Kepentingan Melibatkan Diri dengan Politik

Sunday, February 26, 2012
Penglibatan diri dalam politik, bagi saya satu kewajipan. Ini bukan masalah tak cukup umur, politik kotor atau malas masuk campur. Politik sendiri sebahagian daripada Islam. Memang sekarang banyak sangat fitnah-fitnah dalam politik, sampai kadang-kadang kita sendiri keliru. Yang mana betul, yang mana tidak. Tapi itu bukan alasan. Kerana hakikatnya yang menjadikan politik nampak seperti kotor adalah kerana ahlinya. Bukan kerana politik itu. 


Iaitu mereka (Umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta menunaikan zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”. 
(al-Haj: 41)


Penglibatan diri dalam politik adalah satu fardu ain. Sebab dengan ini lah kita boleh menentukann pemimpin yang akan memimpin negara Malaysia. Sudah tentu kita nakkan pemimpin yang adil, tak makan duit rakyat, amanah, tidak mengambil kesempatan atas kekayaan negara untuk menfaat diri sendiri dan yang pastinya yang boleh menegakkan hukum Allah dalam masa yang sama memegang kesatuan kaum.


“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (al-Nisa’, ayat 58).


Kalau kita ambil sikap lepas tangan dan biarkan sesetengah pihak sahaja yang berusaha, susahlah. Nak aman, nak senang tapi diam diri. Kalo orang buat demostrasi, mula lah cakap mengganggu la, trafic jem la padahal hakikatnya semua tu untuk rakyat. Kalo dapat senang, kita semua jugak merasa.


Jadi, sebagai seorang rakyat Malaysia, yang kita cintakan Malaysia ni, bumi yang diberkati dan masih dalam jagaan Allah, masih dihindarkan dari bala, jadilah seorang yang bertanggungjawab. Terhadap diri sendiri dan juga untuk community. Kita semua berpotensi untuk mengubah dan memilih kerajaan yang adil inshaAllah. Jadi kenapa lepaskan tangan? Meredhai diri dizalimi adalah satu tindakan yang kurang bijak. 


Sebagaimana kita telah pilih Islam sebagai agama kita, pilihlah untuk menjaga kedaulatan Islam di negara ini. Semoga usaha kita membuahkan hasil dan dapat ganjaran disisi Allah. Yang dilihat bukan hasil nya sahaja tetapi usaha dan gerak kerja. InshaAllah, Islam akan berdiri tegak di Malaysia dengan gandingan usaha padu dari kita semua.


Wassalam..

Kerana Mati itu Lebih Indah

Tuesday, February 21, 2012
Bismillah. Assalamualaikum.


Subhanallah, kagum dan terkesima dengan iman para sahabat Rasulullah. Kecintaan dan iman yang menebal pada hari akhirat dan kerinduan yang abadi pada syurga Allah sehingga dunia tidak punya nilai apa-apa selain hanyalah ujian dan tempat permainan. 


"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan"
al-Ankabut: 64


Pada perang Mu'tah (8h) yang terjadinya kerana utusan Rasulullah, Harith bin Umair al-Azdi yang dihantar kepada pemimpin Basra dibunuh. Rasulullah telah menghantar 3000 orang tentera ke wilayah Rom. Para pejuang terkejut dengan jumlah pihak lawan yang melebihi 100,000 orang kerana turut disokong dengan suku-suku Arab musyrik.

Para pahlawan Islam berkata: " Sebaiknya kita menghantar surat kepada Rasulullah menjelaskan kepada Baginda tentang jumlah pihak lawan. Boleh jadi Baginda akan mengirim bantuan atau membuat keputusan yang lain."

Tika itu, Abdullah bin Rawahah, salah seorang panglima perang yang dilantik selepas Jaafar bin Abu Talib, memberikan semangat kepada seluruh pasukan Islam.

" Wahai kaumku. Demi Allah, sesungguhnya apa yang anda takutkan adalah apa yang anda hajatkan ketika kalian semua berangkat, iaitu SYAHID! 

Kita tidak berperang dengan jumlah dan kekuatan tetapi kita berperang kerana agama Allah yang telah memuliakan kita semua ini. Oleh kerana itu, berangkatlah. Di hadapan kita semua mempunyai dua kebaikan: Menang ataupun Mati Syahid!"

Kuasa syahid dan kecintaan mereka terhadap Allah. Bagaimana pula kita? Pedulikah kita pada orang yang menghina dan mempermainkan agama Allah yang mulia ini? Pada saudara yang sedang memperjuangkan akidah mereka?

Walaupun pada perang Mu'tah tentera Islam mengundur diri namun itu bukanlah tanda kekalahan pada Islam kerana selepas itu Islam melakar lebih banyak kemenangan. Dan pastinya mereka yang syahid di Mu'tah sedang berbahagia disisi TuhanNya.

Indah Khabar dari Rupa

Thursday, February 16, 2012
Bismillah..


