Kerana Mati itu Lebih Indah

Tuesday, February 21, 2012
Bismillah. Assalamualaikum.


Subhanallah, kagum dan terkesima dengan iman para sahabat Rasulullah. Kecintaan dan iman yang menebal pada hari akhirat dan kerinduan yang abadi pada syurga Allah sehingga dunia tidak punya nilai apa-apa selain hanyalah ujian dan tempat permainan. 


"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan"
al-Ankabut: 64


Pada perang Mu'tah (8h) yang terjadinya kerana utusan Rasulullah, Harith bin Umair al-Azdi yang dihantar kepada pemimpin Basra dibunuh. Rasulullah telah menghantar 3000 orang tentera ke wilayah Rom. Para pejuang terkejut dengan jumlah pihak lawan yang melebihi 100,000 orang kerana turut disokong dengan suku-suku Arab musyrik.

Para pahlawan Islam berkata: " Sebaiknya kita menghantar surat kepada Rasulullah menjelaskan kepada Baginda tentang jumlah pihak lawan. Boleh jadi Baginda akan mengirim bantuan atau membuat keputusan yang lain."

Tika itu, Abdullah bin Rawahah, salah seorang panglima perang yang dilantik selepas Jaafar bin Abu Talib, memberikan semangat kepada seluruh pasukan Islam.

" Wahai kaumku. Demi Allah, sesungguhnya apa yang anda takutkan adalah apa yang anda hajatkan ketika kalian semua berangkat, iaitu SYAHID! 

Kita tidak berperang dengan jumlah dan kekuatan tetapi kita berperang kerana agama Allah yang telah memuliakan kita semua ini. Oleh kerana itu, berangkatlah. Di hadapan kita semua mempunyai dua kebaikan: Menang ataupun Mati Syahid!"

Kuasa syahid dan kecintaan mereka terhadap Allah. Bagaimana pula kita? Pedulikah kita pada orang yang menghina dan mempermainkan agama Allah yang mulia ini? Pada saudara yang sedang memperjuangkan akidah mereka?

Walaupun pada perang Mu'tah tentera Islam mengundur diri namun itu bukanlah tanda kekalahan pada Islam kerana selepas itu Islam melakar lebih banyak kemenangan. Dan pastinya mereka yang syahid di Mu'tah sedang berbahagia disisi TuhanNya.

1 kuman:):

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...