Showing posts with label tak tension tak tension. Show all posts
Showing posts with label tak tension tak tension. Show all posts

tak kelakar langsung!

Saturday, February 19, 2011
assalamualaikum all :)

aku tak sihat sangat sebenarnya. sihat mental. ish3 kesian.

aku nak story ni! tak kisah la ada orang singgah ke tak.

handphone aku rosak. sebab tak sampai setahun lagi guna dan masih dalam warranty, aku hantar lah hp aku ke kedai yang aku beli kat Selayang Mall. kedai penyek cina ni. hari tu kakak aku gi amek hp aku selepas berabad kat sana. dekat dua bulan derr! aku ingat amik yang dah siap. rupa2 nya amik yang masih rosak dan dan dan warranty takleh guna dan dan dan kene kuarkan duit rm150 kalau nak baiki dan dan dan hp aku tu dikembalikan pada aku dalam keadaan tak sempurna. 

what this sh** mean?

penyek cina tu bukak and robek hp aku tapi tak skru balik.

and 

again what this he** mean?

dia amik barang dalam derr!

seta* punye lah. jahat mampus. bukan mampus tapi.. 

oke stop anis. lawan nafsu ammarah kau!---okey!

dia amek barang dalam hp aku dan dia ganti dgn tipu punya. sekarang ni, hp aku yang aku beli rm 500 je, memang tunggu masuk longkang je. nak trade in tak dapat. nak baiki, another apek cakap, hp gua ni akan rosak balik. useless la kalau baiki pun kan

aku tak bengang, aku cool je. 500 je derr! nak makan pun tak boleh dgn 500 tu kan

cool je

pesanan aku kat korang. jangan la caye kedai cina. tambah2 kedai handphone. kalau kau nak beli handphone secondhand, jangan laa,. memang benda kecik2 dalam hp tu dia bagi yang dia curik dlm hp sape ntah. kot2 hp aku. who knows?

dan

kalau kau nak baiki handphone, kau jangan sekali-kali, dont you ever, never tinggal hp tu (macam aku buat). sebaik-baiknya kau tunggu kat kedai tu dan biar apek tu baiki depan mata hati kau.

kalau kau tinggal memang dia amek barang dalam hp tu, and nanti hp kau akan rosak balik.

x caye? fine. try ah buat.
aku dah kena dua kali je.
je.

lagi, kalau nak beli hp, better beli nokia atau sony ericson. kau beli yang malaysia, cina tu guna kejap je . pastu masuk longkang.

tak semua, tapi kebanyakkan nye!

beli hp yang original. kau selamat lah. jangan kau beli hp kat selayang mall, pertama. tempat maut tuuu

---

berbalik pada kisah aku ni, aku percaya Allah dah bagi aku yang terbaik. sekarang aku guna hp samsung. walau kamera tak lawa langsung tapi takpe lah.

semua kerja Allah. kita manusia mampu merancang je tapi yang menentukan adalah Allah. apa yang telah terjadi itu adalah yang terbaik sebab itu adalah pilihan Allah. manusia harus bijak mengambil hikmah . kata-kata guru ku.

adala hikmah Allah tak bagi balik hp nokia aku tu.
maybe untuk mengelakkan riak
atau mengelakkan amek gambar pakwe
atau
apa-apa je.

aku harap aku dapat hp C3 nanti haha! ada sapa2 nak tolong belikan ?

tak yah susah-susah. der boleh beli sendiri haha.

---

kalau orang cakap contohi orang cina kalau nak berniaga.
aku tak setuju.
ever!

der, kalau kau nak niaga guna cara seta* tu, orang melayu pun boleh.

aku tak cakap semua cina macam tu tapi kebanyakkkan!

hadeyh! 
biaq pi la.
hang bukan tahu dosa pahla pun.
hang bukan kisah pun.
duit je hang pike

masalah la kalau hidup tanpa agama.
bukan cina je, tapi sapa2 je,.

aku rasa melayu pun ada spisih macam ni, 
tapi nasib aku kene ngn penyek cina tu.

muka je putih, hati?

jawab sendiri!

---


k, sekian sahaja. aku sekarang di UPSI. melawat sahabat-sahabat. they all great :)

have nice holiday semua!

ps: ada kene mengena tak entry aku ni dgn tajuk? hehe

My God!help me out

Sunday, November 14, 2010
astagfirullah...

asal tak dapat lagi tajuk for my research ni

sedihnye huhu T.T
sebab ase macam tak tahu nak cari cane,nal cari mende

hari tu aku dah submit pasal chemotherapy..tapi instinct aku kuat to say it will be rejected.so sekarang aku tgh cari spare part lah.tapi really2 tak tahu nak buat tajuk apa.

pehal tibe2 je kakah ni kat sini aih



Nik cakap kene buat tajuk yg kita minat,tapi aku tak tahu apa laa yg aku minat pasal bidang aku ni.susah lah lau blaja tapi tak minat ni kan

lau soh wat research pasal Korea,org2 hensem excited la jgk ni pasal medicine and disease bla2 apa kes huh!

sejuk mata aku.aih ngek anis


btw,aku jaga c.c jap lagi..memang teramat malas!sumpah tak tipu!

takde feeling ah nak keje lau EAP ni tak setel

huh,aku tak stress oke!

salam tak stress semua



ciku cakk aaa..tak tekejut ey?

perlu ke UNGS

Tuesday, November 2, 2010


oke, lets start this entry by reciting alfatihah

--------------------------------------------------------------------

amin...

