Optimis. Mujahadah. Gembira.

Wednesday, November 30, 2011
Assalamualaikum!


Dah lama tak update blog :( tandus idea huhu.

Alhamdulillah, perjalanan hidup disini berjalan dengan baik, ujian itu harus ada kalau tak, bukan hidup pula namanya tapi bersyukur sangat sebab aku dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang sering mengingatkan aku kepada Allah. Tambah-tambah sekarang program di Uia sangat banyak, jadi grab the opportunity to know Him better :)


Masalah dengan kawan-kawan, lecturer, pelajaran, perasaan, lelaki dan sebagainya memang selalu je ada. Tapi Allah hijabkan masalah-masalah tu dari hati, jadi takdela serabut sangat. 


Caranya hanya satu, ikhlaskan semuanya, semuanya dan semuanya kerana Allah. Selalu tajdid niat kerana Allah. Allah yang mengatur semua benda, dan indahnya aturan itu dihati kita jika kita mengambil pengajaran dan hikmah. Allah takkan hadirkan ujian jika bukan kerana kita mampu dan jika bukan kerana Dia menyayangi kita.



Bermujahadah dalam setiap perkara. Dalam setiap fitrah yang Allah wujudkan dalam hati kita. Kerana setiap fitrah itu perlu dibimbing dengan syariah. Barulah betul dan licin perjalanan fitrah itu.


InsyaAllah, perubahan kepositiviti dalam diri akan hadir untuk sentiasa menjadi yang lebih baik disisi Allah. Bersama kita menjadi orang yang bermujahadah, optimis, positif sentiasa untuk kemaslahatan diri dan juga orang lain. InsyaAllah.



Salam Maal Hijrah 1433. 


*aku masih berkompolot dgn dosa dan maksiat, masih hina disisi Allah. Moga dapat bermujahadah dan istigfar selalu atas maksiat2 yang aku lakukan ;(

0 kuman:):

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...