Hari ni, hari Rabu. Masih di surgical male yang kadang-kadang sibuk, kadang-kadang lengang. ward yang takde bau urine dan stool :D Bukan xde patient pakai pampers tapi sikit sangat. Bila aku pergi ward orthopaedic male, berhadapan dgn ward 5C ni, Allah! semerbak. hoho
Hari ni jaga 2 cubicles. Kenal dengan patient Indon. Haha patient ni sangat aktif. asyik gelak je. ada je cerita dia. ke hulu ke hilir. dia buat surgery kat bahagian otak. kira under neurology. sebab nya, jatuh dalam lombong masa kerja. macam-macam. tapi alhamdulilla, sekarang dia dah okay. tunggu masa nak discharge dah.
Cerita sikit pasal Pak M ni, dia datang kerja Malaysia 3 tahun yg lepas. Masa tu dia baru kawin dengan isteri dia yang masih sangat muda iaitu 18 tahun, kira sekarang 21 tahun. Dapat anak sorang. masa anak dia 8 bulan, dia datang Malaysia bekerja. Dan selama tu juga la dia tak pernah balik Indon.
3 tahun dia tak tengok anak isteri family dia. Aku yang 2 bulan ni pun rasa mcm tak tentu hala dah bila tak balik rumah tapi dia? Kuatkan. Demi cari rezeki.
Kadang-kadang, mereka ni lebih menghargai kehidupan mereka. Kerja bersungguh. Demi nak sara hidup anak isteri. Kita patut bersyukur, hidup di Malaysia, negara penuh limpah Allah. Rezeki melimpah ruah. Tinggal kita jela nak hargai dan syukuri nikmat Allah itu atau nak kufurinya.
Pastu, aku tertengok luka pakcik ni. dia ada penyakit carbuncle. kalau korang google gambar dia, ayya! manyak ngeri. ni tengok sekejap dah, aku rasa pitam je (over haha!). Tapi agak ngeri la. Tapi time tak operate lagi ngeri sebab benda tu macam spider web melekat dekat belakang leher. (SERIAU!!!). dan setakat aku masuk ward 5 minggu, aku tak pernah lagi tengok dressing. Tengok luka2 ni.sebab still x berani. huhu.
Bersyukurlah dengan segala yang Allah bagi dalam keadaan elok ni. Even leher. Kadang2 tak perasan nikmat yang nampak kecil tapi sebenarnya sangat BESAR! Kalau Allah tarik leher cantik anda tu, macam mana? Susahkan. huhu. ALHAMDULILLAH.
Okay, thats all.
Assalamualaikum :)
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
0 kuman:):
Post a Comment