insyaAllah :)

Monday, January 31, 2011
assalamualaikum:)

selamat pagi!

kawan2, aku tak dapat pergi konsert Maher. sedih. tapi evrything happen for a reason right:)

layan lagu maher.

Malay version.

:)

andainya rasa tak berupaya
hidup sendirian tiada pembela
segalanya suram bagai malam yang kelam
tiada bantuan tiada tujuan

janganlah berputus asa 
kerana aLLAH bersamamu

insyaAllah
ada jalannya
insyaAllah
ada jalannnya

andainya dosamu berulang lagi
bagai tiada ruang untuk kembali
dikau keliru atas kesilapan yang lalu
membelenggu hati dan fikiranmu

janganlah berputus asa
kerana Allah bersamamu
insyaAllah
ada jalannya

kembalilah kepada yang Esa
yakin padaNya
panjatkanlah doa 
Ya Allah

pimpinlah daku dari tersasar
tunjukkan daku jalan yang benar
jalan yang benar
jalan yang benar

:: rindu Rasulullah :(

love itu....?

Friday, January 28, 2011
hari tu dia janji nak setia tapi dia pergi jugak.
hari tu ada dia bagi hadiah,kite ingat dia suka kite tapi kat orang lain pun dia bagi jugak.
hari tu ada dia cakap dia sayang kita tapi hari ni dia jauh dari kita.
hari tu ada dia cakap dia rindu kita tapi takde pun mesej dia.

apa maksudnya?

dia tipu kite ke?




sebenarnya,cinta itu macam mana?
adakah cukup dengan melafazkan pelbagai kata?
menabur pelbagai janji?
berpura-pura prihatin?
membelanjakan wang untuk kita?


jangan lah kau katakan cinta jika dalam hati mu masih punya ragu.
jangan lah kau lafazkan rindu jika hati mu tidak meanggukkannya.
jangan lah cuba bermain dengan cinta kalau jiwa mu terlalu rapuh untuk menerima kesengsaraan.


kerana,
di permulaan cinta itu adalah bahagia,
di tengahnya sengsara
dan di akhirnya perpisahan.












for those yang kehilangan cinta,

kuatkan semangat.
hidupmu belum berakhir.
jadikan perpisahan itu sebagai permulaan hidup yang bersih dari dosa.

kau akan merasai kekosongan pada mulanya,
tapi janganlah kau isi kekosongan itu dengan cinta hina itu lagi.
kerana ia akan melukai mu sebagaimana dahulu.

jadikan permulaan itu sebagai permulaan untuk dirimu mengangkat darjatmu.
angkat darjatmu menjadi permata.mutiara.emas.
susah untuk dimiliki dan berharga untuk dimiliki.

kamu akan jadi comel bila kamu bernilai.


she says:
 
When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
All the words I need to hear to always get me through the day
And make it OK
I miss you

 he says:

Berakhirlah sudah semua kisah ini
Dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Sebab rasa ku telah mati untuk menyadarinya


:: it is normal to love and be loved. tapi kene guna cara yang betul dengan fitrah hati:)

assalamualaikum:)

going to His concert.maybe?

Thursday, January 27, 2011
assalamualaikum.

maher live in shah alam.








aku teringin amat mahu kesana.25hb last paper final aku.memang mantap ah kalau malam tu lepak ngan maher.hehehe

tapi biasa la tiket dia mesti mahal tak mapos kan.

at first ,aku okay je.tambah2 rumate aku pun semangat mampos.

aku dah siap soh cousin aku beli dah.

tapi semalam lifah cakap macam membazir je.

bukan nye sikit tuu

alifah!!!

aku tergugat weh haha.

nak gi tak..adoi!

thinking thinking thinking



pray or prey?

I just can't sleep tonight,
knowing that things ain't right.
It's in the papers, it's on the TV,
it's everywhere that i go.
Children are crying, soldiers are dying,
some people don't have a home.

But i know there's sunshine behind that rain,
I know there's good times behind that pain                               
Can you tell me how i can make a change?


I close my eyes, and i can see a better day,

I close my eyes and pray.
I close my eyes and i can see a better day,
I close my eyes and pray.


