whoah!

Friday, January 21, 2011
salam all

hari ni cuti, mesti ramai antara korang pergi shopping,lepak kat mall,lepak ngn pakwe
lepak ngn buku,lepak ngn lappy dan lepak ngn makbapak

tapi aku ada kelas tadi.pukul 8 lagi kot.zai cakap dia usha bilik org lain macam gelap ja,huhu! tapi aku tetap kuatkan semangat turun pergi kelas.
macam aku expect la,jantan mesti ramai tak datang.mesti ramai dok dalam selimut lagi.apadaa,baru je nak berkenan dah tunjuk perangai busuk (ayat zai haha!) korang ish

balik bilik terus aku ngadap laptopp buat EAP.pastu macam agak bosan kan.nak ajak rumate keluar tapi dia dok study,jadi aku pendam la hasrat ni sorang2 isk!

oke,hari ni aku nak membebel pasal beranak! sebab tadi aku belajar pasal zygot and those things dalam perut.

aku tahu bab ni agak bosan!yes.sebab aku dah tersengguk2 tadi.bila MISS bagi air teh panas,baru lah mata aku bukak balik hoho.

oke back to our lesson today...

ovum popuan

sperm-need high energy to swim faster

dear,
macam kita tahu kita ni asal dari sperm and ovum.
atau kata lain,nak terbentuknye manusia yg ngadap depan laptop skrg,mak ayah WAJIB masuk bilik luh.

bila projek mak ayah dah selesai, mani ayah dgn telur ibu akan bercantum dan menjadi kita.wah cepat!

Allah dah sebut pasal benda ni lame dah.sebelum scientis2 buat experiment lagi!so,sape yg baca alquran+KAJI alquran adalah orang yg hebat lah kan!korang baca alquran tak?baca?bagus anak mak.
dalam surah al-mu'minun ayat 12-14:

"Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dari saripati yg berasal dr tanah.
Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).
Kemudian,air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat,lalu sesuatau yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging,dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang,lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging.Kemudian kami jadikan nya makhluk yang berbentuk lain.Mahasuci Allah, Pencipta yg paling baik."



subhanallah!


korang nak belajar tak ni?

malas?

ha bagusla aku pun malas.aha


lebih kurang 400-500 millions sperm yg berebut untuk bersatu dengan ovum oh!

tapi kan...

yg menariknya,dalam berjuta2 sperm yg masuk dalam rumah ibu kita,kita yg terpilih.kita yg berjaya.hebat tu!


the winner!

lepas sperm dapat tangkap makwe dia, dia terus releasekan acrosomal content.kenapa?
sebab taknak bagi sperm lain masuk kacau hubungan mereka.bila acrosomal content dah di bebaskan, ovum mak kita tu jadi kuat.dinding dia dah susah nak tembus.jadi takda pihak ketiga.

lau ada pihak ketiga,lain pula ceritanya.apa cerita?lain kali story!

aku dah malas nak hurai hehe!tambah tak ingat hee.

byk stages yg kita kene lalui sblm terjadinya kita sekarang.macam2 halangan harus ditempuh.

JADI, bersyukurlah dgn kewujudan kita di  muka bumi ini.
berusahalah sedaya upaya mampu untuk mengejar kebahagiaan yg kau dambakan
sebagaimana kita tidak mengalah di awal kejadian kita (kita sperm yg menang uh!), jadi janganlah mudah mengalah dlm pertarungan di dunia ini.

Allah berkata2 dalam kitabnya,al-insan ayat2:

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang becampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat.

hidup HANYA sekali,
tapi sekali sudah mencukupi jika kau hidup SEBAIK-BAIKNYA.



hoho pandailah kau anis.haha aku ni bukannya baik sangat.mudah kot tersungkur.tapi sebagai manusia,memang macam tu kan.yg penting kita tahu untuk naik selepas jatuh.dan jgn jatuh lagi dah!

pernah ke orang selalu naik dan tak pernah jatuh?
pernah?

sama2 kita perbaiki diri dan lebih ikhlas dalam melakukan pekerjaan kita.semua yg ada di dunia ni ada hikmah dan pengajaran yg baik untuk kita.kita kene usaha cari dan pikir apa hikmah2 itu.moga ia membuatkan bertambah iman kita dan merapatkan hubungan kita dgn Pencipta kita.Allah 'azza wa jalla.

p/s:enrty ni aku buat semalam,tapi laptop aku tiba2 hang,terbantot jap.hari ni baru dapat post ohoo.




`selamat hari jumaat semua!

4 perkara sunnat dibuat pada hari JUMAAT:
-banyakkan selawat ke atas Kekasih Allah
-banyakkan bersedekah
-membaca surah alKahfi
-sujud sajadah

aku pergi usrah subuh tadi,ada sister kongsi benda ni.aku kongsi dgn korang yae!

okeh,sekian sahaja untuk hari ini.terima kasih kerana sudi luangkan masa baca aku punya bobelan.moga bermanfaat!

salam jumaat :)

1 kuman:):

Dayini at: October 16, 2011 at 11:08 AM said...

fuhh ! memang manfaat abes lhaa kaq ! hha ~ subhanaAllah ~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...