Assalamualaikum :)
Kita boleh decide siapa yang kita mahu suka.
Kita boleh decide bagaimana kita mahu mencinta.
Kita boleh decide bagaimana kita mahu dicintai.
Tapi kita tak leh decide siapa jodoh kita.
Bagaimana kita mahu jalan percintaan kita berjalan,
atas dasar apa kita mahu bercinta,
landasan apa kita pilih untuk bercinta,
Itu yang boleh kita decide.
Berhati-hati dengan lelaki,
Kerana antara kita dengan dia punya daya yang menarik.
Jangan terlalu rapat dengan lelaki kerana kita mungkin
terjerat dengan cinta tidak bertepuk.
Jangan terlalu berharap dengan lelaki kerana kita mungkin bukan pilihannya.
Jangan terlalu mencinta lelaki kerana dia bukan cinta sejati kita.
Bercintalah dengan Allah Tuhan segala makhluk.
Kerana hanya dengan cintaNya kita akan rasa tenang.
Jauhkan diri dari berputus asa dalam percintaan dengan Rabbul 'Izzati,
Kerana memang cintaNya bukan calang-calang.
Hanya mereka yang punya keazaman dan kecintaan yang tinggi padaNya yang akan terpilih menjadi kekasihNya.
Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang kuat melawan hawa nafsu dan termasuk dalam golongan terpilih untuk bercinta dengan Tuhan sekalian alam.
Selamat Bercinta :)
2 kuman:):
i like 1000X.. heee
cari cinta Allah dalam sepuluh malam terakhir ramadhan...
Post a Comment