Si Raja Bernama Hati

Saturday, October 15, 2011
Hati berkait rapat dengan perbuatan, percakapan dan ketenangan diri. Bila hati kita baik, maka eloklah segalanya. Dalam kehidupan seharian kita, kita tak dapat mengelak dari melakukan maksiat. Melakukan dosa. Dosa-dosa inilah yang boleh membuatkan hati kita keras, hitam dan kotor. Bila begini, ketenangan dan kedamaian dalam diri akan mula hilang.

Bagaimana cara untuk membersihkan hati? (menurut Imam Syafie)

1.Pergilah ke majlis Ilmu.
Majlis ilmu adalah satu platform yang terbaik untuk kita menambah ilmu dan memuhasabah diri kita kembali. Tak dapat dinafikan usrah adalah salah satu majlis ilmu yang terbaik. Maka, sertailah usrah untuk menjaga hati anda.

2.Mengingati Mati.
Mati itu pasti. Sama ada kita mahu atau tidak. Sama ada kita sedar atau tidak. Hari ke hari, kematian itu mendekati kita. Tiada manusia yang kekal selamanya di dunia ini. Semua pasti akan menemui Tuhannya. Orang yang banyak mengingati mati akan berfikir lebih dari sejuta kali sebelum berbuat kejahatan. Kerana setiap amalan kita akan dihisab saat pertemuan dengan yang Agung.

3.Membaca al-Quran.
Quran adalah risalah yang terhebat. Baca lah ayat-ayat cinta dari Allah, teguran dan nasihat. Nescaya hati kita akan terusik. Baca al-Quran bermaksud baca dengan kefahaman. Bukan tanpa memahami maksudnya. Jika anda masih belum memiliki tafsirnya, belilah satu. Percaya, pasti ada manfaatnya.

Jika semua cara ini tetap membuatkan hati kita keras, maka mintalah kepada Allah hati yang baru kerana yang lama itu sudah berkarat menunggu reput. 

Tapi aku percaya, jika kita amalkan proses pembersihan hati ini, kita tak perlu hati yang baru kerana hati sekarang ini akan beersih memutih dan menjadi Raja yang adil pada diri sendiri dan orang lain. InsyaAllah :)

3 kuman:):

aiEz at: October 15, 2011 at 11:37 PM said...

hati yang bersih terasa tenang dalam diri...mencari kedamaian dan ketenangan yang hakiki...moga hati ini takkan pernah lari mengejar cinta illahi...

shameel at: October 17, 2011 at 1:28 AM said...

Terima kasih ats info yg bermanfaat. moga2 dpt muhasabah diri.

ghost at: October 17, 2011 at 5:14 AM said...

everytime i die..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...