nak luah perasaan nih!aku bengang betul dgn sistem U aku ni
bongek lah

kenapa subjek main camp bawak ke asasi?dan kenapa certain course je yg kena amek subjek ni?
oke maybe diorang ada sebab tertentu tapi tak yah lah memeningkan kepala lutut budak

dulu cakap aku kene amek UNGS sem ni.oke!alhamdulillah la
sebab tak yah amek short sem..nape tak nak short seM?

sebab tak dapat elaun,bosan,not in mood nak tuntut ilmu,ilmu tak masuk,cuti final yang patutnya 4 5 bulan dah jadi 2 bulan,takde kawan rapat,rumate kene cari yg baru,kene pindah bilik untuk satu sem je sebab next year going to Kuantan lagi,peluang nak cari duit dah melepas,tak sempat nak amek license lori dah,dan bla bla bla

aku tak nak amek short sem!!!

bongek benci sangat

suka permainkan budak,engat budak ni takde perasaan ke,main ikut hati pedal dia je nak ubah tu ubah ni

tak tetap pendirian langsung

pergh!time aku tahu subjek UNGS takleh amek sem ni,oh God!
nak bagi penyepak je kat U ni!

boloks ah!

huh,balik kelas terus tidur..sambil mencari hikmah semua ni
heheh

itulah nak cakapnye manusia ni hanya mampu merancang,tapi penentuan datang dari Allah melalui perantaraan makhlukNya jgk

aku kene terima lah takdir Dia..macam jgk kalau aku nak sangat kat SomeOne ni tapi dia taknak kat aku dan pilih orang lain aku jgk kene redha sebab dia bukan takdir aku..kalau aku same ngn dia mebi tak kekal lame,asyeek berantakan ke ,jadi aku kene hargailah yang ada ngan aku sekarang..

mebi kalau takde short sem aku keje,kot2 keje tu makin melalaikan aku ke kan,amek lesen kot2 accident ke kan,tak pasal2 patah hidung jadi ropo,makin tak cantik

macam tu la aku menyedapkan hati aku hhehe

Alhamdulillah 'ala kulli hal,wa kulli nikmah
terimakasih Allah,atas segala keadaan dan segala kurniaanMu

my heat

Friday, September 24, 2010
baca,keluar balik

baca lagi,keluar lagi

buat latihan pulak,tersangkot kat ayat

esok dah exam!

kau tahu tak aku memang kene paham kau

tolong lah jangan merajuk tak terpujuk Mr Math..

aku suka kau,aku sayang kau..sungguh!!!

wua!!!!!nak nanges:(

semoga aku berjaya esok!dan kawan2 jgak ye

cool

Friday, August 6, 2010
bismillahirrahmanirrahim...

hukhukhuk...grrrgrrr...huh,!
nothing na tulis,aku cuma geram dan moody na cakap ngn orang,blog lah tempat aku meluah..sebab kat sini aku tak perlu mendengar ejekan,'pujian'!aku hanya perlu cakap dan aku alone..sometimes it is good to be alone kan, even sifat ini tak berapa elok..dan bila aku sakit hati atau kesok hati aku amat suka untuk bersendiri..tapi biasalah kat U ni amat susah untuk kita bersendiri..privacy tade sangat..dan di sini aku belajar untuk tidak terlalu manjakan perasaan yang memang selama ni dimanjakan, diturutkan...

di sini, aku cuba untuk tersenyum (walau sangat payah), tika hati remuk,masih menahan air mata dan perasaan..perasaan sangat susah untuk di jaga..cakap senang tapi tidak untuk di buat...kenapa?
tanya iman..hati orang yang beriman tidak mudah tergugat dengan perkara yang kecil..kadang2 aku pikir,kenapa aku tension, cepat bengang dan pelbagai sifat2 yang huduh lain sedangkan Allah cakap hati orang yang beriman sentiasa tenang..beriman kah aku? lemah sangat kah iman ini?hingga tersangat sensitif pada benda yang patut di pandang sebelah mata?

hmm,,

lega dapat meluah dan dapat membobel..hehe

btw, terlanjur dah tulis ni, nak cite benda nii,.
tadi kwn lelaki aku mesej, dah lama tak mesej ngn dia, katanya ada masalah..dan sebelum ni, aku dah biasa jadi tempah curahan masalah bagi dia..lau terlintas di benak pikiran ni..bolehkah aku terus mendengar masalah dia? halalkah pergaulan ini?

dulu,aku rasa benda ni tak salah,sebab aku bukan couple pun,aku cuma kawan dan aku berani guarantee aku tade perasaan kat dia,.sehinggalah aku disedarkan oleh fenomena 'hijrah' oleh sepkito(geng uia)..kami duduk berbincang(atau berbual) tentang masalah pergaulan ni, dan akhirnya kami membuat konklusi untuk berubah..bagaimana? tak mesej, tak bergayut, tak outing same ngan laki kecuali sebab perkara2 yang penting sahaja..contohnya urusan kerja dan pelajaran

selama itu juga lah,aku berusaha untuk menjauhi lelaki..sungguh!aku cuba jaga kesuciaan diri ini supaya tetap menjadi mutiara yang bersinar.. dan kadang2 curahan masalah ni buat aki confius sama ada nak layaan atau tak..

aku sangat peham lah,kalau kita ada masalah,kita perlukan sesorang untuk dengar..dan di sini patutkah aku mendengar???

akhirnya,aku balas jugak mesej dia..huhuhu..

dah anis!pergi sambung kerja!!!

eh2,esok kitorang nak buat birthday party untuk sepkito..harap berjalan lancar yeah!!!

perasaan yg terlalu sensitif adalah sangat2 tidak perlu dilayan kerana itu hanyalah perasaan yang dibuak2kan oleh satan..senyum tika berduka..itu penawar terbaik..tak caye?sudaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...