The Wedding on The Funeral

Friday, January 27, 2012
Assalamualaikum.

Semalam sepupu aku kahwin, pada hari lahir dia. Dan ditakdirkan Allah nenek dia yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya nazak dan meninggal dunia.



Dan alangkah Allah itu Maha Adil dan Penyayang, Dia tidak menilai seseorang dengan pencapaian, tetapi usaha untuk berjaya. Aku bukanlah orang yang hebat. Amal pada Allah, khidmatku pada orang lain tidak dapat dikira (teramat sedikit) tapi biarlah ada peningkatan usaha untuk menjadi yang terbaik dari hari ke hari.



Bila dipuji, janganlah riak. Namun ucapkanlah Alhamdulillah, segala kecantikan kebaikan disandarkan pada Allah.

Bila dihina, janganlah membenci. Namun ucapkanlah Astagfirullah, segala keaiban dan keburukan tidak lain kerana kelemahan dan kehinaan diri kita sendiri.

Setiap hari kita berpeluang untuk membaiki diri sendiri walau dengan mengucapkan Alhamdulillah dan Astagfirullah. Setiap perkara adalah ujian pada kita tidak kira ia adalah rahmat atau musibah. Semuanya adalah peluang untuk kita mendekatkan diri pada Allah.

Alhamdulillah atas setiap perkara. Ayuh kita bersyukur dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik disisi pandangan Allah. :)

#hari Jumaat hari raya mingguan kita. Boleh pakai baju cantik, banyakkan selawat dan baca surah alkahfi#

1 kuman:):

Bulan Syurga Firdausi at: February 4, 2012 at 8:39 PM said...

assalamualaikum..alhamdulillah..sepupu sy pun selamat diijab kabul mase hari lahir die minggu lps..innalillah & tkziah ttg nenek die..singgah iarah cni, smga Allah terus rahmati..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...