Hari last di ward Orthopedic Male 5B, macam takde kerja je. Aku dengan partner merewang tak tentu hala. Nak tunggu buat vital sign lambat lagi. Payah jugak, ada kerja rasa penat, takde kerja rasa bosan. Dan aku prefer penat.
Disebabkan takde kerja sangat kat cubicle aku, aku pergi cubicle kawan aku. jumpa lagi dengan Pak H. Aku tengah tengok patient sebelah dia pastu dia panggil. Minta tolong ambilkan nasi.
Pak H mengalami accident. Kesannya spinal cord rosak, dan faham2 la kalau spinal cord rosak mcm mana. Lumpuh separuh badan (lower limb). Dengan usianya yang baru 30an, tinggal di negara orang, takde family langsung kat Malaysia, agak menyedihkan.
Bila aku tanya tentang keadaan dia. Dia hanya mengukir senyuman. Kekuatan dia membuatkan aku sebak. Subhanallah. Kuatnya lelaki yang kelihatan biasa-biasa sahaja ini. Dia redha dengan ketentuan Allah. Setiap kali aku tanya kabar dia, dia tersenyum dan boleh bergurau lagi. Seolah-olah tiada apa berlaku. Ya Allah, dari mana dia dapat kekuatan itu.
Dan betapa iman itu sangat berharga. Tak kira apa pangkat dan harta sebanyak mana yang kita ada andai iman dan ketaqwaan kita kepada Allah itu tiada, macam mana kita mampu redha dengan ketentuan Dia? Sedangkan hanya Allah pengatur yang terbaik.
Bila sesi bye-bye kat patients, aku x sempat jumpa Pak H. Dalam hati, mendoakan dia terus cekal dan dapat pulang Indonesia secepat mungkin. Secekal hatinya, begitu juga aku yang perlu terus kuat untuk memikul tanggungjawab merawat mental fizikal pesakit InshaAllah.
Semoga Allah membalas segala amal baik dengan ganjaran syurgaNya nanti. Dan pesakit-pesakit yang terus berjuang melawan penyakit semoga diberi kesihatan dan kesejahteraan iman.
Mereka mungkin lagi baik dari kita, lantaran itu mereka diuji dengan ujian yang begitu. Bersyukur dengan nikmah Allah, ;)
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
0 kuman:):
Post a Comment