Officially Graduated Year 1 Nursing IIUM :D

Thursday, August 16, 2012
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, 15 Ogos 2012, kami satu group semua berjaya OSPE. Tak sempat nak update sebab sibuk bulan Ramadhan ;)

8 members of group 3. All pass :)

banyak suka duka bersama tapi alhamdulillah kami dapat mengharunginya hihi.

di kesempatan ini, saya ucapkan selamat menyambut penghujung Ramadhan, jangan biarkan ia berlalu sia-sia. Sangat rugi di akhirat kelak orang yang menjalani Ramadhan tapi tidak berkurang dosa dan maksiatnya.

Maksimumkan ibadah, tolak terus maksiat. 

Semoga Allah menerima taubat dan amalan kita di pintu syurga Arrayyan nanti ^^

Dan juga,

Selamat menyambut Aidil Fitri, amalkan sunnat-sunnat aidilfitri, jangan melampau batas.

#pesanan semua ni utk diri sendiri terutamanya.

Maaf zahir batin.

:)


Day 25: Respect your Patients.

Wednesday, July 25, 2012
Dugaan Ramadhan. Sebelum ni jarang sangat SN (staffnurse) atau Dr. buat hal dengan aku. Tapi minggu ni. ada je. Atau aku yang over-sensitive. Huhu. Hari ni mcm semalam, start mood yg x elok. Tapi nasib baik ada kawan yang selalu ingatkan.

"Bulan puasa ni, niat sedekah"

Terima kasih. Kebaikan itu memang perlu sentiasa diingatkan.

Respect, this is most people want but only few people can give to others. Kalau kita  tak boleh memberi, kenapa berharap untuk menerima? Dan kalau kita tak boleh hormat pesakit kita, apa gunanya kerja kita sebagai medium penyembuhan?

Oh please. Whatever, whoever YOU ARE, please DO respect your clients especially. Kalau tak respect Radicare, atau PPK, atau JM atau SN atau students, aku boleh tolerate lagi tapi kalau TAK RETI nak respect patients, then what use you be a doctor?

Sorry, aku tak tuju kepada SEMUA doktor, tapi anggap ini sebagai peringatan. Bukan   doktor je yang tak reti hormat pesakit, kadang-kadang SN pun. Dan kadang-kadang student sendiri pun *dush!*

Semua, semua antara kita kena reti dan tahu senstivity patients kita. Ada batas dan ada cara macam mana nak inform patients tentang penyakit dia, nak greet pun ada cara kan. Tak kisah bangsa agama apa pun, semua orang ada hak untuk dihormati.

Semalam patients aku kena perli dengan doktor pakar dan houseman. Taknak cerita panjang. My point is, aku harap ada doktor yang baca, just respect others. jangan rasa besar sangat setakat ada medical degree. Bukan besar sangat pun. Satu hari kita semua mati juga, time tu phd banyak mana pun tak guna kalau setiap hari dapat doa yang tak baik dari pesakit. Doa orang sakit ni mudah makbul tahu? tambah-tambah orang dizalimi.

Kita, health care provider ni berkhidmat utk pesakit. kalau hati pesakit tak reti nak jaga, harap nak tahu ubat apa nak bagi, dsb TAK GUNA.

Menghormati orang bukan perkara yang susah bagi orang yang rendah hati. Tak perlu tegur dan bertegur sapa pun tak pe, sekurang-kurangnya senyum dan bagi eye contact. Do what you expect from others and give the best to our clients. Allah gonna pay us all for that good deeds inshaAllah.

Ramadhan kali ini penuh bermakna. Terima kasih Allah.

Assalamualaikum.

Day 24: Dua Kematian. Kematianku Menghampiri.

Tuesday, July 24, 2012
Last office. Kematian hari ni 2. Astagfirullah. Dekatnya kematian dengan diri kita. Sepanjang hidup, Allah minta kita bersabar sekejap je. Beramal sekejap je. Untuk ganjaran yg selama-lamanya. Akhirat, tempat tuju yang terakhir.

Saat melihat jiwa-jiwa yang berjuang melawan maut, yg mana jika ia menjemput tiada siapa boleh menolak, betapa mereka sedang tersiksa. Sedangkan Nabi Muhammad yang maksum itu berkata 'Sakitnya sakaratulmaut ini', kita apatah lagi? yang bergelumang dengan dosa, rasa cinta terhadap dunia yg kadang-kadang melebihi cinta pada kehidupan abadi. Bagaimana sakitnya?

