Minggu ni, minggu ke 4 posting di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. Minggu ni di ward Gynaecology 2C. Ward sakit puan. semua kaitan dengan ovari dan peranakan ke apa masuk situ. tapi bukan ward post natal, so xde sangat la babies. semalam (isnin 9.7.12) hari first masuk. ada 2 orang babies. memang first aku masuk mata dah terpaku kat seorang baby ni. kecik sangat. disebabkan kerja yg sangat tak banyak kat ward tu, aku pergi kat baby kecik tu. rupanya baru 2 hari. comel sangat. tengok baby tu je senyuman automatik terukir ^________________^
Pastu tiba-tiba je dia merengek.merah muka menangis. aw aw cute nye! kalau baby menangis ni biasa lampin basah kan. dan pertama kali aku salinkan pampers baby! waaa nak baby! nak baby! nak baby!!!
Comel sangat baby tu!
Tapi sayangnya baby tu dah discharge,kejap jela dapat menumpang kasih baby comel tu. ha, dan satu yg buat aku jealous, mak dia baru 20 tahun! grrr! mana aci, aku 21 calon pun takda hewhew~
Lepas berbuka puasa kat pantri, aku sempat berborak dengan PPK, dia bercerita pula tentang kerjaya nurse dan polygamy. dipendekkan, ramai nurses yang dimadukan atu suami berlaku curang sebab ambil kesempatan kat isteri yang selalu kerja shif malam. banyak akak tu cerita, dan masa dia cerita tu rasa sangat perit! semoga Allah jauhkan. *mcm tak nak kawin pulak*
p/s: dear future husband, please be understanding my job. As you promise you'll love me, please promise me to not hurt me with those things. Before you decide something, please consider Allah first ^^
Lepas solat bagai, ada seorang patient yang baru admit, dia miscarriage. dan doktor bukak dia punya vagina dengan speculum. kawan aku suruh aku tengok tapi aku pandang sesaat je. Ya Allah!!! sakitnya. bukak luas macam tu, korek lagi. aduh ngilu rasa. tapi akak tu cakap xde la sakit mana. yang memandang rasa amat sakit! dan akak tu ada bleeding yg sangat banyak. Kesian sangat huhu. Nampak mulut akak tu berkumat kamit berselawat mungkin.
Allah, macam-macam perempuan perlu hadapi. Mungkin sebab tu senang je perempuan nak masuk syurga. tapi boleh jadi senang ke neraka juga :(
Semoga Allah kuatkan aku untuk menjadi perempuan yang baik akhlaknya :)
Sekian, assalamualaikum
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
0 kuman:):
Post a Comment