Hidup Tanpa Tangisan

Saturday, March 2, 2013
Kalau segalanya mudah, bukan hidup namanya. 
Kalau tiada tangisan, bukan hidup namanya.

Kerana kita bukan hidup disini untuk selamanya. Setiap yang berlaku, tangisan, kecewa, keinginan, kehancuran, ketidakcukupan, semuanya akan berakhir. Dan tidaklah Allah jadikan ia semata mata untuk melihat air mata kita. Tapi untuk melihat kita lebih rindu padaNya. 

Wahai hati, sedarlah bahawa Allah sangat merindukan air mata kerinduanmu padaNya.
Dan Dia, Allah, tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat.

Rasailah kewujudanNya tika hati ini sujud merendahkan diri sebagai hamba kepada Tuhan Yang Agung.




Seharum Aroma Kasturi

Sunday, February 17, 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

"Demi zat yang jiwaku ada pada tanganNya, sungguh bau mulut orang puasa itu lebih harum bagi Allah daripada aroma kasturi. Orang puasa itu meninggalkan makanannya, minumannya, dan syahwatnya demi Aku. Puasa itu untuk Aku dan Aku yang membalasnya"

[Sohih Bukhari]

"Seorang hamba tidak berpuasa satu hari pada jalan Allah kecuali pasti Allah akan jauhkan wajahnya (kerana puasanya itu) daripada neraka selama 70 musim gugur."

[Sohih Muslim]

Banyak kesempatan dan peluang untuk kita berpuasa, terutamanya bagi pelajar. Sayang kalau kita sia siakan peluang dan waktu sihat kita, hanya kerana tak dapat menahan nafsu makan. Kalau nak dibandingkan dengan puasa Rasulullah dan sahabat dahulu, yang hidup di padang pasir yang panas, dan kerja dakwah mereka yang lagi busy dan penat, jika dibandingkan dengan keadaan kita sekarang, pasti kita tak punya alasan untuk meninggalkan sunnah Rasulullah ini. 

Konklusinya, puasa adalah didikan untuk jiwa kita, dan pahalanya Inshaa Allah akan membantu kita sewaktu hari yang tidak ada bantuan selain bantuanNya. Semoga kita semua konsisten dengan puasa puasa sunat, terutamanya Isnin dan Khamis, dan mendapat lebih dari apa yang dijanjikan Allah s.w.t.

Semoga Allah redha dan rahmati.

Terpaksa tapi Tenang.

Saturday, December 29, 2012

Assalamualaikum! Hi adik kakak comel :)

Saya, semalam hari Jumaat tanggal 28 hb 12, 2012 ke Masjid IIUM K. Alhamdulillah, for the first time, saya SOLAT JUMAAT. Hehe. Sangat tenang.

Sebelum azan dilaungkan, semua bersedia. Ada yang solat sunat, ada yang tadabbur al Quran, ada yang baring merehatkan diri dan ada juga yang sibuk dengan laptopnya. Tapi semuanya mencurah curah mendapat rahmat Allah, Insha Allah. 

Kerana berada di rumahNya, dengan niat iktikaf Allah akan mencurahkan rahmat pahalaNya.

Sangat tenang.

Tiba untuk rukun pertama Solat Jumaat, Khutbah. Simple and nice. Didengarkan ayat ayat Allah, di pujuk dengan syurgaNya, di basuh hati dengan peringatan yang nyata. Tenang.

Saat dua rakaat solat ditunaikan. 
Alhamdulillah. Berjaya tunaikan solat Jumaat ^^

Kerana Kita Istimewa

Friday, December 21, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.r.t :)



Alhamdulillah, hari ini masih hidup, masih diberi pinjam oxygen oleh pencinta yang Maha Baik. Alhamdulillah juga, aku berjaya mencoret di laman yang berbulan bulan ditinggalkan tersadai. *hoho*


Alhamdulillah


Alhamdulillah juga, (banyak alhamdulillah ye) semalam Allah masih lapangkan dada dan hati untuk menjejak kaki ke sebuah taman syurga dunia, usrah :) Aku percaya (sangat percaya) orang yang berada dalam bulatan syurga dunia itu pasti merasakan kemanisannya. 

Tambahan jika keberadaan itu kerana Allah, pasti sangat manis bukan? :) Malah, kita lakukakan apa sahaja jika kerana Allah, semua terasa manis. 

