Assalamualaikum all :)
Long time no see right? Hehe. Aku memang lost connection bila dirumah. Ni pun online sebab aku teman kakak aku pergi c.c. 
Nothing much to say, aku cuma nak kongsi benda ni :
Ini antara perkara yang sangat jarang dilakukan. Walhal ia benda yang remeh dan  mudah. Sabda Nabi s.a.w : “Apabila kamu mendengar bunyi ayam jantan berkokok  maka mintalah kepada Allah akan kurniaanNya, ini kerana sesungguhnya ia melihat  malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi suara keldai, hendaklah kamu meminta  berlindung dengan Allah daripada syaitan kerana ia melihat syaitan”. [Sahih  al-Bukhari dan Muslim]. 
This is from my senior, Kak Farhan.
So much Sunnah Rasulullah yang kita jarang-jarang buat, padahal benda itu sangat senang dan simple. Kadang-kadang benda ni kita tak tahu pun kan.
Contoh, untuk cover kepala bila buang hajat. 
Berdehem selepas buang air kecil.
Aku tak sempat nak cari hadis tentang ni hehe. Korang cari and share dengan aku okay :)
Disebabkan aku tak sempat nak karang artikel sendiri jadi aku manfaatkan aku online hari ini dengan berkongsi dengan korang tentang peribadi Rasulullah. Dibandingkan dengan kita, memang jauh berbeza :(
Kita contohi dan ambil hikmah yang mana kita boleh. Sunnah hanya sunat tapi manfaat mengamalkannya amat besar dan pasti ia akan membantu kita di hari Hisab nanti.
 InsyaAllah :)
Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia  berkata:
"Bukankah kamu sekarang mewah dari  makan dan minum, apa sahaja  yang kamu mahu kamu mendapatkannya? Aku  pernah melihat Nabi kamu,  Muhammad saw hanya mendapat kurma yang buruk  sahaja untuk mengisi perutnya!"
Dalam riwayat  Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya bahawa:
"Pada suatu  ketika Umar ra.  menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia!  Maka dia  berkata, aku pernah melihat Rasulullah saw seharian menanggung  lapar,  kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya  pula  selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya."
Suatu riwayat  yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar  dari Abu Hurairah ra. dia berkata:
"Aku pernah datang kepada  Rasulullah  saw ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun  bertanya  kepadanya: 'Ya Rasulullah saw! Mengapa aku melihatmu  bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?' Jawab baginda: 'Aku lapar,  wahai Abu Hurairah!'  Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis  sedih melihatkan  keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku  menangis, lalu  berkata: 'Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana  beratnya  penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang  hidupnya  lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.'  (Kanzul Ummal 4:41)
Bukhari dan  Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah r.ha. dia berkata:
 "Demi Allah, hai anak saudaraku  (Urwah anak Asma, saudara perempuan  Aisyah), kami senantiasa memandang  kepada anak bulan, bulan demi bulan,  padahal di rumah-rumah Rasulullah  Saw tidak pernah berasap.' Berkata  Urwah ra: 'Wahai makcikku, jadi  apalah makanan kamu?' Jawab Aisyah r.ha:  'Kurma dan air sahaja,  melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah Saw dari kaum Ansar yang  membawakan buat kami makanan.  Dan memanglah kadang-kadang mereka  membawakan kami susu, maka kami  minum susu itu sebagai makanan'."  (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)
Tarmidzi  memberitakan dari Masruq, katanya:
"Aku pernah datang menziarahi  Aisyah  r.ha. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia  mengeluh:  'Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah  kenyang dan bila  aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya!'  Tanya Masruq: 'Mengapa  begitu, wahai Ummul Mukminin?!' Aisyah r.ha  menjawab: 'Aku teringat  keadaan di mana Rasulullah saw telah  meninggalkan dunia ini! Demi Allah,  tidak pernah baginda kenyang dari  roti, atau daging dua kali sehari'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)
Ibnu Majah dan  Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya:
"Sekali  peristiwa ada orang yang  membawa makanan panas kepada Rasulullah saw  maka beliau pun memakannya.  Selesai makan, beliau mengucapkan: 'Alhamdulillah! Inilah makanan panas  yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu'."  (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)
Tirmidzi  memberitakan daripada Abu Talhah ra. katanya:
"Sekali peristiwa kami  datang  mengadukan kelaparan kepada Rasulullah Saw lalu kami mengangkat  kain  kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka   Rasulullah saw pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perut  baginda terikat dua batu demi dua batu." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)
Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah r.ha. dia berkata:
"Bala yang pertama-tama sekali  berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi saw ialah kekenyangan  perut!  Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya,  lalu akan  lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!"  (At-Targhib  Wat-Tarhib 3:420).
Muhasabah untuk sama-sama kita renungkan.
Artikel iluvislam.com



1 kuman:):
:')
Post a Comment