Asyraf Muslim dan Dayana

Saturday, April 23, 2011
assalamualaikum all :) 

Tadi aku jalan-jalan blog yang aku follow. tup tup jumpa benda ni :(

Tahniah la ustaz sobs sobs (haha)

"Jodoh pertemuan, ajal maut..
Semuanya tercatat di Luh Mahfuz"

::Jadi, sape-sape yang sedang menggatal sekarang, doa banyak-banyak supaya yang kau menggatal tu ialah nama yang tercatat di Sana.


HIBURAN

Secara Langsung Pertunangan Ashraf Muslim Pagi Ini
PETALING JAYA: Ketika orang ramai tertanya-tanya siapakah bakal isteri Ashraf Muslim,30, (gambar), pelakon itu menjelaskan wanita yang menjadi pilihan hatinya itu ialah anak kepada rakan kongsi perniagaannya di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak, iaitu Lokman Abdul Hamid.
Ashraf akan melangsungkan majlis pertunangannya dengan Noor Dayana Lokman, 24, pada Sabtu (hari ini), di Kampung Sungai Pusu, Gombak dekat sini.
Ia akan disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada pukul 9.45 pagi, Sabtu.
Menurut Ashraf, Dayana sedang mengikuti kursus perubatan tahun keempat di Manipal University, India dan di bawah tajaan biasiswa Mara.
Sekarang dia sedang membuat latihan klinikal di Manipal-Melaka Campus di Air Keroh, Melaka.
Program bual bicara Nasi Lemak Kopi O pada pagi Jumaat mendedahkan secara eksklusif menerusi lintas langsung di TV9 tentang bakal isteri lelaki itu.
Sebelum ini, pelakon itu mahu berahsia sehingga diumumkan pada majlis pertunangannya.
Selepas majlis pertunangan yang dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi itu, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian klinik perubatan tersebut.
Ia akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ashraf dijangka akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini setelah mengenali Dayana pada tahun lalu.
Dari : sini

3 kuman:):

Dayana Z at: April 23, 2011 at 11:23 AM said...

sobsob name dah sme dah, haha , tapi tade jodoh nk wt cmne.lalala~ :P

ghost at: April 23, 2011 at 6:43 PM said...

(humming...........)

satu lagi artis yang dah sampai seru.

다(da)양(yang) at: April 24, 2011 at 3:57 PM said...

akhirnya..asyraf da tunang.isk3..da la ensem... ^^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...