Tapi...

Masalah kita sekarang, belum melakukan (sebarang bentuk kebaikan) tapi sudah berkonklusi macam macam. Hingga tanpa kita sedar, kita sering melarikan diri daripada hidayah dan taufiq yang selalu terinjut injut mengejar.

Sangat rugi bukan? 

Bila di akhirat nanti, saat perhitungan Allah tiba, kita pasti akan menjadi orang yang paling rugi dan paling menyesal sedangkan pada hari itu tiada lagi berguna segala penyesalan dan air mata.



Teringat ayat yang ditadabbur semalam, 



".. orang yang akan memasuki api yang sangat besar (neraka), kemudian tiada pula dia mati dan tidak pula dia hidup." 
(Al A'la 87: 12-13)



Jika kita menghadapi ujian, atau perasaan payah atau sedih dan sebagainya, kita yakin semua itu akan berlalu bukan? 
pasti segala kedukaan itu berlalu kerana kita tahu di dunia ini ada pasang surutnya. Lepas hujan, pelangi akan muncul. 

Tapi, Allah sifatkan di neraka, penderitaan dan seksaan itu tiada berakhir. Tiada hidup dan tiada mati, tapi seksaan yang akan berulang ulang dan tiada pengakhiran. Bayangkan. 



Sangat sakit. Sangat menggerunkan. 



Namun, disaat kita mengetahui kebenaran itu. Kita tahu, hakikat itu pasti akan terjadi. Dan kita akui, kehidupan kita di dunia bukan selamanya.



"Dan bagi setiap umat itu pasti ada ajal. Maka apabila datangnya ajal itu, tidak akan dilewatkan dan diawalkan walau sesaat." 
(Al A'raf 7:34)



Dan kita tahu, segala amal, segala kejahatan dan kebodohan kita melakukakan perkara yang dilarang oleh yang Maha Agung, 
kita tahu segala maksiat dan zina yang kita lakukan,
kita tahu segala niat buruk dan jijik kita, 
segala nafsu amarah dan lawwamah kita, 
segala kemalasan dan dalih kita dalam melaksanakan amanah dari yang Maha Kuasa, ..
pasti pasti dan pasti akan dihisab. 
Akan dihitung dan akan di beri pembalasan. 

pada hari itu, segala kecantikan yang dibanggakan didunia, segala harta yang melambak, mak ayah suami isteri bukan lagi boleh jadi penolong selain amal. Amal. Itu sahaja yang boleh menolong kita untuk melepaskan diri dari nerakaNya.



"..Maka dia akan berteriak 'Calakalah aku!' Dan dia akan dimasukkan kedalam api yang menyala nyala (neraka)." 
(Al Insyiqaq 84:11,12) 



"..Maka sampaikanlah kepada mereka azab yang pedih, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat pahala yang tidak putus putus." 
(Al Insyiqaq 84:24,25)


Allah... 


Tapi aku ini, masih suka. Suka, bergembira dengan segala keseronokan dunia yang semakin ditegok, semakin dahaga. Yang tidak akan ada kepuasan. Betapa bodoh dan  hinanya manusia :(



"Sedangkan kamu memilih kehidupan dunia. padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal." 
(Al A'la 87:16,17)



:(



Di akhirat kelak, terdapat sekelompok manusia yang bersuka ria, gembira tertawa sana sini, sangat beruntung golongan itu. Dibelek belek kitab peninggalan agung ini, banyak berlambak ayat ayat yang memujuk kita. 

Ya.

Allah memujuk kita, supaya tidak lalai. Supaya sedar bahawa kamu manusia tidak selama lamanya di dunia. Dan bahawa penderitaan kamu kelak, pengorbanan kamu ini pasti akan dibalas dengan nikmat yang berganda ganda. 

Subhanallah..

"Sesungguhnya orang orang yang berbakti benar benar berada dalam syurga yang penuh kenikmatan. Mereka duduk di atas dipan dipan melepaskan pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka, kesenangan hidup yang penuh kenikmatan." 
(Al Muthaffifin 83:22,23,24)



"Sungguh, orang orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, mereka akan mendapat syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai, itulah kemenangan yang agung." 
(Al Buruj 85:11)





Wahai hati hati yang dipilih masuk kedalam rahmat Allah, 
hati hati yang dipilih menerima hidayah petunjuknya, 
hati hati yang dirindui oleh Rabbnya, 
waktu kita semakin dekat. 
Waktu berjumpa denganNya semakin dekat. 

