Mahu Bernikah, Jangan Contohi Tin Kosong

Saturday, March 31, 2012

Kadangkala, apabila kebetulan berbual dengan teman yang usianya lebih muda dari saya, saya hanya tersenyum apabila topik blog saya diutarakan. Kemudiannya, saya akan membalas sambil tersenyum ; tak payahlah baca blog ana.
Apabila saya mengungkapkan begitu, bukan bermakna saya berbasa basi atau malu tersipu-sipu. Jauh sama sekali. Apabila saya ungkapkan begitu, saya memang maksudkan begitu.
Menulis tentang isu yang berlegar sekitar persoalan remaja, cinta, hubungan lelaki perempuan dan sebagainya, sisi buruknya memang ada. Kebiasaannya, bila saya mengungkapkan kalimah ‘jangan baca’ maka bermakna saya sedang memberi pertimbangan kepada sisi buruk tersebut mengikut siapa yang sedang saya bercakap.
Sedang pada ketika yang lain, saya tidak menegah bahkan menggalakkan.

BENDA BAIK JANGAN OVER DOS
Antara sisi buruk yang saya maksudkan adalah lahirnya anak-anak muda yang berlebihan dalam berbicara ‘benda baik’.
Saya beri satu contoh ; katakan, saya mempunyai seorang jiran.
Dia seringkali datang menziarahi saya. Kali pertama, dia meminta pandangan saya tentang kahwin di usia muda. Dengan senang hati, saya memberi pandangan saya. Saya nampakkan sudut positif, negatif dan saya sertakan juga nasihat-nasihat yang saya fikir perlu untuk dirinya. Kemudian dia berterima kasih dan kelihatan gembira dengan apa yang dia dapat.
Selang dua hari, dia datang lagi. Topik lain pula ditanya, namun masih berlegar pada isu yang serupa. Saya masih menjawab dan melayan rasa ingin tahunya. Selang dua hari, dia datang lagi. Sehinggalah kepada setiap petang dia mesti datang. Dari persoalan yang di awalnya dia benar-benar tidak tahu dan ingin tahu, berubah kepada mahu bersembang benda yang dia telah tahu. Bila saya bercakap topik lain, dia hambar. Bila dibicara topik cinta dan nikah kahwin, dia bersemangat.
Inilah yang saya katakan sebagai over dos. Ketagih bercakap dan berfikir benda yang dirasa sebagai ‘baik’, sedang dia tidak sedar tabiatnya itu telah menjadi suatu yang tidak baik.

BERCAKAP BILA PERLU
Antara sikap dan jatidiri orang berilmu adalah dia tidak bercakap melainkan apabila perlu. Dan sikap ini sewajibnya wujud pada diri anak-anak muda, apatah lagi yang bergelar mahasiswa. Mereka akan bercakap apabila perlu dan akan dipastikan apa yang mereka cakap benar-benar berfaedah dan bermanfaat.
Anak muda yang punya masa depan serta visi dan misi yang jelas, adalah anak muda yang mencintai masa dan fokus mereka. Bukan dileburkan untuk bersembang kosong dan bercerita perkara yang sia-sia.
Berbicara tentang cinta, jodoh, calon suami atau isteri dan sebagainya bukanlah suatu yang tidak baik. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan sikap segelintir anak muda yang mengklasifikasikan perbincangan sebegini sebagai ‘tidak baik’, manakala perbincangan tentang akademik, kerjaya dan sebagainya adalah suatu yang ‘lebih baik’.
Pada saya, yang salah bukan tajuk, sebaliknya cara kita membicarakan tajukmenentukan betul atau salahnya kita.
Meminggirkan terus dari berbicara tentang calon, pernikahan dan sebagainya juga tidak baik. Mana mungkin anda boleh bersungguh-sungguh belajar demi beroleh kerjaya pada masa akan datang tetapi anda mengambil remeh isu pengetahuan dan persediaan ke arah perkahwinan sedangkan itu juga adalah perkara yang akan anda tempuhi di masa hadapan.
Namun berbicara dan terus berbicara tentang calon, tentang pernikahan dan sebagainya berulang-ulangkali, juga adalah suatu yang tidak baik. Kita hanya menjadi baik apabila bercakap mengikut keperluan, tetapi apabila kita terus terusan bercakap dan berborak tanpa keperluan, sebaliknya hanya untuk berseronok-seronok, maka kita tidak lagi menjadi baik.

