Kepentingan Melibatkan Diri dengan Politik

Sunday, February 26, 2012
Penglibatan diri dalam politik, bagi saya satu kewajipan. Ini bukan masalah tak cukup umur, politik kotor atau malas masuk campur. Politik sendiri sebahagian daripada Islam. Memang sekarang banyak sangat fitnah-fitnah dalam politik, sampai kadang-kadang kita sendiri keliru. Yang mana betul, yang mana tidak. Tapi itu bukan alasan. Kerana hakikatnya yang menjadikan politik nampak seperti kotor adalah kerana ahlinya. Bukan kerana politik itu. 


Iaitu mereka (Umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta menunaikan zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”. 
(al-Haj: 41)


Penglibatan diri dalam politik adalah satu fardu ain. Sebab dengan ini lah kita boleh menentukann pemimpin yang akan memimpin negara Malaysia. Sudah tentu kita nakkan pemimpin yang adil, tak makan duit rakyat, amanah, tidak mengambil kesempatan atas kekayaan negara untuk menfaat diri sendiri dan yang pastinya yang boleh menegakkan hukum Allah dalam masa yang sama memegang kesatuan kaum.


“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (al-Nisa’, ayat 58).


Kalau kita ambil sikap lepas tangan dan biarkan sesetengah pihak sahaja yang berusaha, susahlah. Nak aman, nak senang tapi diam diri. Kalo orang buat demostrasi, mula lah cakap mengganggu la, trafic jem la padahal hakikatnya semua tu untuk rakyat. Kalo dapat senang, kita semua jugak merasa.


Jadi, sebagai seorang rakyat Malaysia, yang kita cintakan Malaysia ni, bumi yang diberkati dan masih dalam jagaan Allah, masih dihindarkan dari bala, jadilah seorang yang bertanggungjawab. Terhadap diri sendiri dan juga untuk community. Kita semua berpotensi untuk mengubah dan memilih kerajaan yang adil inshaAllah. Jadi kenapa lepaskan tangan? Meredhai diri dizalimi adalah satu tindakan yang kurang bijak. 


Sebagaimana kita telah pilih Islam sebagai agama kita, pilihlah untuk menjaga kedaulatan Islam di negara ini. Semoga usaha kita membuahkan hasil dan dapat ganjaran disisi Allah. Yang dilihat bukan hasil nya sahaja tetapi usaha dan gerak kerja. InshaAllah, Islam akan berdiri tegak di Malaysia dengan gandingan usaha padu dari kita semua.


Wassalam..

4 kuman:):

Nurul huda Mamat at: February 27, 2012 at 12:23 PM said...

salam ziarah..best entry ni...
btw, lama x ziarah ,..awat komen jd kuman ni?hehe.. all the best my dear friend..

farahadlina at: March 2, 2012 at 5:47 PM said...

rindu anis! <3

Anonymous at: May 23, 2012 at 1:40 PM said...

x boleh buat fatwa sendri mengikut susunan 1,2 ayat2 quran tanpa rujukan kitab tafsir.. sdri bukan ulama' taraf mujtahid lagi

Al Basirah at: May 24, 2012 at 10:25 PM said...

Betul. Dan memang kita perlukan ilmu utk menggunakan ayat al Quran. Kalau tengok tafsir anda akan faham kenapa saya nyatakan ayat di atas. Lagipun, berpolitik memang ada kepentingan untuk Islam kan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...