Lelaki Gedik. Perempuan Gatal.

Thursday, April 28, 2011
Assalamualaikum :)

Korang sihat? 

Nini tersenyum girang tengok Bobo datang kelas.
Nini jeling Bobo dihujung mata.
Nini gosip pasal Bobo.
Nini skodeng fb Bobo.
Nini harap Bobo ngorat dia.

Bobo pandang dan senyum kat Nono.
Bobo cakap-cakap dengan Nono di belakang kelas.
Bobo miscall, mesej, call Nono.
Bobo bagi hadiah kat Nono.
Bobo cakap Nono adalah wanita idaman Bobo.
Bobo mintak couple! hoho


Kalau lelaki kacau kita, kita cakap laki tu gatal.
Kalau perempuan tu sengeh2 kat kita, kita cakap popuan tu gedik.

Cis.
Padahal dua-dua sama je.
Suka je tuduh orang itu ini padahal diri sendiri tu yang gelebek.

Kalau kau rasa laki tu menggatal ngan kau, kau patut tengok diri kau.
Adakah sebenarnya kau juga gedik sepertinya?

Lumrah..
Laki gatal.
Popuan gedik.

Jadi, janganlah mengata sesama sendiri.
Last-last orang yang gatal tu lah kau nak.
Orang yang gedik tu lah kau tergila-gila.

Islam itu indah.
Adanya rasa malu dalam diri manusia membataskan dan mengawal perasaan gedik dan gatal dalam diri.
Islaam adalah agama yang sempurna.
Ia mengawal fitrah manusia supaya kita tidak melampaui batas.
Kan?

Kalau berpegang dengan ajaran Islam ni, 
takde la kita tunjuk kegatalan dan kegedikan kita.
Simpan untuk diri sendiri cukup lah.

Gedik nak mengorat tu pesal.
Ish,.

Sama-sama kita jaga diri supaya rasa gedik dan gatal ini tidak merebak dan membiak sehingga menimbulkan perkara yang tak diingini.
Yang terkutuk.
Yang memalukan diri sendiri.
Okay? :)



Aku pesan untuk diri sendiri jugak. Maklumlah dalam kelas aku sekarang ada budak enseeeem.  Aku kena control kegedikan aku ni supaya imej aku bersih. Barulah nampak ayu haha.

salam hujung minggu semua!
(esok aku start cuti daa)



Asyraf Muslim dan Dayana

Saturday, April 23, 2011
assalamualaikum all :) 

Tadi aku jalan-jalan blog yang aku follow. tup tup jumpa benda ni :(

Tahniah la ustaz sobs sobs (haha)

"Jodoh pertemuan, ajal maut..
Semuanya tercatat di Luh Mahfuz"

::Jadi, sape-sape yang sedang menggatal sekarang, doa banyak-banyak supaya yang kau menggatal tu ialah nama yang tercatat di Sana.


HIBURAN

Secara Langsung Pertunangan Ashraf Muslim Pagi Ini
PETALING JAYA: Ketika orang ramai tertanya-tanya siapakah bakal isteri Ashraf Muslim,30, (gambar), pelakon itu menjelaskan wanita yang menjadi pilihan hatinya itu ialah anak kepada rakan kongsi perniagaannya di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak, iaitu Lokman Abdul Hamid.
Ashraf akan melangsungkan majlis pertunangannya dengan Noor Dayana Lokman, 24, pada Sabtu (hari ini), di Kampung Sungai Pusu, Gombak dekat sini.
Ia akan disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada pukul 9.45 pagi, Sabtu.
Menurut Ashraf, Dayana sedang mengikuti kursus perubatan tahun keempat di Manipal University, India dan di bawah tajaan biasiswa Mara.
Sekarang dia sedang membuat latihan klinikal di Manipal-Melaka Campus di Air Keroh, Melaka.
Program bual bicara Nasi Lemak Kopi O pada pagi Jumaat mendedahkan secara eksklusif menerusi lintas langsung di TV9 tentang bakal isteri lelaki itu.
Sebelum ini, pelakon itu mahu berahsia sehingga diumumkan pada majlis pertunangannya.
Selepas majlis pertunangan yang dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi itu, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian klinik perubatan tersebut.
Ia akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ashraf dijangka akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini setelah mengenali Dayana pada tahun lalu.
Dari : sini

Cara Mencintai Member

Friday, April 22, 2011
assalamualaikum all :)

pagi ni, aku pergi bersenam dengan cik alifah. Thanks beb! Laksanakan aku punye misi untuk diet haha!

