" Why you decide to like him?"
Percayalah, tidak kuat seseorang melainkan Allah yang kuatkan dia.
Hidup ni tak pernah lepas dari dugaan. Hidup adalah satu proses tarbiah yang panjang. Dan tarbiah atau proses didik diri ni bukan proses yang senang. Kadang-kadang onak durinya terlalu menusuk hingga terfikir untuk stop. Berhenti. Putus asa.
Tapi, kalau aku berhenti siapa yang rugi? Orang lain? Agama? Allah? Tidak melainkan diri aku sendiri.
Proses pembaikan diri tak tertuju kepada sebahagian golongan sahaja tetapi semua. Semua orang perlu berubah. Semua orang perlu mendapat tarbiah. Semua orang perlu ada usaha nak dekatkan diri kepada Allah. Semua orang perlu ada jihad untuk jauhkan diri dari dosa dan nafsu syahwat
Sebab syurga Allah itu bukan untuk golongan para Ustaz ustazah je, bukan juga untuk budak-budak U je, bukan untuk budak sekolah agama je tapi untuk semua, semua. Tak kira apa background, history apa yang kau pernah lalui, atau apaapa je, kita layak menghuni syurga dengan syarat kita ada ilmu, amal dan tak pernah putus dari rahmat Allah. Itu yang paling penting. Jangan pernah putus asa dengan Allah.
Aku lihat, ramai orang yang bermati-matian untuk menegakkan syiar Allah. Sanggup gadaikan harta benda, keluarga malah nyawa sendiri. Dari mana keberanian itu datang? Aku ini, mahu menggadaikan tidur pun x sanggup ;(
Tentunya semua itu datang dari Allah. Jika baik hubungan kita dengan Allah, pasti pasti dan sangat pasti Dia akan memudahkan jalan ke syurgaNya.
Kita, orang Islam matlamat kita bukan dunia. Pemikiran kita sangat jauh berbanding mereka yang tidak mengenal Allah. Matlamat kita adalah akhirat. Dan indah dan pemurahnya Allah apabila Dia meletakkan hambaNya yang berjaya di akhirat adalah orang yang berjaya di dunia.
(Kejarlah akhirat, nescaya akan berjaya juga didunia)
Jika terasa lemah, terasa goyah, terasa berat hati untuk menolak maksiat, segera kembali padaNya. Bagaimana? Solat.
Solat ini ada kuasa yang sangat luar biasa. Kelihatan biasa tapi kesannya sangat luar biasa, menakjubkan dan sangat dapat dirasai.
Solatlah tika senang dan susah. Berinteraksi dengan Allah sangat membantu kita menjauhi maksiat dan cinta selain dari cintaNya. Allah akan menjaga kita dari segala keburukan andai Dia mencintai kita.
Percayalah, jika hasrat itu terhalang, pasti Dia telah mengatur yang lebih baik dihadapan.
Jika si dia tidak menjadi milik kita, pasti Dia telah menciptakan si dia yang lebih baik untuk kita.
Jika segala usaha ini tidak menjadi, pasti Dia sudah suratkan hikmah dan pengajaran di sebaliknya.
Siapalah kita untuk menghukum aturan Allah, Tuhan yang memiliki seluruh alam ini dan segala isinya.
Sedangkan kita hanya insan hina yang dicipta dari setitik air mani.
Sentiasa bersangka baik dengan Allah, itu adalah salah satu proses tarbiah yang terbaik. Menjauhi maksiat pasti bukan perkara yang mudah melainkan dengan pertolongan pemilik segala hal, Allah azza wa jalla.
* actually, aku nak cakap pasal couple and boys :D
0 kuman:):
Post a Comment