Wahai si penkedekut!

Tuesday, April 12, 2011
 assalamualaikum all :)

pernahkah kamu terfikir, sedang kamu enak menjamu makanan
ada insan lain yang sedang mengikat perut?

kadang-kadang kita sesuka hati je buang sisa makanan tetapi ada segelintir yang sanggup makan makanan expired demi meneruskan hidup.





disinilah kewajipan menifakkan harta di jalan Allah termeterai.

sebab...
bukan semua manusia hidup senang.
bukan semua manusia ada stok makanan setiap hari.
bukan semua manusia berpeluang mengganti baju setiap tahun.

sebagai seorang yang beriman, kita harus memikirkan tentang perasaan dan kehidupan saudara-saudara kita yang nasibnya tidak seperti kita.

memang payah untuk memberi sebahagian atau secebis harta pinjaman kita  pada orang lain.

Allah mengerti hal itu, lantaran firmanNya :
"dan sesungguhnya dia (manusia) sangat bakhil kerana cintanya pada hartanya"
---al-aadiyat:8---




first aku dengar ayat ni memang mengena lah. Kalau nak belanja kawan-kawan, rasa pedih jugak dalam hati.
kalau ada orang minta sedekah untuk rumah anak yatim, rasa ragu-ragu pula. "eiyh betul ke budak ni"

tapi kalau untuk diri sendiri punya, beribu pun sanggup. 

asalkan nafsu dapat dikenyangkan, 
hati dapat dipuaskan.

bukankah tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudara seislamnya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri?

kalau sayang kenapa kedekut?

kalau sayang kenapa biarkan?

sayang konon. pastu syiok-syiok je mengaku orang mukmin.

apa yang aku nak pesan untuk diri aku dan kau orang semua ialah,

cuba kikiskan perasaan kedekut dan bakhil yang ada pada diri. 
cuba jadikan tangan itu berbahagia untuk memberi.
cuba didik hati ikhlas untuk berkongsi.

sebab harta dan segala yang kita miliki bukan milik kita.
ianya hanya pinjaman dari Allah.
sekali lagi.
pinjaman.
pinjaman.

jadi jangan berlagak macam harta tu kau yang punyalah.

" dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikurniakanNya padamu."
annur:33






duit dan segala benda yang kononnya bernilai di dunia ini, hanyalah satu bentuk perhiasan sementara. 

di kehidupan akhirat, ianya tidak bernilai lagi kecuali jika kita telah gunakannya untuk Allah.
untuk Allah.
dijalan Allah.
kerana Allah.

bukan untuk diri sendiri.
bukan untuk kepentingan diri semata-mata.

"hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah sebahagian harta yang kami berikan padamu di jalan Allah sebelum datang padamu hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli, persahabatan dan syafaat. dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim." 
albaqarah:254

satu usrah di kampung aku, ustazah tu cakap bil eletrik rumah our 'beloved' Perdana Menteri mencecah ribuan SEHARI.

sedangkan ramai lagi rakyat-rakyat menderita tapi boleh pulak dia bazirkan wang untuk rumah dia sahaja?
dah tu kau ingat rumah dia sebijik je ke?

SATU MALAYSIA!
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

konon. takyah la aku hurai panjang-panjang. korang ada otak akal sendiri.
pandai-pandailah.

pada zaman Umar Abdul 'Aziz, 
ada masalah untuk membahagikan zakat sebab rakyatnya terlalu kaya
sehingga tidak layak menerima zakat.

tapi ...

pada zaman Pak Jib,
rakyat bekerja siang malam untuk menyara kehidupannya dan isteri kesayangannya yang tak pernah puas-puas.

yang menghairankan...

ada lagi puak-puak menyokong walau harga gula dah 2 hinggit
harga minyak?
ikan sardin?
minyak?

hmmm (mengeluh!)

ehm.

jadi, jom sama-sama kita bersihkan diri kita dengan berkongsi semampu kita dengan orang-orang yang memerlukan.

mungkin sebungkus nasi itu sedikit disisi manusia tapi yakinlah Allah akan menghitungnya di hari abadi.

jadikan perkongsian itu RAHSIA supaya syaitan-syaitan tak berupaya menimbulkan rasa yang akan binasakan amal kita.

ini hasil halaqah yang aku pergi semalam.

semoga ada enjakan paradigma dalam diri aku dan kau orang semua.

bersedekah jangan ditunggu!

salam infak yang tulus kawan-kawan!

:: lebih detail pasal ni, di buku tazkiyyatunnafs: bersihkan jiwa.

4 kuman:):

Muhamad Zaki Zafir at: April 13, 2011 at 11:43 AM said...

perhatian kita sume skrg ni dh dialihkn kpd isu video seks, jam omega.

tp kita lupa.org yg merogol budak bwh umur (tamby chik), org yg prnh agkt jari tgh kt ibu sndiri & bapa dia dh x ngaku anak dunia akhirat (ummi hafilda), org2 tu kita masih nak percaya lagi ke bila dia bawa cerita seks psl dsai?

psl harga brg naik pulak? sudahlah 1 malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.nampaknya memang rakyat didahulukan utk tanggung kenaikan brg serba serbi.

terokai seni at: April 14, 2011 at 4:52 PM said...

main sms undi afundi tak rasa bazir, tapi bila sedekah rasa kikir

adoyaiiii

NurWahidah Abdullah at: April 17, 2011 at 10:18 PM said...

senyum pun sedekah..:)

Atasinchi at: April 18, 2011 at 7:07 AM said...

ye.betul tu.insyaAllah.sama-samalah kita muhasabah diri kita. moga dpt diperbaiki kelamahan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...