Alhamdulillah, dah masuk hari ke 13. Masih di wad yang sama. Dan hari ni aku jaga wad yang paling sihat. Semua patients sihat external nye. Tunggu nak discharge je. Dan aku amek kes study pagi tadi. seorang adik yang comel. Sakitnya nama SLE. Sekali lagi aku tak tahu ape benda penyakit ni sebab year 1 tak belajar lagi pasal diseases ni. Yang kitorang belajar disease yang common tu pun tak mendalam sangat.
Adik manis, 15 tahun dari kecil lagi menjadi yatim sebab mak adik meninggal selepas allergic dengan seafood (sebab ambil after surgery). Mati yg boleh dikatakan mengejut. Dan ayahnya meninggal kerana sakit jantung. Bila dengar cerita adik, Ya Allah. Beruntungnya aku. Masih dikurniakan ma ayah. walaupun abah tak sihat sangat tapi alhamdulillah sangat-sangat.
Mungkin ini teguran Allah kepada aku. Subhanallah. Allah sangat penyantun. Cara teguranNya berhikmah dan meresap. Semalam aku kononnya terasa hati la dengan ma aku huhu (ngeng kan?) aku memang sensitif sikit, even dengan ma. tapi tak cakap apa pun kat ma, cuma terasa hati je. tapi bila Allah bagi dengar cerita adik yang baru 15 tahun tapi mak ayah dah takde. malah tak sempat tengok pun mak dia. aku ini tergolong dalam golongan yang SANGAT beruntung.
Allah memberi peluang utk berbakti pada ibu ayah. Malah Rasulullah pernah bersabda, RUGILAH orang yang ada kedua ibu bapa tak tak dapat KE SYURGA. Dalam erti kata lain, tak gunakan ibubapa sebagai tiket ke syurga.
AYUH! Appreciate our BELOVED parents. No matter they still alive or not, OUR DUA will always there for them ;)
#hari ni kena marah dengan MO. First time, tapi masih senyum. I don't care if you scold me, I will keep my smile for all
ALLAH, Make me stronger and stronger every single day. ^^
Assalamualaikum.
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
0 kuman:):
Post a Comment