SI DIA YANG DITUNGGU

Friday, February 25, 2011
assalamualaikum all :)

korang sihat ? aku, alhamdulillah. ni baru je lepas exam final paper. terus sambar laptop pinjam ni hehe! maklum lah lappy aku dah kene rampas ish3

ni maybe entry last aku utk bulan ni sebab rumah aku takde internet tambah aku akan join satu society untuk community service.

harap semua berjalan lancar dan unsur dakwah yang menjadi objektif kami tercapai :)

okay, takde pape pun nak cakap. sebab penat. huhu.



 
tapi guys,
aku telah jatuh cinta pada jubah, ridha', serban.

pakaian kekasih kita semua pakai. Rasulullah!
tapi...

memandangkan aku ni perempuan, aku tak boleh pakai benda-benda tu, jadi aku harap sangat di DIA yang aku tunggu punya imej begitu :)

harap nye begitulah!

itu sahaja, salam hujung minggu.

untuk si DIA, saya tunggu awak! :)

tak kelakar langsung!

Saturday, February 19, 2011
assalamualaikum all :)

aku tak sihat sangat sebenarnya. sihat mental. ish3 kesian.

aku nak story ni! tak kisah la ada orang singgah ke tak.

handphone aku rosak. sebab tak sampai setahun lagi guna dan masih dalam warranty, aku hantar lah hp aku ke kedai yang aku beli kat Selayang Mall. kedai penyek cina ni. hari tu kakak aku gi amek hp aku selepas berabad kat sana. dekat dua bulan derr! aku ingat amik yang dah siap. rupa2 nya amik yang masih rosak dan dan dan warranty takleh guna dan dan dan kene kuarkan duit rm150 kalau nak baiki dan dan dan hp aku tu dikembalikan pada aku dalam keadaan tak sempurna. 

what this sh** mean?

penyek cina tu bukak and robek hp aku tapi tak skru balik.

and 

again what this he** mean?

dia amik barang dalam derr!

seta* punye lah. jahat mampus. bukan mampus tapi.. 

oke stop anis. lawan nafsu ammarah kau!---okey!

dia amek barang dalam hp aku dan dia ganti dgn tipu punya. sekarang ni, hp aku yang aku beli rm 500 je, memang tunggu masuk longkang je. nak trade in tak dapat. nak baiki, another apek cakap, hp gua ni akan rosak balik. useless la kalau baiki pun kan

aku tak bengang, aku cool je. 500 je derr! nak makan pun tak boleh dgn 500 tu kan

cool je

pesanan aku kat korang. jangan la caye kedai cina. tambah2 kedai handphone. kalau kau nak beli handphone secondhand, jangan laa,. memang benda kecik2 dalam hp tu dia bagi yang dia curik dlm hp sape ntah. kot2 hp aku. who knows?

dan

kalau kau nak baiki handphone, kau jangan sekali-kali, dont you ever, never tinggal hp tu (macam aku buat). sebaik-baiknya kau tunggu kat kedai tu dan biar apek tu baiki depan mata hati kau.

kalau kau tinggal memang dia amek barang dalam hp tu, and nanti hp kau akan rosak balik.

x caye? fine. try ah buat.
aku dah kena dua kali je.
je.

lagi, kalau nak beli hp, better beli nokia atau sony ericson. kau beli yang malaysia, cina tu guna kejap je . pastu masuk longkang.

tak semua, tapi kebanyakkan nye!

beli hp yang original. kau selamat lah. jangan kau beli hp kat selayang mall, pertama. tempat maut tuuu

---

berbalik pada kisah aku ni, aku percaya Allah dah bagi aku yang terbaik. sekarang aku guna hp samsung. walau kamera tak lawa langsung tapi takpe lah.

semua kerja Allah. kita manusia mampu merancang je tapi yang menentukan adalah Allah. apa yang telah terjadi itu adalah yang terbaik sebab itu adalah pilihan Allah. manusia harus bijak mengambil hikmah . kata-kata guru ku.

adala hikmah Allah tak bagi balik hp nokia aku tu.
maybe untuk mengelakkan riak
atau mengelakkan amek gambar pakwe
atau
apa-apa je.

aku harap aku dapat hp C3 nanti haha! ada sapa2 nak tolong belikan ?

tak yah susah-susah. der boleh beli sendiri haha.