TIN KOSONG
Setiap malam, hanya itu yang didendangkan. Waktu belajar, waktu makan, waktu minum petang, pasti topik itu yang keluar.
Cuba bayangkan kalau anda tinggal dengan orang seperti itu. Sekali atau dua kali, mungkin anda mampu bersabar dan melayan cakapnya. Namun jika berlarutan, sehingga segala perkara lain tidak diendahkan, masihkah anda mampu bersabar? Serupalah dengan situasi yang saya contohkan di atas. Jika berlarutan, mungkin saya akan menegur atau mengelak terus dari menerima tetamu seperti itu.
Mahu bernikah, itu suatu yang terpuji. Tetapi jalan mencapainya, bukan dengan berborak mengenainya saban hari. Sebagai mahasiswa, terutamanya, ada perkara lain yang lebih besar dan penting untuk diberi perhatian secara adil. Bagaimana dengan pelajaran, bagaimana dengan gerak kerja dakwah, tarbiyah diri dan sebagainya. Jika hanya topik nikah yang kita rancakkan, maka topik-topik yang lain akan tenggelam. Bermakna, kualiti kita sebagai mukmin juga merudum.
Janganlah kita mencontohi tin kosong. Dengan sebiji batu di dalamnya, bila digoncang saban waktu akan membingitkan telinga. Dengan satu modal untuk berborak tentang calon atau tentang nikah, maka diulang borak saban waktu sehingga menyendatkan kepala. Bukan kepala kita, tetapi kepala orang yang terpaksa menadah telinga. Contohnya, teman serumah kita, atau teman sebilik kita. Contoh lain, teman satu tempat kerja dengan kita.
Sedangkan, kuat atau tidak bunyi tin kosong itu, ia tetap tidak memberi kesan apa-apa. Banyak atau sikit anda berborak tentangnya, ia tidak berkaitan dengan cepat atau lambatnya jodoh anda tiba.

UBAH DIRI DAN JAUHI FITNAH
Tabiat seperti ini, jika wujud pada diri pemuda atau pemudi yang ada potensi diri, ia akan mengundang fitnah pada diri mereka sendiri. Seorang pemuda, yang sedar tentang kepentingan dakwah umpamanya, namun bicaranya saban hari hanyalah tentang calon isteri, tentang tunang ( jika sudah bertunang ) dan sebagainya, akan mengundang fitnah pada dirinya sendiri. Benda baik yang ingin diperjuangkan, dicerminkan sebagai tidak baik melalui tingkah laku dan perbuatan.
Ubahlah tabiat tidak baik tersebut sebelum memakan diri.
Berbicara tentang cinta, nikah kahwin dan sebagainya, biarlah dalam konteks yang membina. Berbicara dengan orang yang arif lagi berpengalaman, itu suatu yang mesti dan terpuji. Menelaah buku-buku persediaan ke alam rumahtangga, suatu yang mesti dan terpuji. Adapun berborak dan bersembang kosong, semata-mata untuk mengusik teman, bergelak ketawa dan sebagainya, maka itu bukan lagi suatu yang mesti apa lagi terpuji.
Saya menulis blog untuk audiens dan sasaran yang besar dan yang benar-benar memerlukan, namun kerisauan tetap bertandang apabila melihat audiens yang saya kira kurang memerlukan. Namun sebagai penulis, saya pastinya mengalu-alukan kunjungan setiap orang sebagai ‘pembaca yang budiman’.
Maka apa yang tinggal pada saya adalah memberi nasihat. Agar tabiat yang tidak baik tidak melarat. Agar kita menjadi anak muda yang cermat. Tidak berlebih-lebihan sehingga mengundang mudarat.
Perbanyakkanlah solat hajat dan taubat.
InsyaAllah, jodoh akan tiba, cepat ataupun lambat.
Sekian.
Ps: Saya sangat kegersangan idea nak menulis. Namun sayang dgn blog ini, jadi saya update dgn copy paste dari orang-orang hebat yg saya segani. Moga bermanfaat. 
Kahwin, kalau rasa tak bersedia @ mak ayah tak bagi lampu hijau lagi @ duit tak cukup @ apa sahaja alasan, maka janganlah menggatal nak mengorat dan bercinta. Kalau ada jodoh pasti tak kemana. Percayalah pada Allah, kerana tidak akan terjadi sesuatu melainkan dengan izinNya bukan? :)

Rasa Macam Nak Jadi Alien pula

Monday, March 19, 2012

Menjadi Alien Itu Bergaya Tahu..?

[Kredit]

Ketika orang lain memilih kerja yang menjanjikan gaji besar dan kedudukan yang tinggi, saya memilih kerjaya yang memudahkan saya untuk berdakwah, berbulatan gembira dan bersama ikhwah seperjuangan.