Misi yang tak pernah-pernah berjaya. Hoho

Korang semua patut pergi bersenam ye. Untuk membakar lemak-lemak yang berlebihan, untuk mencerdaskan minda dan untuk mengelakkan rezeki keluar 
(tak tidur pas subuh hehe)

ehm.

korang ingat Palestin tak?
Ish. Mestilah ingat. Member rapat doo!

Aku rasa dah lama kita tak borak pasal member kat sana. Kalau ada serangan besar-besaran barulah sibuk. Time tu jela nak menderma segala apa. Kalau tak?Apalaa.. Kata beriman. Anis! Kau pun same:(



"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai diri mereka sendiri"

Kalau ingat tak ingat kat member kat sana tu, bukanlah nak kata tak beriman. Beriman jugak. Tapi tak sempurna. Macam pakai baju tak pakai seluar. Macam rambut botak sebelah. Tak sempurna. Tak cantik.

Aku masih ingat sewaktu kempen besar-besaran boikot Yahudi oleh anak Tun Mahadhir. Masa tu, McD lengang je. Colgate pun goyah. Nampak sangat perubahan rakyat Malaysia. Tapi sayangnya, Melayu, Cina India Kadazan, dan semuanya ni hangat-hangat tahik ayam je.

Boikot hanya bila ada isu. Bila ada serangan besar-besaran barulah sibuk nak merintih. "Alahai, kesiannya"
Sedangkan member kat sana tak pernah berhenti berjihad memperjuangkan Islam dan tanah air. Tak pernah berhenti dizalimi!

Sebab tu lah, Yahudi mengawal media Malaysia dan hampir semua media di setiap negara, supaya tidak menyiarkan tentang isu-isu begini. Media sekarang lagi prefer menyiarkan berita-berita artis, bolasepak dan kes khalwat Anuar. Dah naik bosan dah aku!

 Dan media sekarang ni, memang tak dapat dipercayai. Kerana mereka berpihak pada pihak tertentu untuk kepentingan tertentu.


Yahudi mengambil peranan untuk membadutkan hampir semua pemimpin supaya mereka dapat mengawal pemikiran kita, Muslims khususnya.

huh(sedih!)

Piil rakyat Malaysia ni pulak, bila ada isu je, sibuklah taaapi! Kalau takde isu, McD, KFC dan segala macam jenisnye hentam. Kadang-kadang aku makin pelik dengan saudara yang kononnya seIslam ni.

Tak sayang member eh?
BFF konnon
haprak jeh

Kawan-kawan yang dirahmati Allah,
members kita di Palestin tak pernah berhenti menderita
Si Yahudi tak pernah berhenti mendesak,mengecam,mengancam
bagaimana pula kita bisa berhenti?
berhenti memboikot..
berhenti menyumbangkan harta...
dan 
berhenti berdoa?

Aku, juga manusia. Yang perlu diingatkan. Kadang-kadang aku tak mampu menghalang atau menegur sahabat-sahabat, keluargaku untuk berhenti membeli dan berurusan dengan Yahudi. Dan kadang-kadang aku pun join same :(
Tepuk dada, tanyalah iman.

  Dan Terima kasih sayangku, mengingatkan aku tika aku terlupa pada mereka.


Sahabat seperti ini, 
dimana lagi mahu kucari? :)





Sahabat semua,
Boikotlah Yahudi.
Doalah Palestin.

Semoga Allah kuatkan semangat kita untuk menyertai jihad bersama member di Palestin. dan berterusan. Hingga anak cucu kita terus menentang Yahudi dan menegakkan Islam dari segenap sudut. Ekonomi, sosial, politik dan terpenting Akidah dan Ibadah.



Yahudi dan segala kafir akan tetap jatuh. Akan kalah. Semua itu adalah janji Allah. Siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah?


Namun,

Adakah mungkin kita akan menjadi salah satu pejuang yang akan menjatuhkan kuffar dan menegakkan Islam?
semuanya terletak di tangan ANDA!

Salam Palestin my dear friendss :)

:: aku harap aku terus kuat untuk memboikot huhu! kadang2 goyah jua :(

Dakwah dalam Vlog

Wednesday, April 20, 2011
assalamualaikum all :)

Korang sihat? Aku sihat :)

Kau kenal tak matlutfi90? 
Aku sure ramai gila yang kenal. 
Ramai gila subscribe dia. 
Yang view dia pun ramai. Kalau tengok tak gelak tu pelik pulak.

Kau tak rasa ke nak buat vlog gak? haha!
Kalau sape-sape teringin nak buat vlog, aku memang sokong teramat lah! Tambah-tambah kalau kau TAK melalak, TAK ajar benda bukan-bukan, usahamu sangat dihargai.