I lose my appetite, knowing kids starve tonight

Am I a sinner? Cause half my dinner,
Is still there on my plate.
Ooh i got a vision, to make a difference,
and it's starting today.


Cause i know there's sunshine beyond that rain,

I know there's good times beyond that pain 
Heaven tell me i can make a change.


I close my eyes, and i can see a better day,

I close my eyes and pray.
I close my eyes and i can see a better day,
I close my eyes and


I pray for the broken-hearted,

I pray for the life not started.
I pray for all the ones not breathing,
I pray for all the souls in need.
I pray, can you give em one today?


I just can't sleep tonight,

Can someone tell me how to make a change?


I close my eyes, and i can see a better day,

I close my eyes and pray, 
I close my eyes and i can see a better day,
I close my eyes and i pray,
I pray, I pray
I close my eyes and pray.


p/s:we can do something and not just pray.but still , doa adalah senjata terhabat orang mukmin:)

these two...

assalamualaikum

hi guys

aku suka dua budak ni.memang budak.dgn kata lebih tepat adik.haha

justin bieber

dan 

najwa latif

aku cakap kat kawan aku muka diorang ada iras haha.dia bagi pelempang kat aku!

oke!fine.tak sama

but both are cute.

kan?
ehem


mana gigi awak?hee


mana gambar aku?ish

ASSALAMUALAIKUM..ustazah!

Sunday, January 23, 2011
Assalamualaikum all :)

entry ke-TIGA hari ni aha! tiba2 je rasa macam jari ni gedik sangat nak berpopekz. 

korang,tadi aku baca blog MAYAT, and i watch a short show pasal "If Prophet Muhammad pbuh. were among us." Menarik video tu.tersentuh hati kot!


lagu dia memang BEST walau paham sikit2 je.pastu adalah video tu tunjuk pasal menyebarkan SALAM.



aku terasa gila kot haha!sebab kat U sini,amalan tu biasa orang buat,tapi aku tak pernah buat.kalau nak buat pun,dalam hati je.adoi! aku ni tokang sambut salam je.bila nak bagi salam pula ye?hmm

kalau jawab phone,aku lagi suka say HELLO dari bagi SALAM.sape ajar kau anis?adoi!


kau pikir2 lah,byk mana kau bagi masa dalam sehari.dari kita dok hoi hai woi hoi,lagi baik kita bagi salam.ASSALAMUALAIKUM!



tak rock?skema?
lantak ah.sunnah tetap sunnah beb!

tapi yang tak syiok nye bila ada mamat beyuk ni mempermainkan salam.what the ?!

kalau kau jenis pakai tudung,jubah dan ala2 muslimah sejati,aku confirm kau pernah dapat salam mcm ni dari jantan yg tak dak value,low market dan jantan bersepah!

"Assalamualaikum usatazah"
dgn muka yg memualkan,pastu gelak ramai2 ditambah dgn gelak iblis.

woiy!tu bukan sunnah ah!
kau nak mengkerekan sape?
kau nak mainkan agama ke apa?
kau tak reti hormat orang ke?
kau nak makan penyepak free ke?

okey anis!bertenang!

kalau kita tengok dari tulisan memang nampak mcm nothing is wrong.tapi kalau kau kene,baru kau tahu.rasa macam memualkan gila!

dan yang paling aku heran,apa motif kau bagi salam macam tu?dapat benefit kat kau ke?murah gila kau.

cuba la kau jadi laki yg tak main tegur popuan (even dgn salam),tak main usha popuan,jual mahal ngan popuan.,aku sure kau akan jadi rebutan punya.tambah2 kalau kau smart.kalau tak pun takpe!ada apa sangat lah ngan muka, nanti kau tua, buruk jugak!

tahu tak wahai lelaki,sifat pemalu kau bisa mencairkan hati para gadis!







aku harap pasni tada dah aku jumpa jantan jenis macam ni.memualkan! dahla korang tu sikit,kasi kualiti la bro!

okay2,aku stop sini.sorry la banyak mencarut!

my point here,still, sebarkan SALAM okey!

