Day 12: Minggu ni Myanmar pula.

Wednesday, July 4, 2012
Ini betul-betul punya hari. Sebab 3 hari yang lepas tak sempat nak update. Dan aku update ni sebab dah tekad nak update first year posting ni. Tak kisah ada orang baca tak, cukuplah untuk peringatan diri sendiri. apa yang baik, boleh kutip sekali ;)

hari ni dapat ward sub acute. busy la sikit. dah belajar buat dextrostick (dxt: ujian glucose dalam darah), orang lain dah belajar lama dah tapi aku baru nak buat hehe. takpela everyone has their own learning process kan? ;)

Hari ni ada patient yang kena monitor vital signs hourly, ambil dxt hourly dan mandikan patient. pagi tak sempat nak observe vital signs semua patients sebab sibuk mandikan patient sorang ni. She is Mrs Myanmar.

Kakak ni, asal dari Myanmar tapi dah lama menetap di Malaysia. Family dia pun ramai kat sini. Dah kawin anak 4. Dia ada penyakit recurrent CerebroVascular Accident (CVA). Oh, aku pun tak tahu sangat pathology nye tapi stroke la. Berkaitan dengan brain. Mcm mana dapat stroke, bila blood supply tak cukup ke otak. nutrients dan oxygen pun kurang. bila otak tak dapat bekalan yang cukup, jemla.kecederaan dan damage kat otak boleh menyebabkan cell di otak mati dan tak dapat berfungsi dengan baik. kerosakan ni boleh berpunca dari blockage or rupture of blood vessels.

kakak ni ada heart problem dan hypertension. secara klinikalnya, memang peluang dapat stroke sangat besar. sebab mungkin tak dirawat dari awal, sebab suami kakak bagitahu dia tak nak makan ubat kalau tak rasa sakit. Jadi, siapa yang sakit, jangan benci makan ubat ye. Itu ikhtiar kita nak sembuh. Allah pun sukakan mukmin yang kuat kan?

Kakak ni, bila saudara2 dia datang, dia menangis. bergenang air mata dan tadi sampai keluar bunyi. mungkin sedih dengan keadaan dia. menurut suami kakak, dia pun sama kes dengan makcik yang dapat blindness. Bangun tidur, tak boleh nak jalan terus dan jugak tak boleh cakap. keluar suara tapi langsung takde word yang boleh keluar dari mulut dia.

Macam-macam Allah uji, semuanya tanda kasih sayang Dia terhadap hamba-hambaNya. Minta kita semua jauh dari penyakit dan semoga kita terus jadi hamba yang bersyukur.

Ini je kan ayat aku, huhu. sebab makin ramai tengok patients, dengan pelbagai penyakit, makin hati ini menuntut untuk rasa bersyukur. dan takut dengan takdir Tuhan krn tiada siapa pun boleh melawan jika Dia katakan YA.

Allah, jagalah kami. Kekalkan kami dengan nikmat kesihatan dan yang paling besar nikmat iman dan islam ini. InshaAllah.

Assalamualaikum.

0 kuman:):

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...