Showing posts with label anis dan cinta. Show all posts
Showing posts with label anis dan cinta. Show all posts

Membuka Jalan Perkahwinan

Thursday, November 3, 2011

Assalamualaikum.


Ramai perempuan terjerat dalam cinta lelaki dayus, ramai juga lelaki yang terjerat dengan cinta berpandukan syahwat. Dikaburi kononnya bercinta kerana Allah, kononnya bercinta untuk membina mahligai perkahwinan. Terus menerus menipu diri sendiri, supaya dapat menghalalkan cinta yang terlarang.

Saya bukan mahu menyekat kalian daripada bercinta. Bercintalah. Selagi cinta itu tidak membuatkan kamu leka dalam solat kerana teringatkan si dia. Bercintalah selagi kamu tidak mencintainya melebihi Allah dan Rasul.

Ya, cinta ini fitrah. Fitrah, lumrah, kebiasaan dalam hidup kita. Satu perasaan yang Allah kurnia untuk semua makhluknya. Siapalah kita untuk menentang fitrah. Seperti makan. Itu jua fitrah. Jadi, makanlah. Tetapi awas, makanan juga ada halal haramnya, ada batasannya.

Mulakan bercinta dengan Allah. Kerana Dia adalah yang pertama, yang perlu kita cintai dan kenali. Dengan cintaNya, kita akan peroleh cinta dari insan-insan yang akan menyayangi kita kerana Allah. 

Jom kita hayati makna cinta, selami apa itu cinta sebagai persediaan untuk bercinta dengan Allah dan suami jua :)




Ustazah Fatimah Syarha (blog)

Sistem Chup

Monday, May 16, 2011
Assalamualaikum.

Hari ni aku duk sorang-sorang kat bilik ni sebab roomate aku cuti esok. Dan dia memang pantang dengan cuti, terus balik rumah. Dan lampu bilik air rosak huwaaa! Dah la lorong aku ni 2 bilik je yang menyala. Lampu lain mampus. Seram sejuk aku nak pergi bilik air huhu!

Okay, tak yah dah cerita pasal benda yang tak menarik langsung tu. Ha, korang pernah tak dengar sistem chup? Heheh.

Tak pernah eh? Meh aku explain, sebenarnya benda ni memang most famous kat U aku. After couple, chup-chup ni antara yang top lah hehe.

Okay,sistem mengecup ni, didominasi oleh orang-orang yang berkehendak untuk menjaga nasab dan menjaga diri dari maksiat. Juga untuk jaga perkahwinan yang akan dibina supaya diberkati Illahi.

" Eh anis, kau tahu si M tu dah ada orang cup"

" Eh anis, kalau orang nak cup kau nak tak"

Ha, macam tu la lebih kurang ayat-ayat yang famous. Tapi proses chup ni tak semudah itu. Ia harus ada orang tengah. Melalui sedikit perbincangan dan sedikit tanya khabar tentang latar belakang kedua-dua belah pihak, dan harus ada lafaz sekali ya.

Kiranya chup ni first step la before you all boys masuk minang kami. Aku tak sure cup ni ada dealing dengan family tak. Tapi, They should not text each other or contact dalam masa cup tu. Hahha. Aku macam dah expert pula ya.



menjaga hubungan sebelum nikah untuk keabadian cinta



Sebenarnya, main point aku adalah, dari korang couple dan menghancurkan diri sendiri, baiklah korang guna sistem ini yang selamat dan telah terbukti dapat melahirkan generasi yang soleh dan menjamin calon suami seorang yang alim dan sweet :) Aku dapat guarantee si boy itu serious ngan kita kalau dia chup. Takde lah korang main berlagu-lagu menangis, bergila royan ditinggalkan teman lelaki.

Ehm.

Mengechup juga membantu anda untuk lebih menjaga hati, dibandingkan dengan couple. Dan membantu anda untuk merasai perasaaan ingin kahwin cepat-cepat oh yeah!


zuriat yang soleh adalah jaminan

Kalau couple:
Bercinta--> Bergaduh--> Pujuk balik--> Ajak kahwin--> Merisik (konon) --> Meminang (konon)--> Bertunang--> Kahwin!

