Bangkai Manusia

Wednesday, November 16, 2011
Assalamualaikum.


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka ,sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah maha Penerima taubat, maha Penyayang."
[Al-Hujuraat:12]


Ayat diatas melarang kita, Muslim yang beriman pada Allah, beberapa perkara:


1. Menjauhi prasangka.


2. Tidak mencari keburukan@kesalahan orang.


3. Tidak mengumpat.


"Mengumpat adalah apabila kamu bercakap sesuatu perihal saudaramu yang dibencinya." [Hadis Muslim]


Dan betapa sayangnya Allah pada hamba-hambaNya apabila Dia mengakhiri ayat 12 itu dengan nasihat dan pujukan supaya bertaqwa padaNya dan bertaubat kerana Dia pintu taubatNya sentiasa terbuka luas.


Dan kalau kita perhatikan, larangan2 Allah ni dah jadi kebiasaan dlm hidup kita. Sama-sama kita jauhi perkara-perkara yg akhirnya akan binasakan diri kita sendiri. Oleh kerana kita hidup kat dunia ni bukan hidup sorang-sorang akan tetapi hidup bermasyarakat dan bersosial, wajiblah kita menjaga hubungan baik antara manusia. 


Dan memang larangan-larangan Allah ini adalah utk menjamin masyarakat yg harmoni tanpa perbalahan dan syak wasangka.


Teguran ini terutamanya utk diri aku, mulut yang satu ini sangat susah utk dijaga. Mudah-mudahan terjaga dari maksiat dan dosa. Huhu!


Jom kita cuba perhalusi makna dan hikmah Kitab Suci teragung pemberian Allah utk kesejahteraan di akhirat yang tiada lagi penghujung.




1 kuman:):

terokai seni at: November 24, 2011 at 10:10 AM said...

kalo la kita nampak daging busuk tu, rupa-rupanya dalam sehari tah brapa banyak kita makan kerana mengumpat kengkawan.. apatah lagi dalam politik negara yang haru-biru, semua orang nak kita umpatkan... ya Allah ampunkan la dosa kami ini...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...