Tatkala orang lain memilih untuk menghabiskan hujung minggu bersama keluarga, berlibur dan bergembira di taman-taman rekreasi atau kompleks beli-belah, saya memilih untuk menghadiri konferens riang bersama ikhwah tersayang.

Ketika orang lain memilih untuk menghabiskan duit gaji mereka membeli baju baru, kasut berkilat, jam tangan berjenama dan entah apa-apa lagi aksesori diri, saya memilih untuk menggunakan duit gaji saya untuk kegunaan dakwah dan tarbiyah. 

Tatkala orang lain merasakan tidak salah bergaul mesra sesama lelaki dan wanita, malah menggalakkannya pula kerana alah tidak koolah kalau tidak mempunyai rakan-rakan rapat berlainan jantina! Err. Saya memilih untuk menjaga kehormatan diri dan menunggu dengan penuh sabar apa yang halal untuk saya.

Ketika orang lain merasa geli-geleman untuk makan bertalam, salam berlaga-laga pipi dan bertepuk-tampar riang gembira sesama jantina, saya memandang ke hadapan, tidak sabar-sabar untuk melakukannya kerana dapat merasakan betapa basahnya ukhuwwah fillah itu. 

Tatkala orang lain menghabiskan masa-masa lapang mereka dengan menonton wayang, bermain game entah bermacam jenis dan rupa serta berseronok berfoya-foya dengan dunia, saya cuba memenuhkan masa yang ada dengan ingatan kepadaNya, dengan alunan ayat-ayat chentaNya dan apa-apa sahaja aktiviti yang menjadikan saya lebih dekat kepadaNya.

Ketika orang lain merasakan betapa singkatnya usia di dunia maka dunia dan segala isinya adalah segala-galanya, saya katakan kepada mereka ini, "Hidup hanya sekali; mengapa mahu sia-siakannya dengan dunia yang fantasi sedangkan sorga yang abadi sedang menanti?" 

Tatkla orang lain merasakan bahawa Islam itu mengongkong mereka dan mereka perlu diberikan kebebasan mutlak sesuai dengan kehendak dan kemahuan mereka, saya katakan kepada mereka ini; "Hidup hanya sekali; mengapa mahu bazirkannya dengan menjadi hamba yang ingkar dan derhaka kepadaNya..?"

Ketika orang lain merasakan dakwah itu hanya kerja dan profesion ustaz dan ustazah sahaja, tatkala mereka merasakan tugas dakwah itu tidaklah menjadi tanggungjawab mereka dan dakwah itu kolot dan jumud, saya memilih dakwah sebagai cara hidup saya kerana saya adalah dakwah dan dakwah adalah saya!

Dan semua ini gara-gara sepotong hadith:

"Islam akan datang dalam keadaan asing, dan akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."
[Hadith Riwayat Muslim]

Ya Allah, sekiranya inilah harga yang perlu aku bayar untuk menjadi asing, maka aku rela untuk membayarnya. Aku rela untuk terus berada dalam jual-beli ini. Kerana aku mahu terus menjadi asing!

Anda ingin bersama-sama saya menjadi alien di planet yang asing ini..?
dari:
angelpunpakaigucci

Isu Zionis: Jawapan kepada Mahmud Zuhdi

Mohd Nasaie Ismail,19 Mac 2012
Susulan kenyataan Profesor Mahmud Zuhdi dalam akhbar Sinar Harian hari ini yang mengulas jawapan Presiden PAS ketika menjawab persoalan hadirin dalam majlis makan malam Dewan Muslimat PAS di Shah Alam tempoh hari, suka untuk saya jelaskan beberapa perkara.

Pertama, kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tersebut selari dengan pendirian rasmi Dr Yusuf Al Qardhawi, Pengerusi Persatuan Ulama Dunia, bahawa kita menentang Israel bukan kerana mereka Yahudi, tetapi kerana mereka menjajah tanah umat Islam Palestin dan fahaman zionis mereka. Penubuhan negara haram Israel bukan sahaja melibatkan Yahudi tetapi juga adanya konspirasi melibatkan Kristian Evangelis. Bermakna Zionis itu bukan melibatkan kesemua Yahudi, tetapi sebahagian Yahudi dan segelintir Kristian mazhab Evangelis.


Kedua, di kalangan penganut Yahudi salah satu cabang dalam mazhab ortodok sendiri menentang Zionisme dan dianggap sesat daripada agama Yahudi yang sebenar. Mereka menganggap penubuhan Negara Israel diatas tanah umat Islam Palestin ibarat menggali kubur besar kepada orang Yahudi sendiri. Yahudi sebegini terlibat sama dalam banyak muktamar pembebasan Palestin yang diadakan di Beirut, Istanbul, London dan Tehran. Malah ada diantara mereka dipenjarakan oleh rejim Zionis Israel kerana menentang penubuhan negara tersebut.