Kalau chup:
Chup mengechup--> Merisik--> Meminang--> Bertunang--> Kahwin!

SEE? Korang dapat mempercepatkan proses perkahwinan dan cepat-cepat ada baby. Kalau couple ni leceh lol. Credit lagi habis, jiwa menderita, hati berkarat Tuhan je tahu, lagi banyak la seksaan yang ada sehingga kau rasa macam dunia dah kiamat.

Tapi chup ni, dapat dijaminkan kau akan merasai very-very minor keseksaan. Dan banyak kemanisan yang akan kau rasai selepas kahwin. Aku sure lepas kahwin je, topup sekali sehari, gaji tak sempat nak simpan dan asyik nak tidur je. Tapi semua tu halal dah malah dapat pahala lagi. Yelah, menyayangi satu sama lain.

Aku masih single, bujang. Jadi aku takleh nak cerita kemanisan bercinta lepas kahwin tapi aku amat mempercayai itu. Kisah Rasulullah, Sy. Ali. Dan kisah-kisah seniour lagi lah meyakinkan aku hehe. 

Jadi, keluarlah dari kepompong yang hanyir kepada yang wangi. Say NO to couple.

Binalah keluarga bahagia dengan menjaga hubungan sebelum nikah. Okay?

Sekian itu sahaja. :)

Jatuh tangga!

Tuesday, April 5, 2011



I miss someone.

but I keep it in my heart.

I want someone.

but I know I will never meant for him.

Him?

goodbye!



p/s: haha! bosan loh. perasaan yang mengarut bila ketagih korea. Hati-hati dengan cerita korea. Haha!



Ehem. Assalamualaikum anak-anak.

Lama sungguh kita tak bersua. Maklumlah, mak sekarang sibuk. Banyak kerja perlu dibuat untuk menyara anak-anak sekalian.

Anak-anak okey ke?

Study okey?

Pakwe makwe sihat?

Kalau tengah gaduh tu, mak nasihat, banyak-banyak laa ingat Allah. Jangan sekali-kali lupakan Dia. Walaupun anak sangat cintakan dia, tapi jangan pertaruhkan cinta Allah ye.

Mak paham. Perasaan ingin disayangi memang lumrah. Fitrah. Tapi kawal fitrah itu dengan syariah ye. Dengan itu, hati kita akan tenang dan kita akan diberi hadiah oleh Yang Maha Satu.

Mak paham. Cinta iu indah. Tapi banyak cinta tak kekal sebab barakah nya hilang. 

Jadi anakku sayang, jaga barakahnya ye.









Mak dengan ayah dulu tak bercinta pun. Mak sedih sebab mak ingat ayah kamu tak sayang mak. Mana ada dia call atau SMS mak dulu. Hadiah pun takde.

Tapi bila berkahwin.. Allah! Fuh! Mak tak reti nak explain. Nanti anak rasa lah sendiri. Awesome!

Bagi mak, cinta yang indah hanyalah cinta yang disertai dengan redhaNYA.

Jadi, salam kasih sayang yang diberkati anak-anakku!

:: Cinta itu tidak boleh dimakan atau memberi kita wang, tapi tanpa cinta bagaimana mungkin kita dapat hidup. Right? :)

SI DIA YANG DITUNGGU

Friday, February 25, 2011
assalamualaikum all :)

korang sihat ? aku, alhamdulillah. ni baru je lepas exam final paper. terus sambar laptop pinjam ni hehe! maklum lah lappy aku dah kene rampas ish3

ni maybe entry last aku utk bulan ni sebab rumah aku takde internet tambah aku akan join satu society untuk community service.

harap semua berjalan lancar dan unsur dakwah yang menjadi objektif kami tercapai :)

okay, takde pape pun nak cakap. sebab penat. huhu.



 
tapi guys,
aku telah jatuh cinta pada jubah, ridha', serban.

pakaian kekasih kita semua pakai. Rasulullah!
tapi...

memandangkan aku ni perempuan, aku tak boleh pakai benda-benda tu, jadi aku harap sangat di DIA yang aku tunggu punya imej begitu :)

harap nye begitulah!

itu sahaja, salam hujung minggu.

untuk si DIA, saya tunggu awak! :)

cinta.cinta.cinta.