Selain dari matlutfi90, aku suka tengok IniAnuarHadi dan AimanAzlan90. Kalau yang jenis cakap-cakap pasal orang lain. Mengata orang tak tentu hala, menjerit sana situ.. 
Even it is funny.. 
Aku kureng sikit.

Aku tak berniat nak kutuk sape-sape, tapi aku rasa sesape yang ingin buat vlog (blog pun sama kot! hehe), pikir dulu sebelum buat. Aku tak rasa lawak-lawak bodoh, melalak dan perasan cantik @ smart yang sesetengah orang buat boleh bagi manfaat pada dia dan orang lain. 

Tambah-tambah kalau beliau ialah perempuan @ wanita. Aku tak tahu apa pendapat korang tapi aku rasa perempuan ni macam berharga dan perlu dijaga. Kalau lelaki buat hal pelik-pelik aku macam boleh la nak terima tapi kalau popuan melalak sana sini buat lawak tak menjadi, maruah tu mcm tercalar. 
Korang tak rasa ke popuan ni lagi cantik kalau dia sopan. 
Argh! Apa laa aku nak cakap ni. haha! Sorry beb. 

Aku bangga dengan diorang semua ni sebab diorang berani dan bertanggunggjawab.
Kan?

Kali ini,
Salam manfaatkan internet untuk Islam semua! :

Ehm. 
Enjoy these videoss!




Budak Sekolah Agama...Hipokrit?

Monday, April 18, 2011
Assalamualaikum all :)

Korang sihat?
Aduuh, aku rasa aku mengalami masalah penulisan sekarang.
Kalau aku nak karang artikel ke ape,
tak cukup dua jam tak boleh.

Kalau korang nak tahu, 
Entry ni dah bape hejam aku dok buat
tapi tak siap siap.
Apa masalah kau anis!

Ehm..
Korang,
Hari tu (dua tiga hari lepas) aku gi driving class.
Aku ni dah hampirr mampirr 20 tahun tapi lesen kereta takde lagi.
Jadi dengan penuh kebesuan aku gi kelas tu.

Kat sana aku jumpa kawan-kawan baru.
Diorang okey la.
Baru kenal tapi dah cerita sampai mak bapak.
pakwe makwe.
bla bla bla
you know girlss
banyak cakap hoho

Ada satu topik ni.. One of my friendss told us:

" Kite tak suke budak sekolah al*****, diorang semua hipokrit"

Aku dah tersedak dah. Semua? Sure?

ehm.
Sebab kawan aku cakap macam tu,
sebab
expakwe dia tu sekolah al*****
kebetulan pakwe dia tu perangai tak berapa nak elok 
terus laa dia sembo
kalau aku pun
aku marah gak huhu


ehm

Sebenarnya, apa itu hipokrit? 
Mengikut google translator, hipokrit itu adalah munafik.

Sabda Rasulullah s.a.w tentang ciri-ciri orang munafik
 yang maksudnya:



apabila dia dipercayai dia mengkhianati,
apabila dia bercakap dia berbohong,
apabila dia berjanji dia memungkiri,
apabila dia bertengkar dia mengenepikan kebenaran.
(riwayat Ahmad)


Jadi sesiapa yang ada salah satu dari sifat-sifat ini maka munafiklah dia, atau hipokritlah dia. Dan orang munafik ini, menyamai level dengan orang kafir, zalim, fasik.

Kerana..
Hukuman bagi orang munafik ini telah dikhabarkan dalam surah Annisa':

"Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), Maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. karena Sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam.” (An Nisaa : 138 – 140)




' Dia sekolah agama, tapi perangai macam setan'

' Alah, dalam sekolah je tutup habis semua kulit, kalau kau tengok dia kat luar dah macam   GRO'

' Eh, dia budak sekolah agama ke? Aku nampak dia masuk club la"

etc...

Aku rasa perbualan macam ni memang selalu kedengaran. Budak sekolah agama itu ini itu ini. Dan memang tak dapat dinafikan semua ni memang terjadi di sekolah-sekolah agama. Malah di Universiti yang berpaksikan agama pun ada je terjadi.

Aku bukan hendak membela sesiapa atau ingin menegakkan benang yang basah. Hakikat kehidupan manusia sekarang memang luar batasan.

Tapi sebagai ex-student sekolah agama. Apabila dilabelkan hipokrit oleh sesetengah pihak, normal lah kalau aku terasa kan.

Point aku disini ialah,
everybody has possibilities to make mistakes
because 
we all just human beings
so we all will never be perfect
right?