Allah maha Mengetahui. Dia tahu segala-galanya sehingga bilangan daun yang gugur ke bumi pun tidak terlepas dari pandanganNya. Apatah lagi hati kita, setiap yang difikirkan, yang terlintas. Segala hasrat, segala niat, segala keinginan, segala kesedihan dan kegembiraan, segala prasangka tidak pernah terlintas dari pengetahuanNya.


Banyak benda yang mengganggu aku. Begini susahkah untuk menjadi baik? Untuk menjadi seorang yang sentiasa pemurah kepada kawan, menjadi seorang gadis yang terjaga hatinya, menjadi seorang daie yang tahu hala tujunya, dan menjadi hamba yang sentiasa dekat dan menjadikan hidup dan mati hanya untukNya. Begini susahkah? Malam ini, aku punya azam. Ya azam yang lebih jelas untuk menjaga hati aku dari terus biarkannya terkotor dengan pandangan bukan muhrim. Mahu menjaga diri aku dari mencemar zuriat aku. Menjaga diri dari membiarkan pahala-pahala aku terlepas dari genggaman sebab selalu mengumpat.


Zahir aku mungkin kelihatan seorang yang baik. Dan aku memang ingin menjadi seorang yang baik, tapi hakikatnya aku sangat punya banyak kelemahan. Tidak ada pujian yang layak utk aku yang sangat banyak kekurangan ini.


Ya Allah, tetapkan hati aku untuk sentiasa menjadi yang lebih baik. Untuk tidak mengulangi kesilapan dan dosa-dosa yang pernah membuat aku jauh dariMu. Perit dengan kegelisahan dosa dan aku sangat nak jadi orang yang sentiasa berterusan dalam ibadah dan segala macam aspek lain. Biarpun segala azam ini susah untuk dilaksanakan, aku percaya dihadapan pasti ada kesan dan ibrah yang lebih baik. Biarlah hati sakit untuk melakukan kebaikan dari jiwa dan iman terus terseksa dengan kemaksiatan. Sentiasa positif pada orang lain sudah, now its time to be positive to myself. MYSELF.


Allah mengurniakan hidayah bukan selalu, jadi hargainya. Setiap kali Allah detikkan untuk berubah dan meninggalkan maksiat, itulah saat Allah menyalurkan hidayahNya pada kita. Rebutlah sebab tak semua orang dapat peluang itu dan belum tentu kita akan dapat lagi pada masa hadapan.


Saya mendoakan yang terbaik untuk diri saya dan kawan-kawan sekalian. Setiap manusia ada potensi untuk berubah, grab it and accomplish it. Inshaallah kita akan menjadi hamba yang terbaik disisiNya.


^^

Revolusi di Syria- Adakah anda peka?

Tuesday, February 14, 2012
Assalamualaikum w.r.t


‎"Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka dan silakanlah hidup bersenang lenang (dalam kekafiran). Maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatannya)" (29:66)

Alhamdulillah, masih bernyawa hari ini. Masih bernafas sebagai seorang Islam..Masih mampu mengerjakan ibadah-ibadah wajib dan sunnat. Dan masih diberi rezeki oleh Allah. 



Seperti mana yang kita semua tahu, negara Syria yang terletak bersebelahan dengan Iraq dan Lebanon, mengadap Turki sedang mengalami revolusi. Rakyat dibunuh dan dizalimi oleh President Bashar al-Assad, yang merupakan anak kepada Hafeez al-Assad (dah meninggal). Anak beranak ini memang tidak punya hati perut dan secara merembang mereka membunuh rakyat yang tak bersalah (pada zaman pemerintahan masing-masing). Boleh google dan Youtube untuk gambaran yang lebih jelas. 

Ada mengatakan, Bashar al-Assad ini dididik dari kecil lagi untuk membunuh dan sifat ketidakperimanusiaan al-Assad adalah terlatih. 

Fakta yang perlu kita ketahui berkenaan isu Syria sekarang :

1) Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011 yang lalu, Rejim Bashar telah membunuh lebih 8,500 orang rakyatnya sendiri. 

2) Mengakibatkan lebih 40,000 rakyat Syria yang tidak berdosa telah cedera. 

3) Lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan kerana bangkit menentang kezaliman Rejim Bashar.

4) Lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki akibat kekejaman yang berlaku di Syria sekarang.

Angka ini semakin bertambah setiap hari dek kerana kekejaman Rejim Bashar. Wallahul musta'an.

Diambil dari page ini

Dan dibawah ini adalah note dari fb Muhammad Nur Aufa. Sama-sama kita baca dan cakna dengan keadaan saudara sekeliling. Kebangkitan Islam bukan senang, walaupun kita tak dapat jadi orang yang syahid di sana, biarlah sekurang-kurangnya kita menjadi rantai kepada perjuangan Islam. 

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana turut berkesempatan berada disana.

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
Jzkki akh Abu Abdullah
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

Salam Revolusi Syria!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...