Saturday, February 12, 2011
assalamualaikum all:)

just short entry..







cinta.luka.airmata.

berhati-hati dengan cinta.
ia tajam.
penuh luka.
penuh sandiwara.
penuh sengsara.

bila kau dilukai, jangan mengeluh.
masakan kau belum tahu,
luka itu adalah cinta

kau mengalirkan air mata.
kau bersedih.
jangan meraung.
masakan kau belum tahu airmata itu sebahagian dari cinta.

sedih,luka.
itu lah cinta.

bahagianya cuma sebentar.
nikmatnya cuma permulaan.

akhirnya adalah sengsara.
kerana cinta itu hanya lah fantasi.
khayalan.






nikah+cinta.

itulah bahagia. bagi aku. bagi kau? :)

hati, nilainya sangat mahal.
tetapi berapa ramai yang tahu menghargainya.

maruah, nilainya adalah nyawa kita.
tetapi berapa ramai yang menggadainya.

aku cuma berkata2 meluahkan pendapat.
kerana bagi aku, cinta itu sangat mulia.
kenapa mahu menyerahkan begitu mudah, 
pada yang tak mengerti.





jangan kau mudah bagi hati kau pada yang jahil.
kerana sekali kau bagi pada yang jahil itu,
nama jahil itu akan melekat pada hati kau.

bukan selama-lamanya.
tapi jangka masanya lama.

maybe true maybe not. hehe!

jangan bermain-main dengan cinta.

cinta mahal nilainya.
bagi aku.

salam cinta mulia semua :)

tak mudah

Wednesday, February 9, 2011
Assalamuailaikum all:)

lama aku tak online sebab laptop aku kena 'rampas'.
sebab aku dah tak keje c.c 
sebab aku taknak habiskan pitis aku pergi c.c

guys,

aku percaya semua orang pernah jatuh cinta.kan?


kalau tak,kau bukan manusia!

tapi depend lah cane kau handle 'cinta' kau kan

ada yang memang jenis iman terbelah, terus masuk bilik,
ada yang satakat pegang2 je,
ada yang dah main peluk2
ada yang iman banyak SIKIT, main SMS, calling2 je.

apa2 pun tanya IMAN sendiri.

kalau kau ingat sape ciptakan kau,apa tujuan hidup kau,
kau control perasaan kau.
control.
mengawal.
iman terjaga.
maruah tersimpan rapi.
dara dan teruna tinggi nilainya.

tapi,manusia tak pernah berhenti buat silap.

dan untuk berubah tak mudah.dalam entry sebelum ni aku pernah cakap.berubah tak mudah.
tak mudah.
faham tak?

tak mudah maksudnya,kau memang kena kuat nak lawan nafsu kau.
macam mana nak kuat?
nak atau tidak memang kau kena kembali pada Pencipta kau.
kembali.
bukan maksud mati.
tapi mengadu,
mintak tolong padaNya.
kau ingat ada orang lain boleh kuatkan hati kau?
boleh tegaskan iman kau?

takde!
Allah sahaja yg mampu.

apa yg Allah tak mampu?
takde.

bila....

kau dah clash,kau dah iltizam tak nak contact dia.
kau dah tekad nak berubah.

tapi susah!
aku tahu.
jangan lah cakap aku tak paham.
jangan lah cakap aku tak mengerti.
sebab aku juga manusia yg bercinta.

bila kau bosan, kau ingat dia.
bila kau sedih kau ingat dia
bila kau keseorangan kau nak dia.
mana2 je,
kau ingat dia kan!

tengok!susah kan!!!

susah.
tapi tak mustahil.

kepada semua, sedikit nasihat dari aku.
kalau ada antara kau nak berubah.

kuatkan semangat.
kalau kau bosan,teringat kat someone yang haram untuk kau.

cepat2 ingat Allah.
pergi buat kerja.
pergi tengok tv.
dengar radio.

kalau radio tu bagi kau lagu yang jantan tu pernah bagi kat kau,baling radio tu masuk longkang.
lagi,kau tinggikan ego kau.
cinta kau mahal,dan ia bukan untuk cinta yang haram

bila kau ingat dia,
cepat2 kau pergi blog, luah perasaan whoah!

salam cinta halal korang:)

love itu....?

