Membuka Jalan Perkahwinan

Thursday, November 3, 2011

Assalamualaikum.


Ramai perempuan terjerat dalam cinta lelaki dayus, ramai juga lelaki yang terjerat dengan cinta berpandukan syahwat. Dikaburi kononnya bercinta kerana Allah, kononnya bercinta untuk membina mahligai perkahwinan. Terus menerus menipu diri sendiri, supaya dapat menghalalkan cinta yang terlarang.

Saya bukan mahu menyekat kalian daripada bercinta. Bercintalah. Selagi cinta itu tidak membuatkan kamu leka dalam solat kerana teringatkan si dia. Bercintalah selagi kamu tidak mencintainya melebihi Allah dan Rasul.

Ya, cinta ini fitrah. Fitrah, lumrah, kebiasaan dalam hidup kita. Satu perasaan yang Allah kurnia untuk semua makhluknya. Siapalah kita untuk menentang fitrah. Seperti makan. Itu jua fitrah. Jadi, makanlah. Tetapi awas, makanan juga ada halal haramnya, ada batasannya.

Mulakan bercinta dengan Allah. Kerana Dia adalah yang pertama, yang perlu kita cintai dan kenali. Dengan cintaNya, kita akan peroleh cinta dari insan-insan yang akan menyayangi kita kerana Allah. 

Jom kita hayati makna cinta, selami apa itu cinta sebagai persediaan untuk bercinta dengan Allah dan suami jua :)




Ustazah Fatimah Syarha (blog)

Aku Hidup Bukan Kerana Exam

Saturday, October 29, 2011
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dua hari lagi akan bermulalah exam midsem aku. Alhamdulillah.


Selamat Berjaya kepada semua kawan-kawan! 

Exam bukanlah penentu segalanya, bukan segala-galanya dalam hidup kita tetapi kita perlu berjaya dalam exam kerana ia adalah salah satu medium untuk dihormati, untuk menyebarkan dakwah dan untuk menegakkan kebenaran pada masa akan datang. Masyarakat takkan pandang kita jika kita tak berjaya dalam pelajaran walau apa yang kita utarakan adalah benar.

Ikhlaskan niat semuanya kerana Allah supaya semuanya tidak sia-sia disisi Allah. Bukanlah tujuan hidup kita untuk mendapat 4.0 CGPA, tetapi tujuan kita hanyalah untuk Allah. 

Elakkan stress, berusaha semampu mungkin, berdoa supaya usaha kita tidak sia-sia dimata Allah kemudian bertawakkal padaNya. Moga ada berkahnya.
Pastikan kita bersih daripada tiru meniru ye :)


*motivasi untuk diri sendiri*

Abang Dah Kenyang Dik

Friday, October 28, 2011
Cerita ini bukan milik saya. Dah lama kot cerita ni tersebar tapi aku rasa tak rugi kalau kawan-kawan baca. Menusuk kalbu. Lepas baca ni membuak-buak perasaan ingin bersedekah, membantu orang lain walau kita sendiri dalam kesusahan. Pahala dan ganjaran yang Allah akan bagi semestinya berbaloi di akhirat sana. InsyaAllah..
Daripada Hakim bin Nizam r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Sedekah yang afdal adalah daripada lebihan keperluan.Tangan yang di atas (adalah yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima).” (Hadis riwayat Muslim)


Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.




"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.


"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.


Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
(this story is not mine,forwarded from my email so that i can share with you all)
(cerita ni bkn milik saya,saya cuma tlg sebarkan seperti yg saya dpt didlm email saya)
Sebar sebarkan ler boleh jadi pengajaran utk org2 yg pemalas bekeje, yg tak menghargai dan bersyukur dgn kesenangan yg dimiliki.




KAZEMI DIPUKUL KERANA INGIN MEMELIHARA AURAT!