ASSALAMUALAIKUM:)

P/s:sila baca dengan nada lembut dan lemah gemalai orite!

tutup itu COMEL! kamu comel tak?


sueannajoe:

Menutup aurat secara sempurna. It’s  not easy. It’s a process. But for the love of Islam and Allah, let us  improve ourselves both spiritually and physically. For those who are  wearing the hijab, let’s do it right!
Apa  kata kita mulakan dengan melabuhkan hijab, shawl, pashmina, scarf,  tudung kita biar menutup dada. Hopefully I can commit to this. Sebab aku  pon selalu je selempang tudung. It’s not nicelah. Dada tu sebenarnya  lebih menggiurkan dari rambut.
So do join this campaign! Spread  it in your own blog, tumblr, etc. Kalau korang nak print buat fliers pon  boleh gambar ni aku bagi kebenaran. Sangatlah dialu-alukan.
Oh by the way, WIR stands for Wear It Right. Hehe. So come on girls, let’s do this. Covering the chest is the best! {ANNA}
sueannajoe:
Menutup aurat secara sempurna. It’s not easy. It’s a process. But for the love of Islam and Allah, let us improve ourselves both spiritually and physically. For those who are wearing the hijab, let’s do it right!
Apa kata kita mulakan dengan melabuhkan hijab, shawl, pashmina, scarf, tudung kita biar menutup dada. Hopefully I can commit to this. Sebab aku pon selalu je selempang tudung. It’s not nicelah. Dada tu sebenarnya lebih menggiurkan dari rambut.
So do join this campaign! Spread it in your own blog, tumblr, etc. Kalau korang nak print buat fliers pon boleh gambar ni aku bagi kebenaran. Sangatlah dialu-alukan.
Oh by the way, WIR stands for Wear It Right. Hehe. So come on girls, let’s do this. Covering the chest is the best! {ANNA}
 anis says:

aku bw then jumpe lah benda ni.ini sangat menarik!
sangat!



kadang2 aku pun amek mudah benda ni but ini xptot di amek mudah kan!
cover it. aku baca blog KUBA ini, dia cakap jantan lagi suka lau popuan cover BUAH DADA compare to rambut.aku tak paham apa jantan pikir tapi bila dibagitahu sedemikian rupa.baik cover lah!

"Lisa tak boleh macam ni. Saya tahu Lisa masih rimas pakai tudung, tapi sekurang-kurangnya pakaian lain tu jaga. Baju jangan ketat. Leher baju jangan besar-besar dedah dada. Tudung ni selain tutup rambut, ia juga untuk dilabuhkan tutup keseluruhan bentuk dada. Kalaulah diberi pilihan tudung dada ke tudung rambut, demi Allah, abang suruh Lisa tudung dada. Rambut abang boleh serap, tapi bentuk payu dara perempuan sumpah buat abang merana. Lepas tu baju tu pula, pakai yang labuh-labuh kasi labuh lepas ke peha. Janganlah tayang bontot. Dahlah bontot kat belakang, entah berapa ramai lelaki duk usha bontot awak kat belakang awak pun tak tahu. Serius abang cakap bentuk bontot adalah kegilaan lelaki. Jadi, jangan seksa batin kami, labuhkan baju. Baju labuh-labuh yang moden dan cantik kan banyak."
 

tak reti nak bobel panjang2 hehe.kalau adam berminat nak baca blog IKWAH ni, mantap juga

perempuan cantik di sana (termasuk aku eheh),tutup apa yg perlu ditutup. yang tutup itu indah jika kamu mengetahui:)


::perut aku dah berhenti memulas!oh yeah!

whoah!