Friday, January 28, 2011
hari tu dia janji nak setia tapi dia pergi jugak.
hari tu ada dia bagi hadiah,kite ingat dia suka kite tapi kat orang lain pun dia bagi jugak.
hari tu ada dia cakap dia sayang kita tapi hari ni dia jauh dari kita.
hari tu ada dia cakap dia rindu kita tapi takde pun mesej dia.

apa maksudnya?

dia tipu kite ke?




sebenarnya,cinta itu macam mana?
adakah cukup dengan melafazkan pelbagai kata?
menabur pelbagai janji?
berpura-pura prihatin?
membelanjakan wang untuk kita?


jangan lah kau katakan cinta jika dalam hati mu masih punya ragu.
jangan lah kau lafazkan rindu jika hati mu tidak meanggukkannya.
jangan lah cuba bermain dengan cinta kalau jiwa mu terlalu rapuh untuk menerima kesengsaraan.


kerana,
di permulaan cinta itu adalah bahagia,
di tengahnya sengsara
dan di akhirnya perpisahan.












for those yang kehilangan cinta,

kuatkan semangat.
hidupmu belum berakhir.
jadikan perpisahan itu sebagai permulaan hidup yang bersih dari dosa.

kau akan merasai kekosongan pada mulanya,
tapi janganlah kau isi kekosongan itu dengan cinta hina itu lagi.
kerana ia akan melukai mu sebagaimana dahulu.

jadikan permulaan itu sebagai permulaan untuk dirimu mengangkat darjatmu.
angkat darjatmu menjadi permata.mutiara.emas.
susah untuk dimiliki dan berharga untuk dimiliki.

kamu akan jadi comel bila kamu bernilai.


she says:
 
When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
All the words I need to hear to always get me through the day
And make it OK
I miss you

 he says:

Berakhirlah sudah semua kisah ini
Dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Sebab rasa ku telah mati untuk menyadarinya


:: it is normal to love and be loved. tapi kene guna cara yang betul dengan fitrah hati:)

assalamualaikum:)

how you expressed your love?

Wednesday, December 29, 2010

How you express your love?

“morning sayang!”
Sweet,suka sangat.tiap2 pagi mesti ada mesej dari dia.kadang2 tak reply pun.saje je tunjuk tak layan tapi hati aku tuhan je tahu.berbunga2 kot hehe.biasa la kan,bukan semua orang buat macam tu kat kita.tambah2 lagi panggil sayang,tambah2 lagi lelaki,tambah2 lagi hensem,tambah2 lagi aku sayang,cinta,kasih sama dia!

Hehe

Tiap2 pagi dia hantar mesej,time tu ala2 kol 6.aku assume dia hantar mesej lepas solat subuh.hehe sweet apa hehehe.kadang2 time dia mesej,aku masih dalam selimut lagi sebab tu tak reply haha

Malam2 dalam pukul 11 dia mesej lagi

“hey baby!”
Okay again..melting!haha i’m a girl okay. Mesej macam tu,cair la jgk.tambah2 kami masih fresh.baru je declair.semua masih nampak manis.semua sweet.

Call bukan hari2 tapi kadang2 je.kalau ikutkan hati aku,aku memang nak  bercakap dengan dia hari2.tapi, jual mahal

“awak tak yah call saya weekdays,kita borak time cuti je okay”

Hari2 aku rasa bermakna.hari2 rasa bersemangat je nak hidup.sometimes I cannot deny, aku hidup sebab dia

Aku harap cinta pertama ini menjadi cinta terakhir aku.aku harap dia akan menjadi peneman hidup aku.menjadi cinta aku untuk selama2nya.
Aku harap kemanisan ini tidak akan berakhir

Hari tu,aku keluar dengan dia.anniversary first kitorang..hehe
Dia ada beli kek,comel sangat kek tu.macam tak sanggup je nak makan.tapi mestilah makan kan hehe.aku beli baju untuk dia.color pink haha.actually that color xsuit sangat ngan dia.

Time makan tu, aku nak je dia suap aku.saje nak menggatal hehe.tapi dia xcakap pape.takkan la aku nak terhegeh2 kan.macam pelik pulak haha.

