Menjejak ke Barzakh

Friday, December 30, 2011
Assalamualaikum.


Hari ini 30 Disember 2011. Haruman 2012 makin mewangi. Semakin menghampiri. 
Ajakan kubur juga makin bersungguh. Mengingatkan tarikh undangan.


Alhamdulillah. Syukur pada Allah masih menghidupkan aku, masih memberi nikmat dan masih memberikan aku peluang untuk bernafas dalam nafas Islam.


Semakin dekat jugalah aku untuk berada di kamar barzakh. Izrail makin kerap menjengukku. Semoga kita peroleh pengakhiran yang baik.


Dikhabarkan, kubur itu selalu menunggu kehadiran kita. Jika orang yang soleh, maka bersoraklah kubur itu. Gembira menyambut kedatangan kita. Namun jika kita adalah orang yang kufur dengan Allah, maka laknatlah kubur keatas kita.


Kita mungkin lahir pada tahun yang sama, atau mungkin tidak. Tahun depan kita akan membilang umur masing-masing tapi, betapa dekatnya kematian yang tak dapat dibilang. Dekatnya kematian.  


Pada tahun baru 2012 ini, kuharap ku lebih bersedia untuk menghadapi kematian. Ku harap Allah memudahkan urusan akhirat aku beribu kali ganda berbanding dunia. Semoga kuburku menjadi tempat rehatku, bukan tempat aku diazab seksa. Nauzubillah.


Aku pohon kemaafan, atas segalanya. Segalanya yang aku sendiri pun tak terkira kesilapanku. Maaf andai terasa hati, maaf andai aku pernah berburuk sangka, andai aku pernah menceritakan keburukanmu kepada yang lain, maaf andai aku mengumpat dibelakangmu, maaf andai teguranku mengguris hatimu maaf atas akhlak dan perangai yang mengada-ada dan tidak ikhlas. Maafkan andai bermacam-macam lagi. Halalkan segala dosaku padamu. Semoga diakhirat sana kita berjumpa sebagai kawan, bukan musuh. ^^


Sebarang hutang, ketidakpuasan boleh terus bagitahu. Semoga kita boleh hidup dengan lebih aman dan suci di tahun 2012 akan datang dan bebas dari azab kubur, api neraka dan fitnah akhirat. InshaAllah =)


Selamat Tahun Baru 2012..

Nafsu Muka Buku (Cinta Muka Buku i-version)

Monday, December 26, 2011
Lirik by: Oh Islam!


Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu


Fitnah dunia atasku


Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah rasa bersalah hati tak menetu


Oh Tuhan bantu aku


Bagaimana harus bersua
Ku rasa lebih baik kita lupakan saja


Kau dan aku
masih muda remaja
Tak perlu memikirkan cinta sahaja

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Nafsu kata apa kata salah kau terima dia
Iman kata lebih baik kau tinggal saja


Banyak dosa banyak juga kemungkarannya
Hati dan rasa tak dibiar saja
Daripada terjebak dalam perangkapnya
Harus elakkan semuanya dari mula

Pabila kau cuba bermanis kata padaku
Ku rasa sesuatu rasa yang tak diperlu


Ini cinta penuh nafsu


Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu
Tapi kata imanku
Itu hanya cinta nafsu


Cinta dimuka buku


Bagaimana harus bersua
Ku rasa lebih baik kita lupakan saja
Ini semua mainan nafsu hanya
Yang sentiasa dibisikkan pihak ketiga



Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Nafsu kata apa kata salah kau terima dia
Iman kata lebih baik kau tinggal saja


Banyak dosa banyak juga kemungkarannya

Hati dan rasa tak dibiar saja
Daripada terjebak dalam perangkapnya
Harus elakkan semuanya dari mula



Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu
Tapi kata imanku
Jika kau cintakan aku


Jumpalah waliku ^^



PAS hanya Medium

Friday, December 16, 2011
Assalamualaikum =)


Jijik dengan dosa-dosa yang berleluasa sekarang. Malaysia sebenarnya sudah tak selamat. Pelbagai masalah mengancam. Masalah demi masalah timbul tapi takde jalan penyelesaian. Kerakusan pemimpin yang menghalang jalan penyelesaian tidak merugikan siapa-siapa melainkan semua orang. Semua umat menderita kerana jalan penyelesaian ditutup. Bodohnya kepimpinan apabila berpaksikan dunia semata-mata.


Masalah yang ditiru dari puak kafir makin menjadi-jadi. Bagaikan menjadi kebanggaan pula. Zina, pecah amanah, arak, hiburan berlebihan, gay, lesbian, murtad. Apa lagi? Dah cukup syarat dah kalau Allah nak turunkan bala. Nauzubillah.







