Cara Kempiskan Perut Buncit

Thursday, May 3, 2012

Assalamualaikum..

Setiap hari makan up to 9 pm. Makan, tidur, senaman sangat kurang dek jadual yang sangat penuh. Perut kadang-kadang bersusun macam orang beranak 6. But still don't worry. We always have the solutions for girls yang ada tummy macam saya ni =.=

Here we go:


1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Kesahihannya, anda cubalah sendiri. 

BERSIH 3.0 : MISI MENEGAK KEADILAN

Friday, April 27, 2012
Tanggungjawab untuk hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib bagi seluruh rakyat di negara ini, khususnya bagi kita yang cintakan keadilan. Semua rakyat sewajarnya dapat hadir pada program Bersih 3.0 dengan untuk “Duduk dan Bantah” terhadap proses pilihan raya di Malaysia hari ini. Ia merupakan misi untuk menegakkan keadilan dalam negara ini.
Ini memandangkan ketidakadilan amat berleluasa dalam proses pilihan raya hari ini.  Ketidakadilan merupakaan suatu ciri kezaliman. Maka mana-mana pihak yang cenderung terhadap kezaliman adalah dikutuk oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT:


“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak? Iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihak-Mu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihak-Mu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh).”
(Surah An-Nisaa’ 4:75)
Justeru kehadiran bersama Berish 3.0 adalah sebahagian daripada ikhtiar kita bersama-sama dengan pihak yang memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat. Oleh kerana itu, mana-mana pihak yang melakukan perkara kezaliman –– tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang.
Tuntutan Bersih 2.0
Dalam lapan tuntutan Bersih 2.0 lepas, satu tuntutan ialah supaya dibuat senarai pemilih yang bersih. Ia berpunca daripada senarai pemilih yang adalah diragui, tidak bersih, serta didakwa ada pengundi hantu. Ia jelas perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam. Apakah pilihan raya akan adil sedangkan senarai pemilihnya kotor?
Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang dan mentadbir negara, kemudian melakukan sebagaimana Barisan Nasional buat sekarang, termasuk guna pengundi hantu untuk kekal berkuasa dan mentadbir negara; tentu saja Umno tidak mahu.
Kita yakin mereka –– Barisan Nasional –– tidak boleh terima. Soalnya, kenapa sampai sanggup adakan pengundi hantu, hingga sanggup pula bawa masuk rakyat asing dari luar negara yang mereka itu tidak ada kena mengena dengan kita. Jelas ia satu taktik semata-mata untuk mengekalkan kemenangan.
Peringatan Allah
Sebab itu atas setiap perbuatan mungkar pasti akan berdosa besar. Apakah pihak pemimpin Barisan Nasional atau pihak-pihak yang bersubhat dengannya tidak merasai berdosa bila pertahan benda yang mungkar dalam pilihan raya hari ini?
Peringatan Allah dengan firman-Nya:
“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.” (Surah Al-Anfaal 8:25)
Jika dihayati daripada kesan firman Allah ini, natijahnya semua pihak yang menggunakan kaedah yang zalim, di sisi Allah akan menerima dosa dan atas setiap dosa pasti diazab oleh Allah (melainkan mendapat keampunan-Nya).
Justeru jika kita menang atas peraturan yang mungkar (mengguna pengundi hantu, peraturan zalim), maka segala elaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakil rakyat, gaji, kereta dan semuanya adalah haram serta tidak sah di sisi Islam. Perkara ini bukan perkara main-main. Sebagai perjuang Islam, kita kena ingat akan Allah dan balasan akhirat.
Begitu pula, bagi mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu. Kerja itu tetap haram, dan atas rezeki (upah) yang diterima sebagai imbuhannya juga haram. Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab. Ingatlah, kuasa Allah bukan macam manusia, kerana Allh Maha Berkuasa atas setiap sesuatu, Allah Maha Adil menilai segala perbuatan hamba-Nya.
Kerana itu, ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini. Perkara ini telah saya sebutkan semasa Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar baru-baru ini.
Semoga tujuan Bersih 3.0 untuk menentang kezaliman dalam pilihan raya akan membawa kepada berlakunya proses pilihan raya yang adil, telus dan bersih. Sama-sama kita tegakkan keadilan demi keredaan Allah SWT dan Bersih 3.0 berjalan dengan jayanya.

InshaAllah. Bagi siapa yang masih belum faham tujuan BERSIH 3.0, fahamkanlah :)
Sumber: Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Titik Mula untuk Berubah

Saturday, April 21, 2012

" Di antara perkara yang boleh membawa kepada dosa adalah kelalaian.
Ia adalah titik penghalang untuk memacu perubahan pada diri."