Friday, January 21, 2011
salam all

hari ni cuti, mesti ramai antara korang pergi shopping,lepak kat mall,lepak ngn pakwe
lepak ngn buku,lepak ngn lappy dan lepak ngn makbapak

tapi aku ada kelas tadi.pukul 8 lagi kot.zai cakap dia usha bilik org lain macam gelap ja,huhu! tapi aku tetap kuatkan semangat turun pergi kelas.
macam aku expect la,jantan mesti ramai tak datang.mesti ramai dok dalam selimut lagi.apadaa,baru je nak berkenan dah tunjuk perangai busuk (ayat zai haha!) korang ish

balik bilik terus aku ngadap laptopp buat EAP.pastu macam agak bosan kan.nak ajak rumate keluar tapi dia dok study,jadi aku pendam la hasrat ni sorang2 isk!

oke,hari ni aku nak membebel pasal beranak! sebab tadi aku belajar pasal zygot and those things dalam perut.

aku tahu bab ni agak bosan!yes.sebab aku dah tersengguk2 tadi.bila MISS bagi air teh panas,baru lah mata aku bukak balik hoho.

oke back to our lesson today...

ovum popuan

sperm-need high energy to swim faster

dear,
macam kita tahu kita ni asal dari sperm and ovum.
atau kata lain,nak terbentuknye manusia yg ngadap depan laptop skrg,mak ayah WAJIB masuk bilik luh.

bila projek mak ayah dah selesai, mani ayah dgn telur ibu akan bercantum dan menjadi kita.wah cepat!

Allah dah sebut pasal benda ni lame dah.sebelum scientis2 buat experiment lagi!so,sape yg baca alquran+KAJI alquran adalah orang yg hebat lah kan!korang baca alquran tak?baca?bagus anak mak.
dalam surah al-mu'minun ayat 12-14:

"Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dari saripati yg berasal dr tanah.
Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).
Kemudian,air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat,lalu sesuatau yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging,dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang,lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging.Kemudian kami jadikan nya makhluk yang berbentuk lain.Mahasuci Allah, Pencipta yg paling baik."



subhanallah!


korang nak belajar tak ni?

malas?

ha bagusla aku pun malas.aha


lebih kurang 400-500 millions sperm yg berebut untuk bersatu dengan ovum oh!

tapi kan...

yg menariknya,dalam berjuta2 sperm yg masuk dalam rumah ibu kita,kita yg terpilih.kita yg berjaya.hebat tu!


the winner!

lepas sperm dapat tangkap makwe dia, dia terus releasekan acrosomal content.kenapa?
sebab taknak bagi sperm lain masuk kacau hubungan mereka.bila acrosomal content dah di bebaskan, ovum mak kita tu jadi kuat.dinding dia dah susah nak tembus.jadi takda pihak ketiga.

lau ada pihak ketiga,lain pula ceritanya.apa cerita?lain kali story!

aku dah malas nak hurai hehe!tambah tak ingat hee.

byk stages yg kita kene lalui sblm terjadinya kita sekarang.macam2 halangan harus ditempuh.

JADI, bersyukurlah dgn kewujudan kita di  muka bumi ini.
berusahalah sedaya upaya mampu untuk mengejar kebahagiaan yg kau dambakan
sebagaimana kita tidak mengalah di awal kejadian kita (kita sperm yg menang uh!), jadi janganlah mudah mengalah dlm pertarungan di dunia ini.

Allah berkata2 dalam kitabnya,al-insan ayat2:

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang becampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat.

hidup HANYA sekali,
tapi sekali sudah mencukupi jika kau hidup SEBAIK-BAIKNYA.



hoho pandailah kau anis.haha aku ni bukannya baik sangat.mudah kot tersungkur.tapi sebagai manusia,memang macam tu kan.yg penting kita tahu untuk naik selepas jatuh.dan jgn jatuh lagi dah!

pernah ke orang selalu naik dan tak pernah jatuh?
pernah?

sama2 kita perbaiki diri dan lebih ikhlas dalam melakukan pekerjaan kita.semua yg ada di dunia ni ada hikmah dan pengajaran yg baik untuk kita.kita kene usaha cari dan pikir apa hikmah2 itu.moga ia membuatkan bertambah iman kita dan merapatkan hubungan kita dgn Pencipta kita.Allah 'azza wa jalla.

p/s:enrty ni aku buat semalam,tapi laptop aku tiba2 hang,terbantot jap.hari ni baru dapat post ohoo.




`selamat hari jumaat semua!