---

kalau orang cakap contohi orang cina kalau nak berniaga.
aku tak setuju.
ever!

der, kalau kau nak niaga guna cara seta* tu, orang melayu pun boleh.

aku tak cakap semua cina macam tu tapi kebanyakkkan!

hadeyh! 
biaq pi la.
hang bukan tahu dosa pahla pun.
hang bukan kisah pun.
duit je hang pike

masalah la kalau hidup tanpa agama.
bukan cina je, tapi sapa2 je,.

aku rasa melayu pun ada spisih macam ni, 
tapi nasib aku kene ngn penyek cina tu.

muka je putih, hati?

jawab sendiri!

---


k, sekian sahaja. aku sekarang di UPSI. melawat sahabat-sahabat. they all great :)

have nice holiday semua!

ps: ada kene mengena tak entry aku ni dgn tajuk? hehe

beberapa cerita. :)

Wednesday, February 16, 2011
assalamualaikum :)

salam maulidur Rasul semua.
I hope I can meet Him and be His beloved. and I pray we all can be His ummat yang terbaik :)

ya Rasulullah s.a.w

:)

there are some stories aku nak share tentang Kekasih mulia kita ni

skroll

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

KISAH PERTAMA!




pada satu hari, Rasulullah s.a.w telah berdoa pada Allah di hadapan Aisyah r.a:

'Ya Allah, ampunkan lah dosa Aisyah yang lampau dan kemudian'
kemudian Rasulullah bertanya pada Aisyah, adakah kamu gembira wahai Aisyah?

ya Rasul Allah, masakan aku tidak gembira apabila seorang yang bersih jiwanya dan sangat mulia mendoakan aku.
wahai Aisyah, ketahuilah bahawa, itu adalah doaku pada ummatku di setiap malam.


---

subhanallah! tika habib menceritakan hal ini, jelas terang benderang betapa cintanya Rasul s.a.w pada kita. tapi diri ini, jarang2, kadang2 sahaja berselawat dengan ikhlas pada Nabi junjungan.
huhuhu!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

KISAH KEDUA!
pada satu hari, jenazah orang yahudi telah melalui baginda s.a.w. Jelas di wajah baginda s.a.w kesedihan. Sahabat pun berkata pada baginda bahawa jenazah itu adalah seorang yang bukan Islam. Lalu baginda berkata,

' Setiap yang mati tanpa dia sempat beriman, ia adalah satu kesedihan di hatiku'


---

adakah baginda gembira dengan keislaman kita? jika pada yang kafir pun baginda sayang, apatah lagi kita yang mengaku beriman pada Allah dan Rasul ini? Tentu berlipat ganda kasih sayang baginda pada kita kan? :)

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


KISAH KETIGA!



Pada suatu ketika, seorang ulama' yahudi (zaid) telah datang menemui baginda s.a.w untuk meminta hutang. Dia datang meminta dengan biadap dan mengeluarkan kata-kata yang menyakiti baginda s.a.w. Padahal mengikut perjanjian, hari itu bukanlah hari rasulullah s.a.w. janjikan untuk membayar hutang baginda (zaid datang awal minta hutang). Seorang sahabat, berasa marah dan bengang dengan kelakuan si yahudi ini lalu sahabat tersebut memarahi si yahudi ini.

kamu tahu kan sifat seorang sahabat, mana mungkin dia mampu melihat kecintaannya yang teragung di maki hamun.

tapi, tindakan Rasullullah s.a.w?