Diluar kelihatan tenang, tidak mengerang kesakitan. Jika adapun, sekejap sahaja. Mungkin saat itu mereka sedang bergelut menahan kesakitan. Meminta keampunan utk segala dosa. Mungkin. Atau mungkin jiwa-jiwa yang berdosa masih ingkar dengan pertemuan abadi. Masih menolak utk dihisabkan.

Kehidupan dunia hanya sementara. Begitu sekejap. 50 tahun dah mula ada penyakit, paling lama bertahan 80 tahun. Bertahan dengan ujian kesakitan yang membuak-buak, yang kadang-kadang terfikir, "mati lagi baik" tapi adakah kematian itu benar-benar menjadi "lagi baik" ?

Masa muda ni, sangat berharga, Sangat berharga. Saat ini lah kita sihat, kita kuat, kita berupaya buat bermacam benda. Dan saat muda inilah waktu yg terbaik utk BERIBADAH. Kenapa? Sebab nanti kita tua, kita tak dapatjamin kesihatan yang kita ada sekarang kita dapat lagi ke tak. Daya kekuatan kita takkan sama dengan saat muda sekarang. We cannot stop aging process. That is Sunnatullah. Dan masa kita, jika pada masa sekarang yakni masa muda kita masih tak sedar diri bakal menjadi MAYAT, masih bergelumat dengan dosa yang kononnya muda hanya sekali, enjoy!, itu takkan menjamin keseronokan yang sebenarnya kerana kita semua akan tua, saat itu mulai kita sesali waktu-waktu yang kita telah sia-siakan. SANGAT MENYESAL.

Dan lebih menyesal jika pada saat tua jua kita ingkar dengan Allah. Maka kita akan menjadi orang yang PALING MENYESAL di akhirat nanti. Sebagaimana Allah khabarkan dalam surah al-Maarij:

"Sedang mereka saling melihat. Pada hari itu, org yg berdosa ingin sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dengan anak-anaknya, isterinya dan saudaranya, dan keluarga yang melindunginya dan orang di bumi seluruhnya, kemudian dia mengharapkan (tebusan) itu dapat menyelamatkannya. 
Sama sekali tidak! Sungguh neraka itu api yang bergelojak, yang menggelupaskan kulit kepala, yang memanggil orang yang membelakangi dan orang yang berpaling (dari agama), dan orang yang mengumpulkan harta lalu menyimpannya." (70:11-18)

Betapa menyesalnya jika hari itu, kita termasuk dalam golongan sebegitu. Nauzubillah. Aku teramat menyeru diri ku yang lemah dan kerdil ini dan sahabat-sahabat, bertaqwalah kepada Allah (wahai Anis) dan hargailah masa yang Allah kurniakan ini. Singkat sangat waktu utk kita korbankan berbanding dengan balasan yang selama-lamanya, sama ada syurga atau neraka. Bersabarlah wahai pendamba SYURGA.

Bukanlah bermaksud kita menjadi orang yang pasif, tidak bergaul dengan orang kerana sibuk beramal. Rugilah orang yang berfikir sebegitu. Kerana Islam ini sangat masyuk dengan kita, khalifah muka bumi ini. Bergaul dengan manusia dengan baik, menggembirakan orang lain, mengejar ilmu pengetahuan dan mengajak orang lain kepada kebaikan inshaAllah.

Jom kita bentuk peribadi Mukmin yang akan memasukkan kita ke dalam golongan kanan di akhirat nanti. Supaya nanti kita tua, kita mampu tersenyum melihat masyarakat muda yang mendapat tarbiah, yang tidak rosak akhlaknya dan mempu tersenyum gembira kerana kita salah seorang penyumbang tamadun tarbiah mereka. InshaAllah.

" Adapun orang yang kitabnya diberikan di kanannya maka dia berkata, ''Ambillah, bacalah kitabku (ini). Sesungguhnya aku yakin bahawa (suatu saat) aku akan menerima perhitungan terhadap diriku''.
Maka dia berada dalam kehidupan yang diredhai, dalam SYURGA yang tinggi, buah-buahannya dekat, (kepada mereka dikatakan) "Makan dan minumlah dengan nikmat kerana amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang lalu.'' (Al-Haqqah 69:19-24)

Semakin hari semakin dekat dengan kematian. Beruntunglah mereka yang berjaya memperoleh kehidupan yang bermanfaah utknya di akhirat.

