Terpaksa tapi Tenang.

Saturday, December 29, 2012

Assalamualaikum! Hi adik kakak comel :)

Saya, semalam hari Jumaat tanggal 28 hb 12, 2012 ke Masjid IIUM K. Alhamdulillah, for the first time, saya SOLAT JUMAAT. Hehe. Sangat tenang.

Sebelum azan dilaungkan, semua bersedia. Ada yang solat sunat, ada yang tadabbur al Quran, ada yang baring merehatkan diri dan ada juga yang sibuk dengan laptopnya. Tapi semuanya mencurah curah mendapat rahmat Allah, Insha Allah. 

Kerana berada di rumahNya, dengan niat iktikaf Allah akan mencurahkan rahmat pahalaNya.

Sangat tenang.

Tiba untuk rukun pertama Solat Jumaat, Khutbah. Simple and nice. Didengarkan ayat ayat Allah, di pujuk dengan syurgaNya, di basuh hati dengan peringatan yang nyata. Tenang.

Saat dua rakaat solat ditunaikan. 
Alhamdulillah. Berjaya tunaikan solat Jumaat ^^



Wahai orang orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka segeralah mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. 
(al Jumuah 62: 9)

Kenapa lelaki diwajibkan untuk solat Jumaat?

Bagi saya,.

Pertama, untuk melatih para pemimpin umat ini, nilai disiplin dalam diri sangat penting. Hanya orang yang berdisiplin akan Berjaya. Bukan? Dan orang yang bermalas malasan untuk menunaikan kewajipannya, tambahan pula tugasan itu datang dari pihak paling atas, mana mungkin dia itu mampu menjadi tonggak ummah.

Kedua, khutbah. Satu rukun solat jumaat. Betapa pentingnya khutbah sehingga boleh disamakan dengan dua rakaat solat wajib. Dan betapa pentingnya peringatan untuk kita semua dan betapa Allah menyayangi dan mengasihi kaum lelaki ini, Dia mengkhususkan dan mewajibkan solat Jumaat yang dimana didalamnya ada ketenangan dan penuh dengan peringatan.

:)


Ketiga, ukhuwah. Bukankah ukhuwah itu tunjang perhubungan? Dan bukankah kepimpinan itu didasari dengan perhubungan? Subhanallah, sangat hebat. Apabila semua lelaki turun padang pada hari itu, saat itu jugalah pintu rahmat untuk ukhuwah di buka. Salam sebelah kanan, senyum. Salam sebelah kiri, senyum. Nak ambil selipar, tengok pak cik nak turun tangga, bergesa gesa menolong, senyum. Dan banyak lagi, yang akhirnya membuat banyak ukhuwah terjalin walau tanpa kita sedari. Senyum senyum!

Dan banyak lagi hikmah dan kebaikan solat Jumaat ini. Terutama bagi yang diwajibkan. Dan yakinlah, Allah tidak syariatkan segalanya dengan sia sia. Kan?

Okay, hari ni hari sabtu. Selamat bercuti!


0 kuman:):

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...