PAS hanya Medium

Friday, December 16, 2011
Assalamualaikum =)


Jijik dengan dosa-dosa yang berleluasa sekarang. Malaysia sebenarnya sudah tak selamat. Pelbagai masalah mengancam. Masalah demi masalah timbul tapi takde jalan penyelesaian. Kerakusan pemimpin yang menghalang jalan penyelesaian tidak merugikan siapa-siapa melainkan semua orang. Semua umat menderita kerana jalan penyelesaian ditutup. Bodohnya kepimpinan apabila berpaksikan dunia semata-mata.


Masalah yang ditiru dari puak kafir makin menjadi-jadi. Bagaikan menjadi kebanggaan pula. Zina, pecah amanah, arak, hiburan berlebihan, gay, lesbian, murtad. Apa lagi? Dah cukup syarat dah kalau Allah nak turunkan bala. Nauzubillah.







Kita mungkin fikir oleh kerana kita tidak punya kuasa untuk menggubal undang-undang atau mungkin kerana kita masih belajar atau sibuk dengan urusan sendiri, itu bukan alasan untuk lepas tangan. Ini isu ummah, bukan isu individu. Mungkin masalah-masalah itu belum terkena atas kita, tapi bagaimana keturunan kita yang akan menjadi salah satu aset akhirat kita.




Hudud bukan satu isu politik, tapi isu ummat Islam. Bukan digunakan untuk meraih undi tapi untuk kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan ummat Islam dan masyarakat sejagat. Buka minda, sokong perjuangan Islam dalam apa sahaja bentuk. Kita sedang berjihad untuk Allah. Besar ganjarannya disisi Allah. Jangan terlepas dari peluang keemasan ini. 






Pas hanyalah satu medium. Hudud bukan milik PAS, tapi Allah. Kenapa pemimpin yang mengaku Islam tetapi ingin mengenepikan Tuhannya dalam pimpinan. 


Mari bersama-sama menyertai perjuangan Islam demi membatasi jenayah di Malaysia dan akhirnya di seluruh dunia. INSHAALLAH.

2 kuman:):

Hamba Ilahi at: December 17, 2011 at 5:57 PM said...

benar! setuju :)

mselim3 at: December 26, 2011 at 9:53 PM said...

memng kebenaran selalunya pahit...berkatalah benar walaupun pahit..zaman skang nie...kebenaran selalu tersembunyi...mungkar selalu lebih menyerlah...inilah akhir zaman.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...