Sunday, October 23, 2011


Muslim Inggris iaitu Kazemi, yang merupakan Muslimah yang tinggal di London. Ketika hamba Allah ini dalam perjalan pulang ke rumahnya, Kazemi telah diserang oleh beberapa warga setempat.(sumber2 menyatakan beliau diserang oleh 4 orang perempuan) Penyerang tersebut cuba untuk buang jilbab Kazemi dengan menarik2 jilbab, namun perkara itu tidak dibiarkan, 

Kazemi cuba untuk melawan, kerna respon yang ditonjolkan kazemi keempat2 penyerang mula bengang dan terus menjatuhkan Kazemi lalu memukul dibahagian muka. Akibatnya, Kazemi mengalami luka yang cukup serius di sekitar wajahnya. 

Disebabkan kerjadian itu, Himpunan Mahasiswa Muslim di London mengutuk tindakan tersebut. Mereka menuduh pemerintah Inggris mempromosikan dan mendukung kelompok anti-Islam. Selain itu, mereka juga meminta pihak atasan mengambil tindakan atas kerjadian yang menimpa Kazemi. Kerjadian ini bertarikh 11 April 2011 iaitu pada 6 bulan yang lepas. 

Sengaja di bangkitkan berita ini UNTUK MEMBANDINGKAN hamba Allah ini dengan kita di Malaysia kerna kebanyakkan rakyat di Malaysia terlalu jahil bab aurat! 

Walaupun menyambung pelajaran hingga keluar negara, khatam Al-Quran berkali2, hebat bab agama tapi yang mengamalkannya hanya berapa %? Lihat diluar sana, ramai yang mengenakan tudung tapi berseluar dan baju yang ketat! hingga lelaki yang tidak kuat imannya mejadi gairah lalu berlakulah perkara2 yang tidak diingini seperti rogol, buang anak dll... 

Bila terkena pandai pula mengutuk lelaki gatal, xde iman, gila sex tapi siapa yang minta kamu berbogel dihadapan mereka yang gilakan sex??? 

Bagaimana hendak kurangkan kerjadian ini terus berlaku? Berbaliklah pada Al-Quran dan Sunnah...

 
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Ahzab:59) 

SEBARKAN JIKA KAMU RASA PUNYA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG ISLAM YANG HARUS MENEGUR SAUDARA/RI YANG MASIH LALAI

bY Timur



https://www.facebook.com/layarMinda

Ayah sayang Kita

Friday, October 21, 2011
Kita semua punya ayah. 
Sama ada masih hidup atau tidak, sama ada kita rapat atau tidak, sama ada apa-apa pun, kita semua punya ayah. 
Seorang ayah. 
Allah maha Pengasih kerana Dia menganugerahkan kita hanya seorang ayah yang perlu kita taati dan perlu kita berbakti.

Menyayangi, menjaga hati dan mencuba untuk berbakti pada mereka. Tetap mencuba walaupun diri punya segala macam kelemahan.

Ada ayah yang tidak pernah meluahkan sayang mereka pada anak-anaknya, malah mengherdik dan menengking.
Membiarkan kita kesedihan, tidak memahami kita, tidak menurut kehendak hati kita dan apa-apa sahaja yang kita rasakan
Namun, percayalah. Ayah tetap mahu yang terbaik untuk anak-anaknya. 
Ayah tidak mahu kita terluka, terguris, terabai, hidup dalam kesusahan, namun ayah jua seorang manusia yang tidak bisa mengatur segalanya.

Ayah menyanyangi kita. Sangat menyayangi kita.

Seperti mana ayah kita menyanyagi kita, sayangi jua mereka. 
Luahkan melalui perkataan dan tingkah laku kita. 
Semoga luahan cinta kita pada ayah membuatkan hati ayah berbunga riang.
Membuatkan ayah merasa dihargai.
Semoga kita akan bertemu kembali dengan ayah dan semua ahli keluarga kita di syurga nanti. 
InsyaAllah.

Tiada kasih yang sebenar-benar kasih melainkan kasih yang berpanjangan hingga ke syurga...

Terima ayah seadanya kerana tiada ayah yang sempurna sebagaimana kita sebagai anak tak sempurna untuk mereka.

*teramat merindui abah. berdetak hatiku meronta-ronta ingin pulang ke kampung :'(

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti setahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh


Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar


abahku sayang <3






*sumpah sedih!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...