Lepas makan,kitorang jalan2 kejap,round2 mall tu.time jalan2 tu,tiba2 je dia pegang tangan aku

Erk erk erk

Apa ni?shit?
Entah!tapi aku tak buat apa2.malah rasa suka dalam hati.tangan dia dan tangan aku sekarang bersama.aku suka!aku happy!

Macam dunia ni ada kami je.macam nak peluk je dia.macam best sangat!hehe

Bila habis dah jalan2,jam pun dah hamper pukul3.kami pergi solat dan lepas tu dia hantar aku balik hostel.time nak keluar dari kereta tu,rasa sedih sangat.taknak  berpisah!tapi I have toL

Aku happy sangat dapat keluar dgn dia.sangat2.tapi

Tapi,adakah benda ini halal?you shit!of course tak!

Aku teringat ustaz pernah cakap,berzina ada byk cabang.


  • Zina hati
  • Zina tangan
  • Zina mata
  •  Zina telinga
  • zina paling besar adalah zina kemaluan


Dan macam2 lagi.setiap anggota kita ada potensi untuk berzina.iman kita yg dapat control setiap anggota kita dari melakukan zina
Oh!
Aku telah berzina?
Aku mula merasa bersalah,berdosa.aku tak keruan.aku cintakan dia,tapi haruskah aku melakukan dosa kerana mencintai dia?
Satu persatu zina aku perincikan dgn diri aku.


Hati?yes.i did it.setiap saat, aku tak pernah berhenti mengingati dia.aku tak pernah miss walau sesaat untuk merindui dia.aku sering bayangkan diri aku bersama dgnnya.sering,selalu,sepanjang waktu

Tangan?aku baru je buat.dan aku suka,happy time aku berpegang tangan dgn dia

Telinga?aku suka bila dia ucapkan sayang padaku.aku suka mendengar suara dia menyanyi mencintaiku

Mata?aku suka tengok dia.cara dia senyum,makan,tersengguk dalam kelas,semua aku suka tengok.

Kemaluan?tidak!

Tapi semua ni tidak berlaku semasa mula2 aku terima dia.time first2 kami couple,aku cuma mesej2 je.aku risau diri aku dan diri dia tak dapat menahan diri lagi.aku takut dgn cinta yg akan membunuh aku.


Malam itu,aku menatap lama di sejadah hijauku. Terasa jauh sudah aku meninggalkan Kekasih tiada penghujungku.lama aku bersujud,lama aku menatap diriku melalui sujudku
Teringat aku saat dia ciumku di dalam kereta.teringat aku tika dia menggenggam tangan aku.semua ter flashback.semua berlegar2 dalam fikiran aku


Zup!terbayang2 aku hadis Rasulullah:
“daripada engkau bersentuhan tangan dengan seseorang yg haram bagimu,adalah lebih baik kau menyentuhi babi”


Terasa dada makin sebak,terasa hati makin bercelaru,terasa mata ku berkaca2.
Apa telah aku lakukan?yg manakah lebih penting?syurga Allah atau dia?
Yg mana harus aku utamakan.aku begitu menyintai dia.sangat2.aku tak rela berpisah dgn dia.sungguh tuhan,aku belum pernah merasai cinta ini,dan aku tak ingin melepaskan cinta ini.
Aku buntu.benar2 buntu.aku menatap lagi ke sejadah hijau itu.kali ini diiringi dgn esakan tak berlagu.aku buntu.terasa pekat malam itu,terasa malam itu sgt panjang.
Inginku bangkit dari sejadah itu,ingin!tapi aku tak berdaya.selagi rasa bersalah ini belum terhapus,aku tak mampu untuk bangkit dari sejadah ini.
Bagaimana harus ku redakan hati ini?
Bagaimana untuk aku tebus rasa bersalah  ini?
Lama..lama aku berfikir.

Lantas,aku tekad!cinta ini harus kubuang.sayang ini harus ku pendam.walaupun aku telah sedikit terlanjur namun mahkota ku masih tersimpan rapi untuk suamiku.dan aku berharap sangat berharap dia adalah suamiku.