Baginda langsung tidak memarahi yahudi ini malah hanya bersikap tenang.lalu,
baginda s.a.w berkata pada sahabatnya,
 ' bayarlah hutang Zaid ini malah tambahkan bayarannya.'
sahabat berasa hairan.
'bayaran yang lebih itu adalah sebagai ganti kamu bersikap biadap padanya'

si yahudi lantas berkata.
'benarlah engkau ini adalah utusan Allah yang mulia. Di dalam kitab telah menceritakan bahawa rasul itu bersikap santun. semakin dicabar, semakin bertambah kesantunannya. aku datang hanya untuk mengujimu. Kini aku bersaksi bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH.'


---

masyaAllah! mampukah aku untuk mencontohi sifat itu. Lihat perangai kita (aku) dengan orang bukan seagama dgn kita. kadang2 kita terlepas pandang. akhlak yang kita tunjuki pada mereka mungkin boleh jadi penyebab mereka mendapat Huda dari Allah. huhu! muhasabah!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

KISAH KEEMPAT!



Seorang sahabat bernama Sufiyyan Athauri, beliau tidak melangkah melainkan dengan berselawat pada Nabi s.a.w. apabila ditanyakan kenapa, beliau menceritakan:

'Sebelum ini, aku telah pergi menunaikan haji bersama dengan ayahku. Di sana ayahku telah meninggal dunia, dan ketika itu muka ayahku amat hitam. Pada saat itu juga, aku telah tertidur di sebelah jenazah ayahku itu dan aku telah bermimpi berjumpa dengan Nabi s.a.w dan aku melihat dalam mimpiku muka ayah ku menjadi putih bersih dan lebih cerah dari yang biasanya. Apabila aku terjaga dari mimpiku, aku melihat mimpi itu menjadi kenyataan apabila muka ayahku yang hitam tadi menjadi putih'

Ayah beliau ini merupakan seorang yang tidak sealim mana tapi ayah beliau tidak lekang dari berselawat pada baginda. Lantas dengan itu, selawat itu telah memberi syafaat padanya.


---

baikkan Nabi? baikkan Allah? selawat sahaja, diampunkan dosa yang berlambak.masalah sekarang, kita pula yang malas dan jarang berselawat huhu! ruginya...:(

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

itu sahaja kisah yang aku mampu kongsi untuk hari ini. ada lagi kisah pasal rasulullah s.a.w  nanti aku cerita lain kali. aku dapat cerita ini dari Ustaz Muhadhir, dan Habib Ali. credit to them :)

salam maulidur Rasul kawan-kawan.

semoga kita dapat mengamalkan sunnah2 rasulullah s.a.w dan mendapat syafaat dari baginda s.a.w kelak.

banyakkan berselawat. sambil tunggu makanan kat cafe, selawat. sambil tunggu bilik air, selawat. sambil tunggu kawan reply mesej, selawat. sambil tunggu Internet loading, selawat!

semoga kita dapat rahmat dari Allah subhanah wa taala dan syafaat dari baginda s.a.w.

itu yang amat kita dahagakan nanti. syafaat baginda s.a.w.

mencintai Rasul, sama seperti mencintai Allah
menyakiti Rasul, sama seperti menyakiti Allah.

:)

salam maulidur rasul sekali lagi.

ini menarik. jom baca!


CONTEST RECOMMEND LAGU TERBAIK :D

Saturday, February 12, 2011
click photo untuk join!

assalamualaikum all :)

banyak betol masa aku yg dibazirkan depan laptop pinjam ni. hehe!

ini minggu exam di U aku, tapi aku ngadap laptop. ish2. macam tak biasa kau! haha.

okey, aku nak join contest ni. first time. saja je. sebab contest ni senang, and tak yah tarok2 gambar. hehe!

lagu aku nak pertaruhkan disini ialah PRAY by JUSTIN BIEBER.

nice song.tak jiwa karat.back to reality.itulah kita sekarang.
zaki, do I need to explain this song?
malas.
haha!
enjoy the song ok!
lirik dia ada kat entry bawah2 :)

dua orang, jom join gak! haha

-alifah farhana
-ainun jariah


cinta.cinta.cinta.

assalamualaikum all:)

just short entry..







cinta.luka.airmata.

berhati-hati dengan cinta.
ia tajam.
penuh luka.
penuh sandiwara.
penuh sengsara.