4 perkara sunnat dibuat pada hari JUMAAT:
-banyakkan selawat ke atas Kekasih Allah
-banyakkan bersedekah
-membaca surah alKahfi
-sujud sajadah

aku pergi usrah subuh tadi,ada sister kongsi benda ni.aku kongsi dgn korang yae!

okeh,sekian sahaja untuk hari ini.terima kasih kerana sudi luangkan masa baca aku punya bobelan.moga bermanfaat!

salam jumaat :)

oh susah!

Saturday, January 15, 2011
salam everyone:)

macam mana hari2 kamu semua?fun?good!

hari ni aku terlibat dengan program ARABIC DEBATE. they all very awesome!popek2 cakap arab,macam mat arab. tapi tak sempat pulak nak berkenalan dengan mereka.tapi bukan itu yg aku nak cakap hari ni.

it is about transformation (kelas gitu ayat)---perubahan---

guys.. dulu aku pernah jadi jahil (sekarang pun masih). tapi tahap kejahilan aku yg dulu lagi melampau. tak perlu aku ceritakan dan bukak aib sendiri tapi bila masa berlalu,umur meningkat,terdetik dalam hati aku untuk berubah.

yes!berubah.

berubah dari jahat kepada baik.

dari sexy kepada tertutup.

dari gatal kepada terjaga.


 



dan Alhamdulillah aku beransur-ansur menuju kepada impian aku. berubah.berjuang menjauhi kehinaan dosa.menjauhi kebusukan maksiat.

tapi it is trully damn much not easy!
sebab aku dapat rasa..
dapat rasa kekuatan itu makin pudar.makin goyah.
aku rasa aku malas untuk teruskan benda ni.


Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran


aku ingin kembali pada yg batil.teringin.mahu.
sedangkan selama ini aku dah usaha untuk jauhi benda tu.

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go I can't do it alone I've tried
And I don't know why

aku punya nafsu yg harus dilawan,dan kadang2 aku tewas sendiri.
bukan senang untuk melawan.bagi aku.ia amat tidak mudah.

dan tika itu,aku rebah lagi.


He's the reason for the teardrops on my guitar
The only thing that keeps me wishing on a wishing star
He's the song in the car I keep singing, don't know why I do

doakan aku supaya aku cekal dan gain back kekuatan yg pernah aku ada dulu.ingin berubah,ingin menjadi yg lebih baik.walau hati ini susah dipujuk.walau byk tahi2 maksiat telah aku lakukan.

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


kakak cakap untuk berubah kena istiqamah---berterusan---tapi ianya bukan senang!




aku mampu lakukan.sebab perubahan ini bukan untuk kebaikan aku sahaja.tapi ummat jua.kenapa aku selalu kontotkan minda aku dgn memikirkan diri sendiri shj.tanpa sedari perubahan seorang khalifah mampu merubah ummatnya.

mengapa aku ingin mengikut kebatilan padahal di sisiku terpaut beribu keindahan.
mengapa aku ingin mengejar dunia padahal suatu masa aku akan mati jua.
mengapa aku ingin memuaskan nafsuku padahal jiwaku mati kerananya.
mengapa aku gatal sangat padahal jodohku telah disediakan oleh Penciptaku.
mengapa aku ingin membuka perhiasanku padahal itu adalah rahsiaku.


ALLAH
ALLAH
ALLAH
ALLAH
ALLAH
ALLAH


anis,
perubahan bukan mudah.
sebab itu tak ramai yang berubah.
mana prinsip dan jati diri kau sbg Islam.
jika begitu goyahnya prinsip mu,layakkah kau bergelar penganut agama suci ini?
layakkah kau melaungkan kau Islam
padahal jiwamu sangat rapuh.
sangat mudah goyah dgn dunia.




YA!
aku layak bergelar Islam.
aku layak.

dan aku akan buktikan aku LAYAK!

So when the time gets hard
There's no way to turn
As He promised
He will always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promised
He will always be there


doakan aku kawan2.bila aku hanyut,tarik aku kembali ok!
selamat mencari kekuatan dan selamat berubah:)

::ayat aku berterabur.tak reti nak susun lelok huhu!









money.what for?