-------------------------------------------------------------------------

“ Menuju Perubahan”
“ Bergerak Memacu Perubahan.”
“ Berubah Untuk Masa Hadapan.”

Banyak benar slogan, motto dan laungan berkisar “perubahan” sejak akhir-akhir ini. Jauh disudut hati, saya juga ingin sentiasa berubah ke arah lebih baik. Fitrah manusia, dalam dirinya pasti cenderung untuk melakukan anjakan, paradigma dan kelainan dengan meningkat lebih baik, maju dan berwawasan. Semua kita, ingin dan berhajat untuk berubah. Namun – di sana ada benteng-benteng penghalang yang menjarakan antara kita dengan pintu perubahan.

Justeru itu, apa yang perlu kita buat?

Saya masih ingat, seorang murabbi saya menyebut tentang perubahan. Jika kita ingin melakukan perubahan, kita perlu jelas dan fahami akan hakikat perubahan itu sendiri. Hampir semua orang ingin berubah, namun setelah masa berlalu mereka masih di tahap yang sama. Oleh itu, kita bukan sekadar merasa perlu berubah tetapi kita juga perlu tahu kenapa kita perlu berubah, apa perubahan yang perlu kita lakukan dan bagaimana perubahan itu patut bermula.

Inilah persoalan-persoalan awal yang perlu kita jawab sekiranya benar-benar ingin berubah.

Titik mula melakukan perubahan, kata murabbi saya ialah :

“ Kenali kelemahan, keaiban dan kekurangan diri kita.”

Itu asasnya. Sedarkah kita bahawa kita ini sebenarnya insan yang lemah, kerdil lagi hina ?

Sekali sekala air mata ini berguguran jua. Sekuat mana kita, sekental mana fizikal luaran kita dan segagah mana daya tahan perasaan yang ada, akhirnya kita bagaikan “terpaksa” - akur bahawa kita sebenarnya insan yang sangat – sangat kerdil, hina dan lemah.

Ujian demi ujian. Dugaan demi dugaan serta musibah yang bersilih ganti hadir mengusik setiap sanubari kita. Apabila musibah itu tiba, maka sedarlah diri kita bahawa sesungguhnya, kita sangat-sangat berhajatkan kepada Allah SWT. Ya, dalam segala hal, tindakan dan peristiwa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ (Oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah Yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”

( Al- Fatir 35 : 15)

Inilah tandanya dan signalnya : kita sangat-sangat perlukan Allah SWT. Kita ini sangat-sangat lemah!

Justeru, berhentilah seketika. Saat itu, kita perhatikan insan-insan di sekeliling kita dan amatilah setiap wajah mereka. Ketika itu, rehatkan juga minda kita. Dan – koreksi diri kita sedalam-dalamnya. Lihatlah hati kita yang berada di dada kita. Bersihkah ia? Jernihkah ia? Atau sebaliknya? Semua ini adalah titik mula untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang tercalit pada diri kita.

Pengalaman Untuk Berubah

Sejak akhir-akhir ini , saya mulai berlawan dengan suatu perkara yang begitu dekat dengan diri saya. Saya mulai perasaan akan beberapa perkara yang menganggu dan menyekat diri saya untuk meningkat. Apabila saya berbincang dengan zaujati, salah satu yang melalaikan saya ialah memiliki akaun muka buka atau facebook. - Laman sosial yang digilai ramai saat ini. Lama saya berfikir & bermuhasabah, jujurnya saya telah dilalaikan oleh facebook. Saya tidak kuat untuk mengendalikanfacebook dalam kehidupan saya.

Walaupun, jarang mengemas kini status, melayari ke akuan rakan-rakan lain dan sebagainya. Bagi saya, - diri ini telah dilanda ketagihan bermuka buka yang belum pernah saya alami sebelum ini. Banyak kesan burukfacebook kepada saya. Dan paling mengesani saya ialah, saya terbaca dan terambil tahu tentang berita-berita, status-status dan perkara-perkara yang tidak perlu saya tahu dan virus-virus facebook yang melanda suatu masa dahulu sehingga memaparkan imej-imej yang tidak senonoh! Luka hati saya.

Banyak rakan-rakan & adik-adik, mulai kongsikan permasalahan mereka dengan keburukan facebook dan perangkap-perangkapnya. – Salah memahami maksud status yang membawa perselisihan faham, tercetusnya hubungan percintaan terlarang, penggunaan yang merosakan dan sebagainya. Ada juga terperangkap dengan kononnya – saling menasihati kawan-kawan – tetapi terselindung maksud yang buruk di sebaliknya.

