Lelaki dalam Fikiran Perempuan

Friday, September 23, 2011
Assalamualaikum :)


Sudah jadi satu fitrah, perempuan perlukan lelaki dan begitu jua sebaliknya.


Kalau kita (girls) perasan, dalam hidup kita jarang sangat dalam masa sehari kita hidup tanpa bercakap bahkan memikirkan pasal lelaki. Aku tak tahu lelaki macam mana since aku ni pompuan.



Kadang-kadang aku sendiri macam lemas dengan diri aku ni. Setiap sem ada je lelaki yang aku suka, yang aku nak usha, yang aku nak menggatal. Suka je minat-minat laki ni. Walau benda tu bukannya serious, minat bodoh-bodoh je tapi it is still a sin!

Aku rasa terkena bila tengah syok cerita dengan kawan aku pasal mamat ni, lepas tu dia cakap,

" Kita ni minat-minat orang, benda ni bagi kesan dekat hati kita. Benda-benda kecik macam ni boleh buat kita tak khusyuk solat."


Bila minat, nak usha. Time tu mata sudah berzina. Bila lihat, hati tersenyum. Hati berzina. Anggota-anggota ini berzina di kala ia menghadap Pencipta. Masakan rasa khusyuk dan nikmat solat itu boleh hadir dalam jiwa yang berzina.


Astagfirullah..

Untuk menjaga pandangan, bahkan hati daripada tercelup dalam celupan maksiat bukan benda yang senang. Sebab itu perlunya mujahadah dalam diri. Dan bukan calang-calang orang dapat bermujahadah. Mujahadah yang sebenar, kekuatannya datang dari Allah, pergantungan pada Allah itu harus wujud dan teguh. 



Apa yang aku cerita di atas adalah a simplest thing yang berlaku dalam kehidupan kita. Belum lagi disentuh bab-bab mesej, bergayut dan keluar dengan lelaki bukan muhrim.


Kita selalu ambil mudah pasal pergaulan ini kerana nafsu kita menyukainya. Bila nafsu yang dituruti, ibadah akan mula terasa kelat. Bila kelat, mulalah malas dan akhirnya hati menjadi hitam gelap untuk malaikat dekat dan terang benderang untuk dijadikan istana puak-puak syaitan. Tiada lagi mujahadah untuk melawan syaitan.

Sekali lagi, pergantungan dan pendekatan diri kepada Allah adalah kunci yang menghalang diri kita dari terlibat dengan zina-zina kecil apatah lagi zina besar. Unless lah korang rasa zina tu remeh, korang rasa happy bila berdepek dengan lelaki. Yelah, memang dosa tu best kan. Aku pun rasa macam tu tapi mujahadah melawan nafsu dan rasa manis indah akan muncul bila hati tenang dan bersih dari dosa. Qiamullail, majlis ilmu, itu adalah antara sumber kekuatan yang akan mencegah kita dari perkara maksiat.

Jom sahut cabaran hari tanpa lelaki.

Bersihkan fikiran kita dari lelaki-lelaki muhrim.Aku yakin pasti ada perubahan dalam kenikmatan ibadah kita.

InsyaAllah :)







3 kuman:):

Nur Hafizah at: September 24, 2011 at 10:36 PM said...

hari tanpa lelaki~cool.
mereka ada tapi kita tak pandang,tak ambil tahu,dan tak lagi bercakap tentang mereka bila 'girls talk'.insyaAllah.

balqis at: December 5, 2011 at 4:26 PM said...

terima kasih dan boleh saya link pada FB ?

Al Basirah at: December 5, 2011 at 11:29 PM said...

silakan :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...