Saya keliru kenyataan Prof Mahmud Zuhdi menyatakan bahawa Yahudi zaman Rasulullah berbeza dengan Yahudi hari ini kerana mereka berakhlak mulia. Sedangkan Yahudi di zaman Rasulullah pun ramai yang jahat dan menyeleweng daripada kitab taurat. Namun ada yang bermuamalah dengan Nabi. Tauladan Nabi ini akan terus berlaku sepanjang zaman.

Begitu juga hari ini, wujud Yahudi berfahaman Zionis yang zalim menjajah dan membunuh umat Islam dan wujud juga Yahudi yang menolak dan menentang penubuhan penjajahan dan kezaliman tersebut. Mereka banyak tinggal di Amerika dan Eropah. Malah di zaman ini ada diantara mereka memeluk Islam dan menjadi pendakwah terkenal seperti Muhamad Asad daripada Austria dan Mariam Jamilah daripada Amerika.
Prof Mahmud Zuhdi juga mengatakan bahawa jawapan Hadi tergelincir daripada landasan Islam dan bertujuan politik untuk menjaga hati pemimpin tertentu yang menyokong Yahudi Zionis adalah tuduhan yang berat. Mungkin beliau tidak membaca kenyataan rasmi Presiden PAS dan disambut oleh Mursyidul Am PAS secara tegas bahawa PAS menolak kewujudan negara haram Israel.




Malah Presiden PAS juga tegas menyatakan jika kesemua negara Arab bersetuju pembahagian wilayah Palestin dan Israel, kita tetap menentangnya kerana Palestin bukan milik Arab, tetapi milik umat Islam.
Oleh itu, tidak timbul soal Presiden PAS memberi jawapan politik untuk menjaga hati sesiapa tetapi berasaskan fakta, sejarah dan hukum di dalam agama Islam.
Penulis ialah Setiausaha Akhbar Presiden PAS.


#Kalau orang Islam sendiri pun menyokong secara fizikal dan kefahaman kepada Yahudi, sampai bila saudara yang disayangi akan bebas dari kezaliman Laknatullah Yahudi? Wake up my dear Malaysians!

Pakai tudung rupanya tak HOT..

Sunday, March 18, 2012
Assalamualaikum, artikel ini adalah copy paste dari sini



Sebenarnya malas nak melayan budak perasan bagus macam neh. Siyes. Perasan bagos + berlagak + sombong. Buang masa jek. Tapi menyampah pula bila baca komen dia mengenai tudung. Lihat gambar kat bawah neh jap ;)

 

Komen part tudung tue yang menyampah sangat nak baca. Apa, pakai tudung tak hot? Memang lah tak "hot", sebab tue lah pakai tudung. Bukan sahaja tak "hot" di dunia malahan di akhirat sekalipun takan merasa "hot". Berbanding yang tak pakai tudung, dunia pun dia HOT akhirat lagi lah lebih2 HOT.

Ha Ha Ha..

Oke tak jawapan aku? Sebenarnya bukan nak merendah2kan golongan yang tak bertudung cuma kalau tak pakai tudung tue toksahlah memperlekeh2kan orang yang bertudung. Tak kisah lah samada dia bertudung betul ke sempoi ke penuh ke apa ke. Yang penting bandingkan diri dia yang bertudung tue dengan diri "kita" yang tak bertudung neh. At least dia dah selangkah ke alam kebaikan berbanding dengan orang2 yang tak bertudung.

Dan the most important is please remember yang pakai tudung neh tak related langsung dengan sikap seseorang tue. Sikap seseorang tue tak kira baik or jahat, dia tetap termaktub dengan hukum Allah swt. Jangan sampai terkeliru pula. 

So harap2 bebudak yang selalu kritik alah pakai tudung tapi mengumpat or alah pakai tudung tapi baju ketat dan etc2 tue hopefully tak payahlah nak kritik2 sangat. Nasihat is okey, good. Tapi kalau nak merendah2kan pemakaian tudung sampai suruh dia buka tudung dan etc2 is not good. Masing2 perlukan masa untuk ditarbiah. Sikap, ilmu, iman, suasana dan cara kita dibesarkan berbeza2. Jangan samakan setiap manusia. Tak adil disitu.

Dan yang penting sekali.. walaupun gadis di atas cakap yang pakai tudung = tak hot tapi kebanyakkan lelaki kalau cari isteri pun mesti nak kan yang bertudung dan bertutup.. kenapa ek? Hahaha.... sorry terjujur.

#Hot tak hot, tuntutan Allah yang utama. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...