bila kau dilukai, jangan mengeluh.
masakan kau belum tahu,
luka itu adalah cinta

kau mengalirkan air mata.
kau bersedih.
jangan meraung.
masakan kau belum tahu airmata itu sebahagian dari cinta.

sedih,luka.
itu lah cinta.

bahagianya cuma sebentar.
nikmatnya cuma permulaan.

akhirnya adalah sengsara.
kerana cinta itu hanya lah fantasi.
khayalan.






nikah+cinta.

itulah bahagia. bagi aku. bagi kau? :)

hati, nilainya sangat mahal.
tetapi berapa ramai yang tahu menghargainya.

maruah, nilainya adalah nyawa kita.
tetapi berapa ramai yang menggadainya.

aku cuma berkata2 meluahkan pendapat.
kerana bagi aku, cinta itu sangat mulia.
kenapa mahu menyerahkan begitu mudah, 
pada yang tak mengerti.





jangan kau mudah bagi hati kau pada yang jahil.
kerana sekali kau bagi pada yang jahil itu,
nama jahil itu akan melekat pada hati kau.

bukan selama-lamanya.
tapi jangka masanya lama.

maybe true maybe not. hehe!

jangan bermain-main dengan cinta.

cinta mahal nilainya.
bagi aku.

salam cinta mulia semua :)

tak mudah

Wednesday, February 9, 2011
Assalamuailaikum all:)

lama aku tak online sebab laptop aku kena 'rampas'.
sebab aku dah tak keje c.c 
sebab aku taknak habiskan pitis aku pergi c.c

guys,

aku percaya semua orang pernah jatuh cinta.kan?


kalau tak,kau bukan manusia!

tapi depend lah cane kau handle 'cinta' kau kan

ada yang memang jenis iman terbelah, terus masuk bilik,
ada yang satakat pegang2 je,
ada yang dah main peluk2
ada yang iman banyak SIKIT, main SMS, calling2 je.

apa2 pun tanya IMAN sendiri.

kalau kau ingat sape ciptakan kau,apa tujuan hidup kau,
kau control perasaan kau.
control.
mengawal.
iman terjaga.
maruah tersimpan rapi.
dara dan teruna tinggi nilainya.

tapi,manusia tak pernah berhenti buat silap.

dan untuk berubah tak mudah.dalam entry sebelum ni aku pernah cakap.berubah tak mudah.
tak mudah.
faham tak?

tak mudah maksudnya,kau memang kena kuat nak lawan nafsu kau.
macam mana nak kuat?
nak atau tidak memang kau kena kembali pada Pencipta kau.
kembali.
bukan maksud mati.
tapi mengadu,
mintak tolong padaNya.
kau ingat ada orang lain boleh kuatkan hati kau?
boleh tegaskan iman kau?

takde!
Allah sahaja yg mampu.

apa yg Allah tak mampu?
takde.

bila....

kau dah clash,kau dah iltizam tak nak contact dia.
kau dah tekad nak berubah.

tapi susah!
aku tahu.
jangan lah cakap aku tak paham.
jangan lah cakap aku tak mengerti.
sebab aku juga manusia yg bercinta.

bila kau bosan, kau ingat dia.
bila kau sedih kau ingat dia
bila kau keseorangan kau nak dia.
mana2 je,
kau ingat dia kan!

tengok!susah kan!!!

susah.
tapi tak mustahil.

kepada semua, sedikit nasihat dari aku.
kalau ada antara kau nak berubah.

kuatkan semangat.
kalau kau bosan,teringat kat someone yang haram untuk kau.

cepat2 ingat Allah.
pergi buat kerja.
pergi tengok tv.
dengar radio.

kalau radio tu bagi kau lagu yang jantan tu pernah bagi kat kau,baling radio tu masuk longkang.
lagi,kau tinggikan ego kau.
cinta kau mahal,dan ia bukan untuk cinta yang haram

bila kau ingat dia,
cepat2 kau pergi blog, luah perasaan whoah!

salam cinta halal korang:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...