Alangkah malunya diri disaat perjumpaan yang sepatutnya menjadi perjumpaan yang paling menggembirakan kita kotori dengan dosa dosa kita. Alangkah malunya diri ini di saat menghadap Rabb, diri dipenuhi dengan dosa. 



Kita, manusia yang sangat istimewa.

Kita, disebalik berjuta juta manusia kita yang terpilih untuk berada dalam jalan Islam ini. 

Jom! Kita menghargai keistimewaan ini. 
JOM! Kita gesa diri kita untuk menjadi hamba yang mengabdi diri sepenuhnya kepada Tuhan yang Maha Tinggi. 
JOM! Langkahkan kaki kita, menuju perubahan. 
Sebuah perubahan yang memungkinkan dan mampastikan kita, bahawa SYURGA itu milik kita. 



*Allahumma solli ala Muhammad*

Wahai Nabiku Muhammad, kami harapkan shafaatmu disana :(

*Belek belek Kitab peninggalan, tersedak. Terheret. Untuk menjadi hamba yang berkelakuan seperti hamba*

Seruan terhadap diri sendiri dan sahabat yang membaca, JOM KITA JADI HAMBA YANG BERSIFAT HAMBA! :)

Wassalam.




Kematian, telalu dekat.

Sunday, November 4, 2012
Assalamualaikum.

4 November, 

Kematian. Begitu dekat dengan kita. Saat kematian, tiada siapa yang mengetahui bila saat itu akan datang namun semua orang tahu tentang hakikat itu. Sebagai mana nenek moyang, atau mungkin ayah emak kita, yang sudah pergi. Kita juga, yang hidup bersuka ria sekarang, yang masih terlalu asyik dengan bersenang lenang di atas katil menonton movie, melayan cerita-cerita Korea, atau mungkin anime-anime Jepun. Atau mungkin yang sedang berseronok keluar bersama-sama teman. Atau mungkin yang sedang hanyut tenggelam dengan nikmat cinta sang kekasihnya. Atau sesiapa sahaja dan apa jenis perbuatan yang sedang dilakukan, kita semua akan MATI. 

Mungkin, sekejap lagi, aku yang sedang menulis ini akan ditarik nyawa, atau mungkin kalian yang sedang membaca akan menemui si Izrail. Kita tidak tahu.

Dan oleh kerana kita tidak tahu tentang hakikat si KEMATIAN inilah, kita perlu bersedia. 

Persediaan menghadapi kematian. Persediaan mendiami kubur. Persediaan untuk tinggal di kubur seorang diri. 

Kerana persediaan ini bukan perkara yang senang, kita harus berani untuk berubah dan berkorban. Kerana itu jugalah kita tersangat memerlukan medium perubahan. Kerana itu jugalah kita tersangat perlu mencari SUASANA, TEMAN-TEMAN dan MAJLIS ILMU yang membantu proses persediaan kita.

Janganlah kerana kecintaan kita kepada zon selesa ini, membuat kita menjadi orang yang paling menyesal di negeri abadi sana. 

" Dan pada hari itu diperlihatkan neraka jahannam; pada hari itu sedarlah manusia. Tetapi tidak berguna lagi sesalannya." (AlFajr 89:23)

Bergeraklah wahai hati hati yang merindukan Tuhan. Usah kerana sedikit dugaan yang diuji, kita terus jatuh dan berputus asa. Bergeraklah ke arah kebaikan. Jika tidak temui kebaikan di tempat kita berada, bergeraklah ke tempat lain. Berhenti memberi alasan, kerana alasan itu kelak hanya akan diludah kembali ke muka kita. 


Jom! Kita sertai gerabak tarbiah ke arah pembaikan diri dan ummat. Jom! Kita tinggalkan sejenak kesenangan yang sementara ini, kerana kesenganan abadi sedang menunggu di sana. 

" Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai sungai; mereka kekal didalamnya selamanya. Allah redha ke atasnya dan mereka pun redha kepadaNya. Yang demikian itu balasan bagi orang orang yang takut kepada Tuhannya." (AlBayyinah 98:8)

Have a nice day peeps :) Jaga IMAN. Itulah aset kita paling berharga ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...