Thursday, January 13, 2011
salam all:)

good morning hehe.hari ni aku keje awal pagi. kol 8am dah turun. hari2 biasa kelas takde pun start kol 8 haha.terpaksa la aku bangun awal demi duit.erk haha




duit beb.tak pernah cukup. kalau kau tengok ada contest dapat rm50 pun rasa macam ala2 nak join dah.lagi2 kalau yg dapat sebijik laptop hah!lagi la weh (ada ke?)

tapi... itu kah yg kita cari?

on the way nak datang sini (tempat keje), aku tengok kakak2, makcik2 kat cafe.keje awal pagi sampai lewat malam. dah la tiap2 hari.time kami cuti je la kot mereka cuti.perhaps.

duit tak pernah cukup..bukan setakat makcik2 ni,tapi ramai lagi kat luar sana dan mungkin nanti,aku akan jadi sebahagian dari mereka yg kerja siang malam.

memang keje siang malam pun,duit takkan cukup lah.

bila asyik kejar duit,takut rohani kurus.takut takde masa nak suap nak bagi makan kat si rohani.iman menurun,akhirat terasa jauh dan dunia terasa indah.


sebab tu kita takleh aim duit dalam hidup hari2 kita ni.
di hari kemudian nanti, Allah akan menilai semua yg kita buat termasuk lah aim atau niat kita hidup hari2 kat dunia ni.


jadi, di pagi yg barakah ini..

jom kita ubah niat kita. hidup kerana Allah.
look like simple kan.tapi TAK! susah mak oi!

tapi try la kan.Allah paham kita.kalau kita cuba sedaya upaya kita insyaAllah Dia akan bagi balasan yg baik.
sebab Allah amat memahami kita kan?

dalam hidup seharian,cuba berbakti pada Allah.jgn hanya pada diri sendiri.

jangan asyik pikir pasal duit dan apa2 benda yg berkaitan dgn duit.pikirkan jgk nasib kita di depan Allah nanti.kalau kita asyik pikirkan dunia, bimbang nanti akhirat terlepas.

sebab dunia ni sekejap amat.dan akhirat tu ABADI. huh,takut aku hua2.




tak salah untuk mencari duit,sebab itu memang perlu.tapi biarlah berpada2.abdikan setiap langkah,setiap perkara kita buat untuk Allah.oke!


ni sebenarnya peringatan untuk diri aku sendiri.yelah!nak beli itu ini.jadi aku nasihat diri aku sendiri.letak kat blog,kot2 korang pun ada yg jenis macam aku (sure ada), jadi boleh la sama2 beringatan :)

macam mana nak jadi rajin eh?malasnye nak study!!!esok quiz:(

hah.study.buss.club.blog.

Wednesday, January 5, 2011
assalamualaikum saudara saudari.
apa mood awak sekarang? sedih? gumbira? lapar? kehausan?

saya kesedihan, saya kekenyangan, saya kehausan, saya keinginan, saya kebencian.
rutin yg saya tak pandai nak manage dah memakan  diriku. oh!sedih amat

result mid sem alhamdulillah,tapi agak teruk.

jap,apa aku nak cakap ni..haha macam pelik je kau

oke.

oke.

got it!

oke baby,listen.

jangan berharap kesetiaan daripada sesorang,
kalau engkau sendiri tidak setia.

jangan berharap kesempurnaan daripada seseorang,
kalau kau penuh kekurangan.

jangan kau harap kau dapat teman yg baik,
kalau kau perangai macam hantu.

jangan kau marahkan takdir,
kalau kau sendiri yg menentukannya.

jangan kau bercouple,
kalau itu punca hati kau sesat.

jangan kau dedah buah dada kau,
nanti kau punya suami jenis mata serong.

jangan kau bukak aset kau,
kalau kau taknak laki raba2 kau.

jangan kau bukak rambut kau,
kalau kau taknak masuk neraka.

jangan kau makan banyak,
kalau kau taknak buncit.

jangan kau malas membaca,
kalau kau taknak bodoh.

jangan kau tidur byk,
kalau kau taknak otak kau jem.

jangan kau malas belajar,
kalau taknak dapat 2 flat dalam GPA kau.

jangan kau langgar perintah tuhan,
jika kau sayangkan Tuhanmu.


sekadar perkongsian:: anis-2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...