Kita mungkin fikir oleh kerana kita tidak punya kuasa untuk menggubal undang-undang atau mungkin kerana kita masih belajar atau sibuk dengan urusan sendiri, itu bukan alasan untuk lepas tangan. Ini isu ummah, bukan isu individu. Mungkin masalah-masalah itu belum terkena atas kita, tapi bagaimana keturunan kita yang akan menjadi salah satu aset akhirat kita.




Hudud bukan satu isu politik, tapi isu ummat Islam. Bukan digunakan untuk meraih undi tapi untuk kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan ummat Islam dan masyarakat sejagat. Buka minda, sokong perjuangan Islam dalam apa sahaja bentuk. Kita sedang berjihad untuk Allah. Besar ganjarannya disisi Allah. Jangan terlepas dari peluang keemasan ini. 






Pas hanyalah satu medium. Hudud bukan milik PAS, tapi Allah. Kenapa pemimpin yang mengaku Islam tetapi ingin mengenepikan Tuhannya dalam pimpinan. 


Mari bersama-sama menyertai perjuangan Islam demi membatasi jenayah di Malaysia dan akhirnya di seluruh dunia. INSHAALLAH.

Tarbiah vs. Couple

Wednesday, December 14, 2011
Assalamualaikum w.r.t.


" Why you decide to like him?"


Percayalah, tidak kuat seseorang melainkan Allah yang kuatkan dia. 


Hidup ni tak pernah lepas dari dugaan. Hidup adalah satu proses tarbiah yang panjang. Dan tarbiah atau proses didik diri ni bukan proses yang senang. Kadang-kadang onak durinya terlalu menusuk hingga terfikir untuk stop. Berhenti. Putus asa. 


Tapi, kalau aku berhenti siapa yang rugi? Orang lain? Agama? Allah? Tidak melainkan diri aku sendiri. 


Proses pembaikan diri tak tertuju kepada sebahagian golongan sahaja tetapi semua. Semua orang perlu berubah. Semua orang perlu mendapat tarbiah. Semua orang perlu ada usaha nak dekatkan diri kepada Allah. Semua orang perlu ada jihad untuk jauhkan diri dari dosa dan nafsu syahwat


Sebab syurga Allah itu bukan untuk golongan para Ustaz ustazah je, bukan juga untuk budak-budak U je, bukan untuk budak sekolah agama je tapi untuk semua, semua. Tak kira apa background, history apa yang kau pernah lalui, atau apaapa je, kita layak menghuni syurga dengan syarat kita ada ilmu, amal dan tak pernah putus dari rahmat Allah. Itu yang paling penting. Jangan pernah putus asa dengan Allah.


Aku lihat, ramai orang yang bermati-matian untuk menegakkan syiar Allah. Sanggup gadaikan harta benda, keluarga malah nyawa sendiri. Dari mana keberanian itu datang? Aku ini, mahu menggadaikan tidur pun x sanggup ;(


Tentunya semua itu datang dari Allah. Jika baik hubungan kita dengan Allah, pasti pasti dan sangat pasti Dia akan memudahkan jalan ke syurgaNya.


Kita, orang Islam matlamat kita bukan dunia. Pemikiran kita sangat jauh berbanding mereka yang tidak mengenal Allah. Matlamat kita adalah akhirat. Dan indah dan pemurahnya Allah apabila Dia meletakkan hambaNya yang berjaya di akhirat adalah orang yang berjaya di dunia. 
(Kejarlah akhirat, nescaya akan berjaya juga didunia)


Jika terasa lemah, terasa goyah, terasa berat hati untuk menolak maksiat, segera kembali padaNya. Bagaimana? Solat.


Solat ini ada kuasa yang sangat luar biasa. Kelihatan biasa tapi kesannya sangat luar biasa, menakjubkan dan sangat dapat dirasai.


Solatlah tika senang dan susah. Berinteraksi dengan Allah sangat membantu kita menjauhi maksiat dan cinta selain dari cintaNya. Allah akan menjaga kita dari segala keburukan andai Dia mencintai kita. 





Percayalah, jika hasrat itu terhalang, pasti Dia telah mengatur yang lebih baik dihadapan.
Jika si dia tidak menjadi milik kita, pasti Dia telah menciptakan si dia yang lebih baik untuk kita.
Jika segala usaha ini tidak menjadi, pasti Dia sudah suratkan hikmah dan pengajaran di sebaliknya.


Siapalah kita untuk menghukum aturan Allah, Tuhan yang memiliki seluruh alam ini dan segala isinya.
Sedangkan kita hanya insan hina yang dicipta dari setitik air mani.


Sentiasa bersangka baik dengan Allah, itu adalah salah satu proses tarbiah yang terbaik. Menjauhi maksiat pasti bukan perkara yang mudah melainkan dengan pertolongan pemilik segala hal, Allah azza wa jalla.

Salam tarbiah +.+


* actually, aku nak cakap pasal couple and boys :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...