Syurga Perlu Direbut

Tuesday, September 27, 2011


Assalamualaikum..

Diceritakan pada zaman Rasulullah, panggilan perang menyeru mukminin. 
Berebutlah para muslimin untuk menyertai peperangan ini. Umpama satu lawatan percuma, mereka mempelawakan diri malah berebut-rebut untuk menyertai Rasulullah di medan perang. 

Peluang untuk mendapatkan tiket percuma ke syurga terhampar di depan mereka. Mereka tidak merasa cinta pada dunia sehingga telah terhapus dalam diri mereka rasa takut mati. Hebatnya tarbiah Rasulullah.

Ada sebuah keluarga yang terdiri dari ibu dan ayah serta anak-anaknya. Kesemua anak adalah perempuan kecuali seorang. Ayah dan anak lelaki ini berebut untuk menyertai perang. Oleh kerana ahli keluarganya yang lain adalah perempuan, tak boleh kedua ayah dan anak lelaki menyertai perang ini kerana salah seorang dari mereka harus menjaga keluarga. 

Mereka mengambil keputusan untuk mencabut undi untuk memilih siapa yang akan ke medan perang. Rezeki menyebelahi anak itu. Seronoklah hati anak ini. Namun, sedih hiba di hati ayahnya yang sudah tua kerana tidak dapat menyertai Rasullulah. 

Lalu, ayah berkata padan anaknya, “ Wahai anakku, izinkanlah aku untuk ke medan perang. Aku sudah tua dan waktu-waktu yang aku ada untuk beramal makin suntuk. 
Izinkan aku untuk menggantikan tempatmu.”

Namun dengan yakinnya, si anak menolak permintaan ayahnya. Walau dia menyayangi ayahnya, namun syurga perlu direbut. Diri sendiri adalah priority. 
Tiada tolak ansur dalam urusan syurga.

Begitu jua lah dalam hidup kita, mungkin kita tidaklah sampai ketahap ke medan jihad tapi dalam urusan harian kita, kita perlu berebut dan berlumba-lumba untuk mengerjakan ibadah. Tiada istilah, ‘Kau sedekahlah, aku lain kali’. ‘ Kau pergilah masjid, aku tolong jaga rumah’. Dan bermacam situasi lagi. 

Duhai sahabat, bersama kita berlumba dalam beribadah pada Yang Satu. Kita mengajak yang lain untuk bersama dalam perlumbaan ini. Pasti diakhirnya adalah Syurga yang menanti. InsyaAllah.

0 kuman:):

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...