Salam muhasabah bakal jenazah sekalian.

Assalamualaikum.

p/s: Ramadhan kareem :)

Day 23: Medical Female Again.

Ward yang aku pernah masuk masa week tiga. Sekarang masuk week 6, masuk lagi. Next week pun 7C juga =.=

Pagi-pagi lagi dah kene bebel dengan sister ward. Here, soft skills is VERY important. Sister baik, ajar kitorang byk benda tapi bila first impression yang pagi-pagi buta dah tak elok, susah sikit nak get along kan =.="

Tapi sekejap je x de mood ^^. Aku borak dengan aunt yang sangat kuat. Dia suka cerita dan gaya longhat cina dia sangat comel ;) Lepas tu tak semena-mena mood aku okay balik. Terima kasih makcik! :D

Dan lagi hari ni is about DM.

Diabetes Mellitus is VERY SCARY! Even from my previous wards, I got too many DM patients. And it is not just simple case. You may get BLIND, AMPUTATE and all YUMMY MEALS, you cannot even dream about them.

Aku tanya aunt pasal gaya hidup dia masa muda (most patients DM jawapan sama je), dia makan:

1. Semua makanan makan, tak pantang,
2. Setiap hari minum air manis,
3. Tak senaman dengan alasan penat,
4. Tak tahu risiko makanan manis dan lebihan gula,
5. Kurang pengetahuan tentang penyakit.

Dan lain-lain.

DM is VERY DANGEROUS disease. Most Malaysians regardless races got DM at very young age about 30 years old. The reason is simple, food.

Peeps, take good care of what you take, the sugar, the salt, the calories and so on. When I look my patients so helpless so suffer for their diseases, Allah! I so inspired to take care my health. To stay healthy inshaAllah.

Saya juga manusia, susah nak buat. Tambahan waktu muda, semua makanan suka, semua nak baham tapi THINK before EAT. For our health. InshaAllah, may Allah ease all :)

Let's use this Ramadhan to reduce sugar intake and to avoid all 'poison' foods. Let's be a SERVANT who GRATEFUL of this HEALTH. Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

Day 22: Kematian

Friday, July 20, 2012
Masuk ward, wah! sikitnya orang. Banyak katil-katil kosong. Cubicle aku, 4 org je. Tapi sekejap je, dengan kepamtasan kilat, tiba2 ward tu penuh! Patient tukar cubicle la, patients discharged, patients admitted. Sibuk! Aku dan kawan2 ke hulu ke hilir, yela, nurse suruh buat tu buat ni. macam-macam. Tapi happy. Sebab ada kerja nak buat. tak sempat nak rasa bosan, dah pukul 2 dah :D

Masa tengah sibuk-sibuk tu (sempat je nak berborak, konon je busy kan), salah seoramg kawan aku datang,

"Patient semalam yang kite inject L.O"

Innalillah. At first aku tak percaya. Sebab pakcik tu tak sangka sangat. memang dia koma tapi tapi. aku terus pergi katil pakcik dan tengok anak dia menangis. Yes, he passed away. Innalillah wa inna ilaihiraajiun.

Aku dan seorang kawan dan satffnurse buatkan last office utk pakcik. First time. 

Siapkan barang2 nak sponging pakcik, kain nak balut, kain nak ikat, plastik utk buang segala wayar dan tube yang melekat kat badan pakcik dan paling penting surat kematian. 

Aku berpakaian lengkap, gown, mask, gloves. Ready nak mandikan pakcik dan buat apa yang patut. Sayu dlm hati. Inilah! inilah hakikat hidup. pada usia 70tahun, pakcik meninggal dunia. menemui alam yang kekal abadi. tapi kita belum tentu sampai ke umur itu. mungkin esok lusa kita tak tahu. dan betapa bersyukurnya Allah masih memanjangkan umur utk bertemu dgn RAMADHAN kali ini. Kita tak tahu ajal kita, bersyukur setiap hari dgn nikmat Allah berikan. setiap saat adalah tanda kasih sayang Allah supaya kita menyesali setiap dosa dan bertaubat hanya padaNya. Mungkin kematian pakcik sebagai teguran pada aku. Yang sokmo galok. yang sering lupa dan lalai, untuk menyambut Ramadhan kali ini, moga Allah permudahkan dan Dia meredhai kita semua.

Happy Ramadhan 1433H! 

*nak sangat dapat pergi masjidil haram dan masjidil nabawi sebelum menghadap Illahi buat selama-lamanya*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...