Menyesal dgn keterlanjuran ini.menyesal membiarkan diriku disentuh oleh seseorang yg masih tidak halal bagiku.sedangkan sudah lama aku menjaga diriku agar terpelihara tapi akhirnya aku gagal

Namun aku tidak akan biarkan kegagalan terus menerus hingga aku kahwin.aku tidak ingin perkahwinan yg dibina dgn tiang2 maksiat.

Teringat lagi aku pada kata2 seorang murabbiku
“Cinta ini banyak sekali.kalau kita tak jaga diri kita,kita akan terjerumus dalam cinta yg paling hina..cinta syaitan.bagaimana cinta syaitan ini?kamu merasa cinta itu manis ketika kamu bercinta dgn orang yg haram bagimu.ketika kamu bercinta dgnnya,kamu merasakan dosa itu ringan,ketika kamu bercinta dgnnya,kamu ingin bersama dgnnya tanpa memikirkan batas antara kamu.ketika kamu bercinta dgnnya,kamu merasa berat untuk meninggalkan dunia dan kamu terasa dunia itu adalah indah dari akhirat.dan ketika kamu bercinta dgnnya,kamu jauh dan tidak lagi mengenal Kekasimu yg sebenar.itulah cinta syaitan.”

Tidak dapat lagi aku menahan sebak.aku ingin keluar dari cinta bekepalakan syaitan ini.aku ingin menjaga zuriat keturunan ku.aku tidak ingin anak2ku lahir berkepalakan syaitan.maafkan ku Ya Allah.

Malam itu harus ku akhiri semua sandiwara syaitan ini.biarlah hatiku menangis buat seketika,biarlah mata ku kekeringan airmata.biarlah aku dibenci oleh dia.biarlah.biarlah.

Aku ingin berubah.

Ku capai satu tekad,aku bangun dari sejadah hijauku.aku lihat handphone ku,ada gambar aku dan dia terpampang,aku lihat ada tergantung nama aku dan dia di handphone ku.sekali lagi aku terduduk.terasa berat tapi aku tetap bangun.bangun.bangun untuk syurgaMu,bangun untuk cintaMu.

Bangun.bangun.bangun.

Aku capai iphone itu,berlari2 tangan aku menutur kata

“salam.we need to break up for Allah.”

“I love you.”

“ini bukan caranya.awak tahu,saya pun tahu.cinta kita tak mampu untuk merubah hukum zina itu haram.cinta kita tak mampu untuk menghalalkan couple itu haram.”

“okay”

“ada jodoh,cinta kita bersatu”

“i love you.kenapa jadi macam ni?baru je rasa bahagia,awak dah bagi racun.kenapa?”

Aku tak reply.sebak.sedih.menangis.

Biarlah.biarlah.biarlah.

Biar aku bercinta dgn Allah.biar aku rawat hatiku dgn cinta Allah

Sekarang,peristiwa di atas,sudah lama menjadi sejarah.aku kini bahagia.bahagia walaupun kebahagiaan itu tidak dapat dilihat oleh manusia lain.aku bahagia bercinta dgn Dia.bahagia.manis.indah.

Bahagia bila aku berkhalwat dgnNya di dinihari.
Bahagia bila aku menutur kata2 cinta padaNya.
Bahagia bila aku mengadu masalah aku padanya.
Bahagia bila aku membaca surat2 cinta dan ayat pujuk dariNya.
Bahagia.bahagia.bahagia

Aku percaya dgn cintaku ini



--------------------------------------------------------------------------------------------------

Common ways people expressed their love are through:
-words
I love you sayang
Saya sayang awak sorang

-actions
Hugs
Holding hands
Kissing

Biasanya dua cara ni memang wajib untuk orang bercinta kan

Kenapa aku cakap pasal benda ni actually to highlight why couple is haram.
Jadi bercinta lah dgn siapa yg halal bagimu

Ibumu,
Ayahmu
Sahabat halalmu
Saudara2mu

Dan cinta teragung pastinya Allah dan Rasulullah.


couple is prohibited for many reasons baby:)

p/s:cerita rekaan semata2
     hadis rasulullah itu aku ingat maksud je.lebih kurang macam tu la maksudnye.hadis riwayat sape not sure

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...