? Mungkin telah terkubur mati sebelum ajal.


Kesimpulannya, aku tetap dengan PAS. Aku rasa kesempurnaan yang Pas bawa tiada bandingan. Berbanding dengan parti-parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat dan UMNO.


Aku bukan ingin bermain politik di blog, tapi aku tak main-main malah aku serious. 
Kehidupan yang sementara ini tak patut dibusukkan dengan kejelikan para pemimpin yang bertuhankan nafsu.
Islam adalah cara terbaik untuk hidup aman dan bersih didunia ini. Dan aku yakin, Pas adalah parti yang terbaik dalam membawa imej Islam. 


Waallahualam~ 



Fikiran

Monday, May 2, 2011
Aku cuma bosan. 
Aku terfikir.. 
Sampai bilakah aku akan terus bosan begini? 
Aku teringat akan hakikat hidup yang sementara ini.
Tapi kenapakah aku terlalu menghambakan diri pada dunia ini.
Tanpa memikirkan kesengsaraan saudara-saudaraku.
Tika aku sibuk membeli-belah, aku pasti ada saudaraku sedang mengikat perut kelaparan. Tapi aku dengan senang hati mengabaikan mereka.

Berdosakah aku?
Hakikat keindahan dunia ini hanya sementara menyedarkan aku akan kepentingan beragama dan berpegang pada Tuhanku yang satu.

Semoga Anis akan menjadi insan yang lebih baik pada Tuhannya dan pada saudaranya. Doakan aku kalian.. Benarlah, kekuatan Islam itu terletak pada Doaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...