Budak sekolah agama, kita ada kelebihan dari segi ilmu (maybe) sebab kita belajar ilmu-ilmu agama seperti tauhid, fiqh, akhlak dan macam-macam lagi. Ilmu itu yang membezakan kita dari budak sekolah biasa. Tapi kalau kita sendiri tak reti nak bezakan hukum, nak berakhlak, nak praktiskan ilmu yang kita ada, apa gunanya?


seseorang itu tidaklah dianggap mulia kerana ilmunya
tetapi
seseorang itu dianggap mulia kerana amalnya.


eyh..
WAIT.


tapi, kalau amal yang tak disertai dengan ilmu pun takde guna jugak
macam ahli ibadah yang membuta tuli.
buat amal tapi ilmu itu berpandukan hati sendiri tanpa syariah.


Konklusinya,
Ilmu dan amal mestilah seiring.
Supaya semuanya diberkati dan diterima Illahi.







Berbalik pada isu budak sekolah agama hipokrit ni,
Aku tak rasa kita perlu kacau pasal ni
sebab 
sama ada kita sekolah agama
atau tidak.
Kita semua adalah Islam.
Islam itu yang perlu dipandang serious.


Di sekolah agama, asasnya adalah Islam.
Ilmu yang diajar adalah ilmu syariah Islam.
Jika seseorang itu tidak berpegang dan mengamalkan apa yang dibelajarnya
ia bukan salah sekolah itu
tapi budak itu sendiri.


Tidak perlulah kita memburuk-burukkan sekolah agama kerana studentnya sebab itu macam boleh buat masyarakat menjauhi sekolah-sekolah ini.  


Dan wahai budak sekolah agama sekalian.
sama ada ex, still atau will be.


Jagalah akhlak anda, Kita membawa satu imej yang besar. Kita bawa imej Islam
dan mencalari nama baik sekolah kita dan juga agama kita bukanlah perkara yang boleh dipandang sebelah mata.
Ilmu yang ada praktiskan lah.
Tak dapat buat semua pun at least jagalah hukum-hukum yang asas.









Islam itu indah.
Janganlah memandang Islam itu pada penganutnya.
Tapi pandanglah keindahan Islam itu pada dasarnya.


Sekolah agama itu baik.
Janganlah pandang sekolah agama pada studentnya.
Tapi pandanglah kebaikan sekolah agama itu pada ilmu yang diajarnya.


Itu sahaja pada hari ini.
Aku bukan nak cakap budak sekolah agama baik ke apa. 
Tapi yang penting sekarang, kita semua jaga diri kita masing-masing dari maksiat dan dosa.
Tak kira lah sekolah apa pun, tanggungjawab dan matlamat kita disini tetap sama.
menjadi khalifah dan beribadah pada Allah.


Renung-renungkan dan Selamat Beramal!


::aku pun jenis yang suka judge orang, tapi belum terlambat untuk berubah. Kan?








Wahai si penkedekut!

Tuesday, April 12, 2011
 assalamualaikum all :)

pernahkah kamu terfikir, sedang kamu enak menjamu makanan
ada insan lain yang sedang mengikat perut?

kadang-kadang kita sesuka hati je buang sisa makanan tetapi ada segelintir yang sanggup makan makanan expired demi meneruskan hidup.





disinilah kewajipan menifakkan harta di jalan Allah termeterai.

sebab...
bukan semua manusia hidup senang.
bukan semua manusia ada stok makanan setiap hari.
bukan semua manusia berpeluang mengganti baju setiap tahun.

sebagai seorang yang beriman, kita harus memikirkan tentang perasaan dan kehidupan saudara-saudara kita yang nasibnya tidak seperti kita.

memang payah untuk memberi sebahagian atau secebis harta pinjaman kita  pada orang lain.

Allah mengerti hal itu, lantaran firmanNya :
"dan sesungguhnya dia (manusia) sangat bakhil kerana cintanya pada hartanya"
---al-aadiyat:8---




first aku dengar ayat ni memang mengena lah. Kalau nak belanja kawan-kawan, rasa pedih jugak dalam hati.
kalau ada orang minta sedekah untuk rumah anak yatim, rasa ragu-ragu pula. "eiyh betul ke budak ni"

tapi kalau untuk diri sendiri punya, beribu pun sanggup. 

asalkan nafsu dapat dikenyangkan, 
hati dapat dipuaskan.

bukankah tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudara seislamnya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri?

kalau sayang kenapa kedekut?

kalau sayang kenapa biarkan?

sayang konon. pastu syiok-syiok je mengaku orang mukmin.

apa yang aku nak pesan untuk diri aku dan kau orang semua ialah,

cuba kikiskan perasaan kedekut dan bakhil yang ada pada diri. 
cuba jadikan tangan itu berbahagia untuk memberi.
cuba didik hati ikhlas untuk berkongsi.

sebab harta dan segala yang kita miliki bukan milik kita.
ianya hanya pinjaman dari Allah.
sekali lagi.
pinjaman.
pinjaman.

jadi jangan berlagak macam harta tu kau yang punyalah.

" dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikurniakanNya padamu."
annur:33






duit dan segala benda yang kononnya bernilai di dunia ini, hanyalah satu bentuk perhiasan sementara. 

di kehidupan akhirat, ianya tidak bernilai lagi kecuali jika kita telah gunakannya untuk Allah.
untuk Allah.
dijalan Allah.
kerana Allah.

bukan untuk diri sendiri.
bukan untuk kepentingan diri semata-mata.

"hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah sebahagian harta yang kami berikan padamu di jalan Allah sebelum datang padamu hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli, persahabatan dan syafaat. dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim." 
albaqarah:254

satu usrah di kampung aku, ustazah tu cakap bil eletrik rumah our 'beloved' Perdana Menteri mencecah ribuan SEHARI.

sedangkan ramai lagi rakyat-rakyat menderita tapi boleh pulak dia bazirkan wang untuk rumah dia sahaja?
dah tu kau ingat rumah dia sebijik je ke?

SATU MALAYSIA!
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

konon. takyah la aku hurai panjang-panjang. korang ada otak akal sendiri.
pandai-pandailah.

pada zaman Umar Abdul 'Aziz, 
ada masalah untuk membahagikan zakat sebab rakyatnya terlalu kaya
sehingga tidak layak menerima zakat.

tapi ...

pada zaman Pak Jib,
rakyat bekerja siang malam untuk menyara kehidupannya dan isteri kesayangannya yang tak pernah puas-puas.

yang menghairankan...

ada lagi puak-puak menyokong walau harga gula dah 2 hinggit
harga minyak?
ikan sardin?
minyak?

hmmm (mengeluh!)

ehm.

jadi, jom sama-sama kita bersihkan diri kita dengan berkongsi semampu kita dengan orang-orang yang memerlukan.

mungkin sebungkus nasi itu sedikit disisi manusia tapi yakinlah Allah akan menghitungnya di hari abadi.

jadikan perkongsian itu RAHSIA supaya syaitan-syaitan tak berupaya menimbulkan rasa yang akan binasakan amal kita.

ini hasil halaqah yang aku pergi semalam.

semoga ada enjakan paradigma dalam diri aku dan kau orang semua.

bersedekah jangan ditunggu!

salam infak yang tulus kawan-kawan!

:: lebih detail pasal ni, di buku tazkiyyatunnafs: bersihkan jiwa.

Jatuh tangga!

Tuesday, April 5, 2011



I miss someone.

but I keep it in my heart.

I want someone.

but I know I will never meant for him.

Him?

goodbye!



p/s: haha! bosan loh. perasaan yang mengarut bila ketagih korea. Hati-hati dengan cerita korea. Haha!



Ehem. Assalamualaikum anak-anak.

Lama sungguh kita tak bersua. Maklumlah, mak sekarang sibuk. Banyak kerja perlu dibuat untuk menyara anak-anak sekalian.

Anak-anak okey ke?

Study okey?

Pakwe makwe sihat?

Kalau tengah gaduh tu, mak nasihat, banyak-banyak laa ingat Allah. Jangan sekali-kali lupakan Dia. Walaupun anak sangat cintakan dia, tapi jangan pertaruhkan cinta Allah ye.

Mak paham. Perasaan ingin disayangi memang lumrah. Fitrah. Tapi kawal fitrah itu dengan syariah ye. Dengan itu, hati kita akan tenang dan kita akan diberi hadiah oleh Yang Maha Satu.

Mak paham. Cinta iu indah. Tapi banyak cinta tak kekal sebab barakah nya hilang. 

Jadi anakku sayang, jaga barakahnya ye.









Mak dengan ayah dulu tak bercinta pun. Mak sedih sebab mak ingat ayah kamu tak sayang mak. Mana ada dia call atau SMS mak dulu. Hadiah pun takde.

Tapi bila berkahwin.. Allah! Fuh! Mak tak reti nak explain. Nanti anak rasa lah sendiri. Awesome!

Bagi mak, cinta yang indah hanyalah cinta yang disertai dengan redhaNYA.

Jadi, salam kasih sayang yang diberkati anak-anakku!

:: Cinta itu tidak boleh dimakan atau memberi kita wang, tapi tanpa cinta bagaimana mungkin kita dapat hidup. Right? :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...