Setiap hari saya akan melayarinya, sehingga mengganggu dan merencatkan tugasan harian saya yang lebih utama. Saya kata bahawa saya lalai dengan facebook apabila saya menggunakannya lebih daripada 1 jam sehari. Bagi saya, itu terlalu membazirkan masa!

Apa kesan kelalaian ini?

Saya mulai rasa lain ketika solat, - hilang kekhusyukan. Membaca Al-Quran tidak lagi manis. Ibadah di awal Subuh mulai suam-suam sejuk. Masa menatap Al-Quran, berzikir dan tadabur ayat-ayat Al-Quran kian kurang dalam kehidupan.

Justeru, saya berbisik kepada diri - saya ingin berubah kerana masih banyak perkara yang perlu saya lakukan. Masya-Allah, ketahuilah betapa sukarnya untuk mengurangkan masa saya bersama facebook. Saya menjadualkan semula kehidupan dengan hanya membuka akaun facebook hanya di sebelah malam dengan peruntukan masa hanya sejam sahaja. Tetapi saya gagal.

Lalu hujung bulan lepas, - Bulan Mac- saya mulakan dengan deactivekan akaun facebook sehingga kini. Pada peringkat awalnya, ia kelihatan drastik – saya tumpang juga untuk lihat apa maklumat berkaitan dengan menggunakan akaun zaujati saya & lama-kelamaan jarang-jarang membukannya. Dan, alhamdulillah ia menunjukan kesan yang sangat positif!

Mungkin, menutup akuan itu adalah jalan yang terbaik buat saya.

Bagi saya, walaupun ianya kelihatan kelakar, simple dan melucukan. Tetapi, itu realiti kehidupan. Itulah lemahnya saya.

Saya semakin tenang tanpa facebook, dikeliling status-status yang tidak perlu saya tahu, dan apa-apa yang berhubung kait dengannya. Maaf, bagi saya inilah titik kelemahan yang menyebabkan saya sukar meningkat selama ini.

Kelemahan saya ialah : Kelalaian!

Hakikatnya, bukannya salah itu pada facebook. Tetapi diri saya, gagal menguasai hati, jiwa dan diri untuk bertindak mengikuti keimanan, ketaqwaan dan kefahaman yang benar. Justeru, setakat ini – inilah jalan yang terbaik buat saya.

Andai bagaimana? Inilah salah satu pengalaman saya dalam titian perjalanan untuk berubah dan terus meningkat. Berubah meninggalkan perkara yang boleh merosakan dan merencatkan pembangunan diri saya. Dan – terima kasih buat zaujati yang sentiasa memberikan nasihat dan peringatan. Alhamdulillah, zaujati mampu mengendalikan diri dengan baik dalam berfacebook. Kagum saya!^^

“ Dalam hidup kita, banyak perkara yang kita perlu korbankan untuk meningkat. Terutamanya, meninggalkan perkara-perkara yang kita sayangi. Apatah lagi, jika ia adalah sesuatu yang aib,” Nasihat murabbi saya suatu masa dahulu.

“ Kita semua memiliki keaiban-keaiban yang sangat kita sayangi kerana hawa nafsu. Justeru, tinggalkan ia secara berperingkat-peringkat. Mungkin, setiap kita tidak sama kekuatan dan kudratnya. Tetapi, berusahalah dengan mengikis kelemahan-kelemahan yang ada,” Ujar murabbi lagi.

Bagi yang memiliki facebook, saya tidak menyatakan kalian bersalah atau apa-apa. Tidak sama sekali, itu hanya secebis pengalaman saya yang lemah dan kerdil yang gagal menguasai diri serta berdisiplin dalam mengemudi alat teknologi untuk manfaat diri. Itu sahaja.

Kalian, mungkin bijak serta cermat menggunakan facebook. Maka teruskan memanfaatkannya, serta menggunakannya untuk kebaikan dan kebenaran. Saya hanya berkongsi akan “gagal”nya saya dalam hal ini. Teringat akan artikel saya berkaitan facebook pada tahun lepas, hari ini Allah SWT uji akan apa yang saya catat dan tulis dahulu. Allah!

Saya masih berjuang, dan akan terus berjuang untuk berubah serta mengekalkan momentum perubahan buat diri kerana saya hajat ingin meningkat dalam perjalanan menuju Allah SWT. Dan, mohon maaf atas kekurangan, kelemahan dan kekerdilan hamba Allah ini.

20 April 2012
Menerima Teguran Dengan Jiwa Yang Lapang
Ingin Pulang Sebagai Hamba Allah SWT,

Dengan Penuh Kasih Sayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...